Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan

3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan
 
Objektif
  • Sesebuah organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau bukan perniagaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
    • Objektif jangka pendek
    • Objektif jangka panjang
 
Imej ini menunjukkan elemen-elemen SMART dalam perancangan objektif. Terdapat lima elemen yang dinyatakan dalam bentuk bulatan dengan ilustrasi ikon kaca pembesar di tengah yang bertuliskan 'UNSUR SMART'. 1. **Spesifik (Specific) (S)**: Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus dan jelas, meliputi siapa, apa, bila, di mana, dan mengapa. 2. **Boleh Diukur (Measurable) (M)**: Objektif yang ditetapkan perlu boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif sebelum dan selepas sesuatu tindakan dijalankan. 3. **Boleh Dicapai
 
Unsur SMART
1. Spesifik (Specific) (S)
  • Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus dan boleh diukur secara kuantitatif, iaitu dalam bentuk angka, nombor, masa, dan wang ringgit.
2. Boleh diukur (Measurable) (M)
  • Objektif yang ditetapkan boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif serta boleh dibandingkan dengan pencapaian pada sebelum dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan dilaksanakan.
3. Boleh dicapai (Attainable) (A)
  • Sesuatu objektif yang ditetapkan hendaklah berdasarkan sasaran yang boleh dicapai.
4. Munasabah (Realistic) (R)
  • Sesuatu objektif yang ditetapkan haruslah munasabah dan perlu mengambil kira beberapa faktor seperti sumber manusia dan kewangan dalam organisasi.
  • Justeru, objektif yang ditetapkan itu tidak mustahil untuk dicapai.
5. Jangka masa (Time frame) (T)
  • Penentuan objektif perlu ada penetapan jangka masa yang perlu dicapai.
  • Contoh: Setahun, tiga tahun, atau lima tahun.