Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
15: Jenayah Dalam Islam
15: Jenayah Dalam Islam
15
Jenayah Dalam Islam
Jenayah dalam Islam
Maksud:
Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan hukumannya dalam Al-Quran, As-Sunnah dan sebahagian daripada mahkamah.
Hukum
:
Wajib.
Dalil Naqli
Allah SWT Berfirman dalam Suruh Al-Baqarah, Ayat 178:
...
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا كُتِبَ عَلَيكُمُ القِصاصُ فِي القَتلَى ۖ الحُرُّ بِالحُرِّ وَالعَبدُ بِالعَبدِ وَالأُنثىٰ بِالأُنثىٰ
Maksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh, iaitu orang yang merdeka dengan orang yang merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan.
Abdullah bin Mas'ud RA Meriwayatlkan bahawa Rasulullah SAW Bersabda:
(رواية مسلم)
Maksud:
Tidak halal darah (nyawa) seseorang Muslim yang mengucap bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT dan bahawa aku Rasulullah SAW melainkan satu daripada tiga, iaitu orang yang sudah berkahwin melakukan zina, membunuh haiwan dan orang yang meninggalkan agama, keluar daripada jemaah Islam.
Hudud
Maksud
Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuknya dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Hukum
Wajib.
Jenis Kesalahan & Hukuman
Minum arak
Meminum sebarang bahan yang memabukkan sama ada dinamakan arak atau tidak, banyak atau sedikit.
Hukuman : Sebat 40 kali.
Mencuri
Mengambil harta orang lain secara tersembunyi (tanpa kerelaan) dengan tujuan memilikinya.
Hukuman : Potong tangan & pulangkan barang yang dicuri.
Qazaf
Tuduhan zina atau penafian nasab terhadap orang yang baik akhlaknya.
Hukuman : Sebat 80 kali & tidak diterima sebagai saksi.
Zina
Melakukan persetubuhan yang haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan.
Hukuman :
Penzina Bukan Muhsan (Belum Kahwin) : Sebat 100 kali dan buang daerah selama setahun.
Penzina Muhsan (Sudah Kahwin) : Rejam dengan batu sampai mati.
Merompak
Melakukan serangan dengan menggunakan kekerasan untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan orang awam secara terbuka.
Kategori Menggunakan Kekerasan dengan Niat Mengambil Harta
Hukuman
Berlaku rampasan harta dan berlaku pembunuhan
Dibunuh kemudian dipalang
Tidak berlaku rampasan harta tetapi berlaku pembunuhan
Dibunuh
Berlaku rampasan harta tetapi tidak berlaku pembunuhan
Dipotong tangan dan kaki secara bersilang
Tidak berlaku rampasan harta dan tidak berlaku pembunuhan

Qisas
Maksud
Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuk hukumannya secara balasan yang sama seperti dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Hukum
Wajib jika mangsa atau waris mangsa mahukan balasan yang sama.
Mangsa atau waris mangsa boleh menggantikan balasan tersebut dengan niat atau memaafkannya.
Diyat (pampasan)
Jumlah bayaran berdasarkan persetujuan bersama atau ditetapkan oleh mahkamah.
Jenis Kesalahan & Hukuman
Pembunuhan
Serangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
Hukuman:
Mati
Diyat jika ada pengampunan daripada waris mangsa
Perbuatan yang Membawa Kepada Kecederaan
Perbuatan yang mendatangkan kecederaan
Hukuman :
Balasan yang sama
Diyat jika ada pengampunan daripada mangsa atau waris mangsa.
Takzir
Maksud:
Hukuman keseksaan yang tidak ditetapkan jenis dan bentuk dalam Al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya diputuskan oleh mahkamah.
Hukum:
Hakim harus menjatuhkan hukuman berdasarkan ijtihad dan maslahat rakyat dan negara bagi kesalahan yang tiada peruntukan.
Hikmah Hukuman Jenayah Dalam Islam
Menegakkan keadilan dalam kalangan manusia agar dapat hidup dengan sejahtera.
Mendidik dan menghukum bagi sebarang kesalahan dan maksiat yang dilakukan supaya mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Menjamin keselamatan, kestabilan dan kedamaian bagi masyarakat dan negara.
Merancakkan pertumbuhan ekonomi tanpa bimbang kepada sebarang rampasan dan kecurian.
Cara Menghindari Jenayah
Mendalami ilmu agama agar dapat membezakan antara yang halal dan yang haram.
Banyakkan mengingati Allah dengan berzikir agar hati sentiasa tenang.
MengIngati hukuman yang akan dihadapi di dunia dan di akhirat supaya lebih berhati-hati dalam tindakan.
Berkawan dengan orang yang soleh dan berakhlak mulai agar dapat memberi tunjuk ajar yang baik.

Chapter : Feqah
Topic : Merumus kefahaman mengenai jenayah dalam Islam dan menghindarinya secara beradab dan istiqamah
Form 5
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 5
Related notes
11: Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih
12: Perkahwinan
13: Isu-isu Dalam Perkahwinan
14: Pengurusan Harta Selepas Kematian
01: Surah At-Taubah, Ayat 128-129
02: Surah Al-Hasyr, Ayat 21-24
03: Hukum Tajwid: Bacaan " ر ", Waqaf dan ibtida'
04: Ciri-Ciri Mukmin Berjaya: Surah Al-Mukminun, Ayat 1-11
05: Memahami Keutamaan dalam Tindakan, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
06: Kepelbagaian Bangsa dalam Islam, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
Report this note
Timed Exam
Prepare exams with mock exam papers
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account