14: Pengurusan Harta Selepas Kematian

14   Pengurusan Harta Selepas Kematian
 
Maksud Wasiat
Iqrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.
 
Hukum Wasiat
Sunat.
 
Dalil Larangan Sifat Riak
Allah SWT Berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 180:

كُتِبَ عَلَيكُم إِذا حَضَرَ أَحَدَكُمُ المَوتُ إِن تَرَكَ خَيرًا الوَصِيَّةُ لِلوالِدَينِ وَالأَقرَبينَ بِالمَعروفِ ۖ حَقًّا عَلَى المُتَّقينَ (١٨٠)
Maksud: Diwajibkan ke atas kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan ke atas orang yang bertaqwa.
Abdullah Bin Umar RA Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، له شيءٌ يُرِيدُ أَنْ يُوصِيَ فِيهِ، يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ، إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ 
Maksud: Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan wasiat yang tertulis disisinya. (Riwayah Al-Bukhari)
 
Galakan Berwasiat
Jabir Bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mati dalam keadaan berwasiat, maka dia telah mati di jalan Allah SWT dan sunnah (RasulNya), mati dalam keadaan taqwa dan syahid, serta mati dalam keadaan diampuni dosa." (Riwayat Ibnu Majah).
 
Rukun Wasiat Rukun dan Syarat Sah Wasiat
Pewasiat
  • Berakal, tidak sah wasiat bagi orang gila.
  • Baligh, tidak sah wasiat bagi kanak-kanak.
  • Sukarela, tidak sah wasiat bagi orang yang dipaksa.
  • Merdeka, tidak sah wasiat bagi hamba.
Penerima Wasiat
  • Diketahui dengan jelasnya sama ada individu tertentu atau organisasi. Tidak sah wasiat yang umum.
  • Masih hidup, tidak sah wasiat kepada orang yang telah mati.
  • Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan menguruskan harta. Tidak sah wasiat kepada janin dalam kandungan yang belum dilahirkan.
Harta yang Diwasiatkan
  • Harta yang bernilai.
  • Harta yang boleh berpindah milik.
  • Harta yang harus dan bukan sesuatu yang haram.
Sighah (Ijab & Qabul)
  • Lafaz wasiat boleh digunakan sama ada jelas atau qias.
  • Penerimaan wasiat berlaku setelah kematian pewasiat.
 
Pembahagian Harta Wasiat
Majoriti ulama' berpendapat bagi orang yang meninggalkan anggota waris, kadarnya tidak lebih dari satu pertiga (1/3) harta.
 
Dalil Naqli
Saad bin Abi Waqqas meriwayatkan bahawa aku telah berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, aku mempunyai harta dan aku tidak mempunyai waris kecuali seorang anak perempuan. Bolehkah aku mewasiatkan dua pertiga hartaku?" Rasulullah SAW menjawab: "Tidak boleh", aku bertanya lagi: "Bagaimana dengan separuh daripadanya?" Rasulullah SAW menjawab: "Tidak boleh", aku bertanya lagi: "Bagaimana dengan sepertiga daripadanya?" Rasulullah SAW menjawab: "Maka (boleh berwasiat) sepertiga (daripada harta) sedangkan satu pertiga itupun baik".
 
Hikmah Pensyariatan Wasiat
  • Mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan walaupun selepas meninggal dunia.
  • Menjamin kelangsungan operasi sesebuah organisasi melalui suntikan dana daripada wasiat.
  • Memanfaatkan harta bagi tujuan masyarakat melalui wasiat.
  • Menjaga kebajikan orang yang hampir dengan si mati seperti anak angkat atau anggota waris yang tidak layak menerima harta pusaka.
 
Maksud Faraid
Pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia kepada anggota warisnya menurut hukum syarak.
 
Hukum Faraid
Wajib.
 
Dalil Naqli
لِّلرِّجَالِ نَصِيبٞ مِّمَّا تَرَكَ ٱلۡوَٰلِدَانِ وَٱلۡأَقۡرَبُونَ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٞ مِّمَّا تَرَكَ ٱلۡوَٰلِدَانِ وَٱلۡأَقۡرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنۡهُ أَوۡ كَثُرَۚ نَصِيبٗا مَّفۡرُوضٗا
Maksud: Orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan saudara mara mereka, dan orang perempuan pula ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan saudara mara mereka, sama ada sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. (Surah an-Nisa', ayat 7)
 
Rukun Faraid Syarat Sah Faraid
1. Orang yang mewariskan harta
  • Kematian telah disahkan.
  • Sekiranya kematian belum disahkan, pembahagian harta tidak dibenarkan.
2. Waris
  • Waris masih hidup.
  • Mengetahui status hubungan dengan si mati.
3. Harta Pusaka
  • Harta yang dimiliki oleh si mati.
  • Sekiranya harta pusaka tidak dimiliki oleh si mati, pembahagiannya tidak sah.
 
Jenis Waris
1. Ashabul Farudh Waris yang menerima harta pusaka mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
2. Asobah

Waris yang menerima baki harta pusaka selepas dibahagikan kepada Ashabul Farudh:

1. Asobah Binnafsi

  • Anggota waris yang terdiri daripada kaum lelaki iaitu:
    • Bapa
    • Datuk
    • Anak lelaki
    • Cucu lelaki dari anak lelaki
    • Saudara lelaki kandung
    • Saundara lelaki sebapa
    • Bapa saudara kandung
    • Bapa saudara sebapa
    • Anak lelaki bapa saudara kandung
    • Anak lelaki bapa saudara sebapa

2. Asobah Bilghair

  • Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris lelaki iaitu:
    • Anak perempuan dengan anak lelaki
    • Cucu perempuan dengan cucu lelaki
    • Saudara kandung perempuan dengan saudara kandung lelaki
    • Saudara perempuan sebapa dengan saudara lelaki sebapa

3. Asobah Maalghair

  • Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris permpuan yang lain iaitu:
    • Saudara perempuan kandung.
    • Saudara perempuan sebapa berkongsi dengan anak perempuan atau cucu perempuan.
 
Pembahagian Harta Pusaka
Bapa
  • 1/6: Sekiranya mempunyai anak lelaki. 
  • Asobah: Sekiranya tiada anak.
  • 1/6 dan Asobah: Sekiranya mempunyai anak perempuan sahaja.
Ibu
  • 1/3: Sekiranya tiada anak atau terdapat hanya seorang saudara lelaki atau perempuan.
  • 1/6: Sekiranya mempunyai anak atau terdapat lebih daripada 2 orang saudara lelaki atau perempuan.
  • 1/3: Daripada baki sekiranya hanya mempunyai ibu, ayah, suami atau isteri. 
Anak Lelaki
  • Seluruh harta sekiranya tiada anak perempuan. 
  • 'Asobah Binnafsi.
Anak Perempuan
  • 1/2: Sekiranya anak tunggal perempuan.
  • 2/3: Sekiranya terdapat dua atau lebih anak perempuan. 
  • 'Asonah Bighair sekiranya mempunyai anak lelaki.
Suami
  • 1/2: Sekiranya tiada anak. 
  • 1/4: Sekiranya mempunyai anak. 
Isteri
  • 1/4: Sekiranya tiada anak. 
  • 1/8: Sekiranya mempunyai anak.
 
Hikmah Pensyariatan Faraid
  • Mengelakkan berlaku pertelingkahan dalam pembahagian harta yang menjejaskan kebahagiaan dalam keluarga.
  • Menjamin kelangsungan hidup waris selepas kematian orang yang mewarisi harta.
  • Menegakkan keadilan bagi pihak waris supaya waris tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Mengekalkan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga.