Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Menamakan sifat waspada dalam setiap tindakan secara beradab dan istiqamah
09: Allah SWT Maha Mengawasi dan Maha Menyaksikan
9
Allah SWT Maha Mengawasi dan Maha Menyaksikan
Maksud Ar-Raqiib
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.
Dalil Naqli Nama Allah SWT, Ar-Raqiib
Allah SWT Berfirman dalam Surah Al-Maidah, ayat 117:
ۖ فَلَمّا تَوَفَّيتَني كُنتَ أَنتَ الرَّقيبَ عَلَيهِم ۚ وَأَنتَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ....
Maksud
: Kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohKu, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.
Abdullah bin As-Somit RA Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW Bersabda:
أفْضَلُ الإيمان : أنْ تَعْلَمَ أَنَّ اللهَ مَعَكَ حَيثُ مَا كُنتَ
Maksud
: Iman yang paling afdal bahawa engkau mengetahui Allah bersamamu walau dimana pun engkau berada.
Bukti Allah SWT Bersifat Ar-Raqiib
Allah SWT Maha Mengawasi Manusia dalam Aspek Kepatuhan kepada Perintah dan LaranganNya
يَمِينُكَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ رَّقِيبًۭا
...
Maksud
:
Allah sentiasa mengawasi setiap sesuatu. (Surah Al-Ahzab, ayat 52)
Allah SWT Sentiasa Mengawasi Manusia dalam Aspek Hubungan Sesama Manusia
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا
Maksud
:
Allah sentiasa mengawasi kamu. (Surah An-Nisa, ayat 1)
Maksud Asy-Syahiid
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya.
Dalil Naqli Nama Allah SWT, Asy-Syahiid
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An'am, ayat 19:
... قُل أَيُّ شَيءٍ أَكبَرُ شَهادَةً ۖ قُلِ اللَّهُ ۖ شَهيدٌ بَيني وَبَينَكُم
Maksud
: Bertanyalah, "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?". Katakanlah, Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu.
Abu Hurairah RA Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW Bersabda:
قال أبو هريرة رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «استفهموا، فإن رجلًا من بني إسرائيل استلف من رجل منهم ألف دينار، فقال: ائتني بشاهد يشهد أني قد أقرضتك ألف دينار، فقال: حسبك الله شهيدًا»
Maksud
: Bertanyalah, sesungguhnya seorang lelaki daripada Bani Israel telah meminta daripada salah seorang mereka untuk meminjam wang sebanyak 1000 dinar. Maka dia pun mengatakan, "Datangkan kepadaku seorang saksi agar dia menyaksikan bahawa kamu telah meminjam daripadaku seribu dinar. Maka lelaki tersebut pun menjawab, "Cukuplah hanya Allah menjadi saksi." (Riwayat Al-Bukhari)
Bukti Allah SWT Bersifat Asy-Syahiid
Allah SWT menjadi Saksi Perutusan Rasulullah SAW ke atas Umatnya
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِيدٗا
Maksud
: Dialah yang mengutus rasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, supaya dia memenangkannya ke atas segala bawaan agama yang lain, dan cukuplah Allah menjadi saksi. (Surah Al-Fath, ayat 28)
Allah SWT Maha Menyaksi dan Menghitung segala Amal Perbuatan Manusia
يَوۡمَ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓاْۚ أَحۡصَىٰهُ ٱللَّهُ وَنَسُوهُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ
Maksud
: Semasa mereka semua dibangkitkan hidup semula oleh Allah, lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan Allah menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Mujadalah, ayat 6)
Allah SWT sahaja yang menjadi Saksi atas Segala Perkara yang Nyata atau yang Tersembunyi
سَنُرِيهِمۡ ءَايَٰتِنَا فِي ٱلۡأٓفَاقِ وَفِيٓ أَنفُسِهِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ
Maksud
: Belumkah cukup bagi mereka bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Surah Fussilat, ayat 53)
Allah SWT menjadi Saksi Pembohongan Orang-Orang Munafik
إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ قَالُواْ نَشۡهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُۥ وَٱللَّهُ يَشۡهَدُ إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ لَكَٰذِبُونَ
Maksud
: Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui bahawa engkau sebenar-benarnya Rasulullah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasulnya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (Surah Al-Munafikun, ayat 1)

Chapter : Aqidah
Topic : Menamakan sifat waspada dalam setiap tindakan secara beradab dan istiqamah
Form 5
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 5
Related notes
10: Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
01: Surah At-Taubah, Ayat 128-129
02: Surah Al-Hasyr, Ayat 21-24
03: Hukum Tajwid: Bacaan " ر ", Waqaf dan ibtida'
04: Ciri-Ciri Mukmin Berjaya: Surah Al-Mukminun, Ayat 1-11
05: Memahami Keutamaan dalam Tindakan, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
06: Kepelbagaian Bangsa dalam Islam, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
07: Setiap Orang ialah Pemimpin
08: Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah
11: Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih
Report this note
Quiz Battle
Challenge your friend in timed Quiz battle
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account