05: Memahami Keutamaan dalam Tindakan, Surah At-Taubah, Ayat 19-20

5  Memahami Keutamaan dalam Tindakan
 
Baca dengan Betul, Lancar, Bertajwid dan Fasih: Surah At-Taubah, Ayat 19-20
 أَجَعَلتُم سِقايَةَ الحاجِّ وَعِمارَةَ المَسجِدِ الحَرامِ كَمَن آمَنَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ وَجاهَدَ في سَبيلِ اللَّهِ ۚ لا يَستَوونَ عِندَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الظّالِمينَ (١٩)
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ ۚ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ (٢٠)
 
Potongan Ayat Maksud

 أَجَعَلتُم سِقايَةَ الحاجِّ

 Adakah kamu menyangka perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang menunaikan haji,

وَعِمارَةَ المَسجِدِ الحَرامِ

 Dan memakmurkan Masjidil Haram itu,

كَمَن آمَنَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ

 Sama seperti orang yang beriman kepada Allah & hari akhirat,

وَجاهَدَ في سَبيلِ اللَّهِ 

 Serta berjihad pada jalan Allah?

لا يَستَوونَ عِندَ اللَّهِ

 Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama disisi Allah,

وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الظّالِمينَ (١٩)

 Dan Allah tidak memberikan hidayah kepada kaum yang zalim.

الَّذينَ آمَنوا وَهاجَروا

 (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman & berhijrah,

وَجٰهَدوا في سَبيلِ اللَّهِ بِأَموالِهِم وَأَنفُسِهِم

 Serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka,

أَعظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ

 Adalah lebih besar & tinggi darjatnya disisi Allah,

وَأُولٰئِكَ هُمُ الفائِزونَ (٢٠)

 Dan mereka itulah orang yang berjaya.
 
Sebab Turun Ayat
  • Menurut Nukman Bin Basyir, terdapat beberapa orang sahabat berbincang tentang amalan yang mereka utamakan selepas pembukaan Mekah.
  • Terdapat sahabat yang akan menumpukan kepada memberikan minuman kepada orang yang menunaikan haji.
  • Terdapat juga sahabat yang akan menumpukan usaha kepada memakmurkan Masjidil Haram.                                             
  • Selain itu, terdapat sahabat yang akan berjihad dijalan Allah.       
  • Percakapan mereka ditegur oleh Saidina Umar RA kerana tidak sopan meninggikan suara disebelah mimbar Rasulullah SAW.               
  • Kemudian, Saidina Umar RA mengadu hal ini kepada Rasulullah SAW dan turunlah ayat tersebut.   
 
Maksud Fekah Al-Awlawiyyat (الأَوْلَوِيَّات)
 Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syara'.
 
Pelaksanaan Fekah Al-Awlawiyyat Dalam Kehidupan
Ilmu & Pemikiran
  • Prinsip am:
    •  Mengutamakan usaha untuk menuntut ilmu & memahaminya berbanding dengan melaksanakan sesuatu amalan.
  • Aplikasi:
    • Mengutamakan ilmu fardhu 'ain berbanding ilmu fardhu kifayah, contohnya mengutamakan ilmu menunaikan solat yang betul berbanding dengan ilmu lain.
    • Mengutamakan ilmu fardhu kifayah yang menjadi keperluan semasa & pelengkap bagi umat Islam, contohnya mengutamakan mempelajari ilmu dalam bidang perubatan & kejuruteraan.
Amalan
  • Prinsip am:
    •  Mengutamakan amalan yang banyak manfaat berbanding dengan amalan yang kurang manfaat.
  • Aplikasi:
    • Mengutamakan amalan yang banyak manfaat kepada masyarakat berbanding amalan yang kurang manfaat mengikut keperluan & situasi, contohnya mengutamakan sedekah berbanding gotong-royong.
    • Mengutamakan aktiviti kemasyarakatan berbanding ibadah sunat yang berbentuk peribadi, contohnya mengutamakan program berbentuk kebajikan masyarakat berbanding dengan memperbanyak amalan sunat untuk peribadi.
 Tuntutan Syara'
  • Prinsip am:
    •  Mengutamakan perkara pokok berbanding dengan perkara cabang.
  • Aplikasi:
    • Mengutamakan amalan fardhu 'ain berbanding amalan fardhu kifayah, contohnya mengutamakan pelaksanaan zakat yang wajib berbanding sedekah.
    • Mengutamakan amalan fardhu berbanding dengan amalan sunat, contohnya mengutamakan membantu ibu bapa berbanding beriktikaf.
    • Menguasai akidah berbanding dengan perkara syara', contohnya mempelajari asas-asas akidah Islam terlebih dahulu sebelum memperhalus isu-isu fekah.
 
Kepentingan Fekah Al-Awlawiyyat terhadap Individu dan Masyarakat
  • Memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik.
  • Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif.
  • Mengamalkan semua tuntutan Islam mengikut susunan yang tepat.
  • Mewujudkan kesejahteraan sosial dalam melestarikan pengurusan kehidupan.
  • Menyeimbangkan kehidupan masyarakat dalam pelaksanaan tuntutan syariat.
  • Mewujudkan masyarakat yang berjaya menguruskan sistem kehidupan yang cekap.
 
Pengajaran Ayat
  • Kita hendaklah sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat kerana keimanan ialah kunci penerimaan segala ibadah.
  • Kita hendaklah sentiasa berazam untuk berjihad dengan tenaga dan harta supaya kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
  • Kita hendaklah sentiasa berhijrah kepada yang lebih baik supaya menjadi insan yang produktif.
  • Kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana kebaikan itu akan diberi ganjaran pada hari akhirat.