20: Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Sunat Hajat

20 Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Sunat Hajat
 
Maksud, Hukum dan Dalil Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Maksud Solat 2 rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam masjid
Hukum Sunat
Dalil Hadis Rasulullah SAW daripada Abu Qatadah Al-Salami: 
إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ، فَ يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ
(رَكْعَتَيْنِ (متّفق عليه

Rasulullah SAW bersabda, "
Apabila seorang masuk ke dalam masjid, maka janganlah duduk sehingga dia solat dua rakaat."
 
Kaifayah Menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Niat أُصَلِّى سُنَّةَ تَحِيَّةِ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
Bilangan rakaat 2 rakaat.
Waktu Setiap kali masuk ke dalam masjid, sebelum duduk.
Cara melaksanakan Bersendirian.
Bacaan dalam solat Rakaat Pertama Rakaat Kedua
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun atau surah-surah lain. Surah Al-Ikhlas atau surah-surah lain.
 
Maksud, Hukum dan Dalil Solat Sunat Hajat
Maksud Solat yang dilaksanakan untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu.
Hukum Sunat.
Dalil
Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA: 

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَا سَأَلَ مُعَجَّ أَوْ مُؤَخَّرًا
(رواية أحمد)

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa berwudhuk dengan sempurna, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna, Allah SWT akan mengurniakan apa-apa sahaja yang dipohon sama ada cepat atau lambat."
Hadis Rasulullah SAW, daripada Abdullah bin Auf:

مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأُ فَلْيُحْسِنُ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ
(رواية الترمذي)

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada manusia lain, berwudhuklah dengan sempurna dan kemudian solat dua rakaat, memuji Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW..."
 
Kaifiyah Menunaikan Solat Sunat Hajat
Niat أُصَلِّى سُنَّةَ الْحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.
Bilangan rakaat
  • Tidak ditentukan bilangan yang sebenar.
  • Biasanya dilakukan antara 2-12 rakaat.
Waktu
  • Boleh dilakukan bila-bila masa.
  • Kecuali waktu yang diharamkan.
  • Afdhal: waktu pertengahan malam.
Cara melaksanakan
  • Boleh secara bersendirian
    • Mengikut hajat masing-masing.
  • Atau berjemaah
    • Untuk hajat yang sama.

Surah Al-Kafirun/surah-surah lain. Surah Al-Ikhlas/surah-surah lain.
Doa Memohon hajat kepada Allah SWT selepas memberi salam.
 
Hikmah Menunaikan Solat Sunat Hajat
  • Meletakkan pergantungan yang mutlak kepada Allah SWT yang Maha Pemberi segalanya.
  • Melatih diri agar berharap kepada pertolongan Allah SWT ketika senang atau susah.
  • Mendidik jiwa agar redha dengan ketentuan Allah SWT.
  • Memberi ketenangan kepada jiwa yang keluh kesah.