17: Zakat Penyuci Harta

17  Zakat Penyuci Harta
 
Unit 1: Konsep Pengurusan Zakat
 
Zakat
Maksud
Bahasa: Subur, suci, berkat dan berkembang.
Istilah: Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Hukum
Wajib.
Dalil
وَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَ
Maksud: Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat. (Surah Al-Baqarah, ayat 43)
Daripada Abdulllah bin Umar bin Al-Khattab, Rasulullah SAW bersabda: 
الإسلام في وقت يتعلق بالصلاة: إذا أردت أن تعرف رأيك في الله وفي النبي محمد، فإن الله يصلي عليك، ومن يصلي عليك، ومن يعطيك الكتاب. وسيكون الله معك طوال شهر رمضان.
Maksud: Islam dibina atas lima perkara: penyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji kitab Allah dan berpuasa pada bulan Ramadhan.
 
Asnaf yang Layak Menerima Zakat
Golongan Asnaf
Fakir
  • Orang yang tiada harta yang mencukupi untuk keperluan dirinya, termasuk:
    • Makan.
    • Minum.
    • Pakaian.
    • Tempat tinggal.
  • Contoh: Seseorang yang memerlukan RM10 sehari, tetapi hanya mampu memperoleh RM3 sahaja.
Miskin
  • Orang yang hanya mempu menampng sebahagian sahaja daripada keperluan hidup.
  • Contoh: Seseorang yang memerlukan RM10 sehari, tetapi hanya mampu memperoleh RM8 sahaja.
'Aamil Orang yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan mengagihkan zakat.
Mu'alaf Orang yang baharu masuk Islam.
Hamba Golongan hamba yang ingin membebaskan diri mereka.
Orang yang berhutang

Orang yang dibebani hutang:

  • Untuk keperluan asas diri dan tanggungannya.
  • Tidak mampu membayarnya.
Fi sabilillah Orang yang berjuang di jalan Allah SWT.
Ibnu sabil

Orang yang bermusafir dengan tujuan yang diharuskan syarak, kemudian terputus perbelanjaan.

Hikmah Pensyariatan Zakat
Pemberi
  • Mendidik jiwa dengan sifat pemurah dan menjauhi sifat bakhil.
  • Melahirkan sifat taat kepada perintah Allah SWT.
  • Mendapat keredhaan Allah SWT.
  • Mendapat kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat melalui harta yang dizakatkan.
Penerima
  • Membersihkan hati daripada hasad dengki dan iri hati kepada golongan kaya.
  • Sebagai sumber modal bagi golongan miskin untuk menjana ekonomi keluarga.
  • Meringankan bebanan orang yang berhutang daripada belenggu hutang.
  • Meningkatkan keyakinan mu'alaf sesama Islam.
Masyarakat
  • Mengeratkan ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama Islam.
  • Merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin.
  • Saling membantu antara satu sama lain.
  • Meningkatkan syiar Islam.
 
Unit 2: Jenis Zakat
 
Jenis Zakat
Zakat Fitrah Zakat Harta
 
Zakat Fitrah
Maksud
Mengeluarkan harta tertentu bagi setiap orang yang mukallaf dan orang yang di bawah tanggungannya dengan syarat-syarat dan tempoh masa yang telah ditetapkan syarak.
Hukum
Wajib apabila memenuhi syarat wajib zakat fitrah.
Dalil
Daripada Ibnu Umar RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW:
عَنْ ابْنِ عُمَر: أَنََّ رَسُولَ اللهِ  فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksud: Telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum ke atas setiap orang yang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan Muslim.
Kadar Zakat
1 gantang baghdad = 2.7kg beras.
Syarat Wajib
  • Islam.
  • Hidup pada akhir bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal.
  • Mempunyai harta melebihi keperluan makan dan minum untuk diri dan tanggungannya pada malam dan siang hari raya.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
  • Wajib: Selepas terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan.
  • Sunat: Sebelum solat hari raya Aidil Fitri.
  • Haram: Selepas terbenam matahari pada hari raya pertama.
  • Makruh: Selepas solat hari raya Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal.
  • Harus: Sepanjang bulan Ramadhan.
 
Dalil Naqli dan Syarat Wajib Zakat Harta
Dalil Naqli ...خُذْ مِنْ اَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيْهِمْ بِهَا  
Maksud: Ambillah sebahagian zakat daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan menyucikan mereka...(Surah At-Taubah, ayat 103)
Syarat Wajib
  1. Islam.
  2. Cukup haul.
  3. Cukup nisab.
  4. Sempurna milik.
  5. Merdeka (bukan golongan hamba).
 
Tanaman & Buah-buahan
Maksud

Tanaman dan buah-buahan yang

  • Menjadi makanan asasi.
  • Boleh disimpan.
  • Tidak mudah rosak.
Contoh
  • Tanaman.
  • Buah-buahan.
  • Padi, gandum, barli, jagung.
  • Kurma, anggur kering.
Nisab

5 ausuq:

  • 363 gantang Malaysia (1300 keluarga).
Kadar Zakat

10% 

Tanaman yang menggunakan:

  • Air hujan, sungai atau parit.
  • Tidak melibatkan kos yang banyak.
5%

Tanaman yang menggunakan:

  • Jentera.
  • Tenaga manusia.
  • Melibatkan kos yang tinggi.
 
Zakat Haiwan Ternakan
Jenis Kambing & biri-biri Lembu & kerbau Unta
Nisab 40 ekor 30 ekor 5 ekor
Kadar Zakat 1 ekor kambing/biri-biri 1 ekor lembu jantan 1 ekor unta
Umur Binatang Dizakat

Kambing: 2 tahun
Biri-biri: 1 tahun

1 tahun ke atas 1 tahun ke atas
Syarat Wajib Zakat
  • Dipelihara di padang terbuka
  • Binatang ternakan bukan digunakan untuk bekerja, seperti:
    • Membajak
    • Memikul barang
    • Mengepam air
    • dll.
 
Zakat Emas, Perak dan Mata Wang
Jenis Emas Perak Mata wang
Nisab

20 mithqal = 85g

200 dirham = 595g 20 mithqal = 85g
Kadar Zakat 2.5%
 
Zakat Perniagaan
Maskud
  • Zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan, sama ada yang melibatkan barang atau perkhidmatan.
Nisab
  • 85g emas
Kadar Zakat
  • 2.5%
Syarat Wajib Zakat Perniagaan
  1. Niat menjalankan perniagaan terhadap harta yang hendak dikeluarkan zakat.
  2. Harta yang halal.
  3. Harta yang boleh menjana pendapatan.
  4. Sumber harta adalah melalui cara pembelian atau pertukaran aset (contoh: baju, sewa).
  5. Harta tersebut bukan untuk kegunaan peribadi.
 
Zakat Galian dan Rikaz
Maksud Galian Rikaz
  • Bahan galian yang dikeluarkan dari bumi, diproses dan menghasilkan logam galian.
  • Contoh:
    • Emas.
    • Perak.
    • Bijih timah.
    • Petroleum.
    • Bahan mineral.

Harta yang terbenam di dalam tanah.

Nisab 85g emas
Kadar Zakat 2.5% 1/5 atau 20%