Mungkar Dicegah Hidup Berkat

2.1

  Mungkar Dicegah Hidup Berkat

Hadis
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ يَقُولُ: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا، فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
 
Potongan Ayat Maksud
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا Sesiapa dalam kalangan kamu melihat sesuatu kemungkaran.
فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ Maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya.
فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya.
فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya.
وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ Dan (mengubah dengan hati) ialah selemah-lemah iman.
 
Maksud kemungkaran
BahasaPerbuatan atau perkataan yang dianggap buruk oleh akal fikiran.
IstilahPerbuatan atau perkataan yang ditegah oleh syarak atau yang melanggar perintah Allah SWT.
 
Hukum menangani kemungkaran
Wajib bagi setiap muslim menangani kemungkaran mengikut kemampuan masing masing.
 
Cara menangani kemungkaran
Tangan Mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa  seperti ketua keluarga, ketua kelas, pengawas, ketua masyarakat dan ketua negara.
Lisan  Menegur, menasihati atau melaporkan kemungkaran sama ada secara lisan atau tulisan.
Hati Membenci atau menjauhi kemungkaran tersebut, berazam serta berdoa agar pelakunya diberi hidayah untuk bertaubat.
 
Hikmah menangani kemungkaran
  • Dapat meningkatkan kualiti diri melalui nasihat dan teguran.
  • Mewujudkan masyarakat yang harmoni kerana bersikap prihatin.
  • Negara aman sejahtera kerana mendapat keredaan Allah SWT.
 
Pengajaran hadis
  • Kita hendaklah mencegah kemungkaran dengan kuasa dan kemampuan yang ada seperti menguatkuasakan undang-undang atau peraturan.
  • Kita hendaklah menangani kemungkaran secara lisan atau tulisan seperti nasihat dan teguran yang membina.
  • Kita hendaklah membenci kemungkaran dalam hati dan berusaha untuk menjauhinya.