Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
13: Islam Agama Fitrah
13: Islam Agama Fitrah
13
Islam Agama Fitrah
Maksud Islam Agama Fitrah
Agama Islam sesuai dengan naluri fitrah beragama manusia.
Naluri fitrah beragama manusia ingin menyembah dan berdoa kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa serta menjadi pelindung kepada manusia.
Oleh sebab itu, setiap bayi yang lahir berada dalam keadaan fitrah, iaitu mengkui kebenaran tauhid.
Namun, suasana pembesaran dan didikan ibu bapa menyebabkannya berubah kepada agama lain.
Akhirnya, dia terpesong daripada fitrah asal kejadian sehingga menafikan kewujudan Allah SWT atau menyekutukannya.
Keperluan Beragama
Fitrah kejadian manusia mengakui keperluan beragama.
Manusia yang mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan agama sebenarnya menafikan fitrah diri.
Bukti manusia memerlukan agama terletak pada diri manusia.
Apabila manusia berada dalam kesusahan dan penderitaan, mereka pasti akan segera mencari Tuhan untuk memohon perlindungan dan bantuan.
Selain itu, bukti sejarah juga menunjukkan bahawa rumah ibadat pasti dibina dalam setiap kota.
Allah SWT Tuhan yang Sebenar
Allah SWT Tuhan yang sebenar.
Tiada Tuhan lain selain Allah SWT.
Allah SWT mencipta seluruh makhluk dan mentadbir seluruh alam.
Sesuatu yang lain selain Allah SWT, seperti semangat dan berhala, hanya raikan manusia semata-mata.
Mereka juga makhluk Allah SWT seperti manusia.
Islam Agama yang Benar dan Sesuai dengan Fitrah Manusia
Allah mencipta manusia dan seluruh alam.
Allah mengetahui perkara yang baik dan buruk yang diperlukan oleh manusia dan alam
Oleh itu, Allah menetapkan peraturan tertentu sebagai batasan dan panduan yang perlu dipatuhi.
Namun, Allah SWT memberikan jalan keluar untuk membenarkan jalan keluar untuk membenarkan kehendak fitrah manusia disalurkan dengan cara yang baik, antaranya:
Allah SWT melarang berzina untuk menjaga nasab keturunan tetapi membenarkan perkahwinan.
Allah SWT melarang riba untuk menghindarkan penindasan dan membenarkan pinjaman, gadaian dan jual beli.
Allah SWT melarang minum arak untuk menjaga akal tetapi membenarkan pelbagai minuman lain yang halal lagi berkhasiat seperti jus.
Allah SWT melarang berjudi, rasuah dan mencuri tetapi mewajibkan zakat serta menggalakkan amalan sedekah, hidayah wakaf dan infak untuk membantu orang yang memerlukan.
Dalil Naqli Islam Agama Fitrah
فَاَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّيْنِ حَنِيْفًا فِطْرَتَ اللّٰهِ الَّتِيْ فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيْلَ لِخَلْقِ اللّٰهِ ذٰلِكَ الدِّيْنُ الْقَيِّمُ وَلٰكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُوْنَ
Terjemahan
:
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam), (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu; tidak ada perubahan pada ciptaan Allah; (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah Ar-Rom, ayat 30)
Ciri-Ciri Islam Sebagai Agama Fitrah
Rabbaniyyah (Ketuhanan)
Agama yang bersumberkan wahyu Allah SWT, iaitu daripada Al-Quran dan Hadith.
Syumuliyyah (Lengkap)
Agama yang lengkap dan memenuhi semua keperluan hidup manusia.
Waqi'iyah (Realistik)
Agama yang sesuai diamalkan di semua tempat dan sepanjang zaman.
A'lamiyyah (Sejagat)
Agama yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan budaya.
Ukhrawiyyah (Akhirat)
Islam bukan sahaja mementingkan kesejahteraan jasmani, malah menjamin kesejahteraan rohani untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Chapter : Akidah
Topic : Islam Agama Fitrah
Form 1
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 1
Related notes
Akidah Islam
15: Beriman kepada Allah s.w.t
16: Nama Allah s.w.t (Al-Khaaliq dan Al-Mushawwir)
01: Mukmin yang Bertakwa
Al-Quran (Bahagian 2)
02: Memohon Kebahagiaan Hakiki
03: Maha Suci Allah
04: Ayat 284 hingga 286 Surah Al-Baqarah. (Bacaan dan Hafazan)
05: Indahnya Tajwid
06: Segala Puji Bagi Allah SWT
Report this note
Homework Help
Get your homework done with live tutors’ help
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account