Kesatuan Set

4.2 Kesatuan Set
 
Kesatuan Set
  • Kesatuan set \(P\) dan \(Q\) ditulis menggunakan simbol \(\cup\).
  • \(P \cup Q\) mewakili semua unsur dalam set \(P\) atau set \(Q\) atau kedua-dua set \(P\) dan \(Q\).
 
Kesatuan Antara Dua atau Lebih Set dengan Gambar Rajah Venn
Contoh

Diberi set \(P=\{\text{faktor bagi 24}\}\), set \(Q=\{\text{gandaan 3 yang kurang daripada 20}\}\) dan set \(R=\{\text{gandaan 4 yang kurang daripada 20}\}\).

Senaraikan semua unsur bagi set \(P \cup Q\)\(P \cup R\)\(Q \cup R\) and \(P\cup Q \cup R\).

\(P \cup Q\) \(P=\{1,2,3,4,6,8,12,24\}\)
\(Q=\{3,6,9,12,15,18\}\)
\(P\,\cup Q=\{1,2,3,4,6,8,9,12,15,18,24\}\)
\(P \cup R\) \(P=\{1,2,3,4,6,8,12,24\}\)
\(R=\{4,8,12,16\}\)
\(P\,\cup R=\{1,2,3,4,6,8,12,16,24\}\)
\(Q \cup R\) \(Q=\{3,6,9,12,15,18\}\)
\(R=\{4,8,12,16\}\)
\(Q\,\cup R=\{3,4,6,8,9,12,15,16,18\}\)
\(P\cup Q \cup R\) \(P=\{1,2,3,4,6,8,12,24\}\)
\(Q=\{3,6,9,12,15,18\}\)
\(R=\{4,8,12,16\}\)
\(P\cup Q \cup R=\{1,2,3,4,6,8,9,12,15,16,18,24\}\)

Lukis gambar rajah Venn yang mewakili set \(P\), set \(Q\), set \(R\) dan lorekkan kawasan yang mewakili kesatuan set \(P \cup Q\) dan \(P\cup Q \cup R\).

\(P \cup Q\)
\(P \cup Q\cup R\)

Pelengkap bagi Kesatuan Set
  • Ditulis dengan menggunakan \((A \cup B)'\).
  • \((A \cup B)'\) dibaca sebagai " pelengkap bagi kesatuan set \(A\) atau set \(B\) ".
  • \((A \cup B)'\) bermaksud semua unsur yang bukan dalam set \(A\) atau set \(B\).
Contoh

Diberi set semesta, \(\xi=\{x:x\text{ ialah integer},50\le x\le60\}\), set \(G=\{x:x\text{ ialah nombor perdana}\}\), set \(H=\{x:x\text{ ialah gandaan 4}\}\) dan
set \(I=\{x:x\text{ ialah gandaan 5}\}\), senaraikan semua unsur dan nyatakan bilangan bagi set \((G\,\cup H)'\)\((G\,\cup I)'\)\((H\,\cup I)'\) dan \((G\,\cup H\,\cup I)'\).

Penyelesaian:

\(\xi=\{50,51,52,53,54,55,56,57,58,59,60\}\)
\(G=\{53,59\}\)
\(H=\{52,56,60\}\)
\(I=\{50,55,60\}\)

\(n(G\,\cup H)'\) \((G\,\cup H)=\{52,53,56,59,60\}\)
\((G\,\cup H)'=\{50,51,54,55,57,58\}\)
\(n(G\,\cup H)'=6\)
\(n(G\,\cup I)'\) \((G\,\cup I)=\{50,53,55,59,60\}\)
\((G\,\cup I)'=\{51,52,54,56,57,58\}\)
\(n(G\,\cup I)'=6\)
\(n(H\,\cup I)'\) \((H\,\cup I)=\{50,52,55,56,60\}\)
\((H\,\cup I)'=\{51,53,54,57,58,59\}\)
\(n(H\,\cup I)'=6\)
\(n(G\,\cup H\,\cup I)'\) \((G\,\cup H\,\cup I)=\{50,52,53,55,56,59,60\}\)
\((G\,\cup H\,\cup I)'=\{51,54,57,58\}\)
\(n(G\,\cup H\,\cup I)'=4\)

Pelengkap bagi Kesatuan Antara Dua atau Lebih Set dengan Gambar Rajah Venn
Contoh

Tiga buah agensi pelancongan swasta iaitu \(A,B\) dan \(C\) telah dipilih untuk mengadakan pameran pelancongan \(2020\) di negeri Sarawak. Oleh itu, beberapa bahagian yang dipilih di negeri Sarawak untuk mengadakan pameran tersebut adalah seperti yang berikut:

\(\begin{aligned} \xi= \{&\text{Kapit}, \text{Miri}, \text{Bintulu},\text{Sibu}, \text{Limbang}, \text{Mukah}, \text{Kuching}, \text{Betong} \} \end{aligned}\)
\(\begin{aligned} A=\{&\text{Miri}, \text{Sibu}, \text{Kuching}, \text{Betong}\} \end{aligned}\)
\(\begin{aligned} B=\{&\text{Miri}, \text{Sibu}, \text{Kapit}, \text{Limbang}\} \end{aligned}\)
\(\begin{aligned} C=\{&\text{Miri}, \text{Betong}, \text{Kapit}, \text{Mukah}\} \end{aligned}\)

Senaraikan semua unsur dan lukis gambar rajah Venn serta lorekkan kawasan yang mewakili pelengkap bagi kesatuan set \(( A \cup B) '\)\(( B \cup C) '\) dan \(( A \cup B \,\cup C) '\).

Penyelesaian:

\(( A \cup B) '\)
\(A\,\cup B=\{\text{Kapit, Miri, Sibu, Limbang, Kuching, Betong\}}\)
\((A\,\cup B)'=\{\text{Mukah, Bintulu\}}\)
 
\(( B \cup C) '\)
\(B\,\cup C=\{\text{Kapit, Miri, Sibu, Limbang, Betong, Mukah\}}\)
\((B\,\cup C)'=\{\text{Kuching, Bintulu\}}\)
 
\(( A \cup B \,\cup C) '\)
\(A\cup B\,\cup C=\{\text{Kapit, Miri, Sibu, Limbang, Mukah, Betong, Kuching\}}\)
\(( A \cup B \,\cup C) '=\{\text{Bintulu}\}\)

Menyelesaikan Masalah yang Melibatkan Kesatuan Set

Sebanyak \(100\) orang dewasa terlibat dalam kajian mengenai bahan bacaan yang menjadi pilihan utama mereka. \(40\) orang memilih surat khabar, \(25\) orang memilih majalah, \(18\) orang memilih buku cerita, \(8\) orang memilih kedua-dua surat khabar dan majalah, \(7\) orang memilih kedua-dua majalah dan buku cerita, \(5\) orang memilih kedua-dua surat khabar dan buku cerita dan \(3\) orang memilih ketiga-tiga bahan bacaan tersebut.

Berapakah bilangan yang tidak memilih sebarang bahan bacaan?

Penyelesaian:

\(\xi=\{\text{jumlah orang dewasa}\}\)
\(P=\{\text{surat khabar}\}\)
\(Q=\{\text{majalah}\}\)
\(R=\{\text{buku cerita}\}\)

  Jumlah
Orang Dewasa \(100\)
Surat Khabar \(40\)
Majalah \(25\)
Buku Cerita \(18\)
Surat Khabar dan Majalah \(8\)
Majalah dan Buku Cerita \(7\)
Surat Khabar dan Buku Cerita \(5\)
Surat Khabar, Majalah dan Buku Cerita \(3\)
Tidak Memilih Mana-Mana Bahan \(?\)
 
Surat khabar sahaja: \(40-5-3-2=30\)

Majalah sahaja: \(25-5-3-4=13\)

Buku cerita sahaja: \(18-3-4-2=9\)

Jumlah orang yang tidak memilih sebarang bahan tersebut:
\(\quad n(A\,\cup B \,\cup C)'\\=100-5-3-4-2-30-13-9\\=34\)