Sudut yang berkaitan dengan Garis Selari dan Garis Rentas Lintang

8.3  Sudut yang berkaitan dengan Garis Selari dan Garis Rentas Lintang
 
Garis selari:
 
Definisi
  • Garis selari tidak akan bersilang sama sekali.
  • Garis-garis selari boleh ditandakan dengan anak panah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.

Garis rentas lintang:
 
Definis
  • Garis lurus yang bersilang dengan dua atau lebih garis lurus.
  • Gambar rajah di bawah menunjukkan bahawa \(PQ\) ialah garis rentas lintang.

Sudut sepadan, sudut selang-seli dan sudut pedalaman:
 
(i) Sudut sepadan

  • Sudut sepadan adalah sama dimana \(\angle a=\angle b\).
 
(ii) Sudut selang-seli

  • Sudut selang-seli adalah sama dimana \(\angle b=\angle c\).
 
(iii) Sudut pedalaman

  • Hasil tambah sudut pedalaman ialah \(180^\circ\) dimana\(\angle c+\angle d=180^\circ\).
 
Sudut dongak dan sudut tunduk:
 
(i) Sudut dongak
 
Definisi
  • Apabila seseorang melihat objek pada paras lebih tinggi, sudut antara arah penglihatannya dengan garis mengufuk disebut sebagai sudut dongak.

Berdasarkan gambar rajah di atas, sudut \(a\) ialah sudut dongak burung itu dari penglihatan kanak-kanak lelaki tersebut.

(ii) Sudut tunduk
 
Definisi
  • Apabila seseorang melihat objek pada paras lebih rendah, sudut antara penglihatan dan garis mengufuk ialah sudut tunduk.

Berdasarkan gambar rajah di atas, sudut \(b\) ialah sudut tunduk kucing itu dari penglihatan kanak-kanak perempuan tersebut.