Peta Topografi

 

Sesuatu lokasi dapat ditentukan dalam peta topografi melalui rujukan grid. Bagi menentukan rujukan grid pengetahuan asas mengenai garisan timuran dan garisan utaraan adalah amat penting. Peta topografi juga perlu ditafsir dengan menghubungkaitkan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya.

 
2.1 Maksud Peta Topografi
 
1.  Peta topografi menunjukkan bentuk muka bumi sesuatu kawasan.
 
2.  Garisan grid pada peta topografi dilukis secara menegak dan mendatar.
 
3.  Skala terbahagi kepada tiga jenis iaitu skala penyata, skala lurus, dan skala warisan.
 
  Peta Topografi yang Lengkap  
     
 
  • Tajuk
  • Petunjuk
  • Skala
  • Arah mata angin
  • Simbol
  • Ciri fizikal
  • Ciri budaya
 
     
 
2.2 Garisan Timuran dan Garisan Utaraan 
 
1. Garisan grid merupakan garisan-garisan yang dilukis secara menegak dan mendatar pada peta topografi.
 
2. Jadual di bawah ini menunjukkan ciri garisan grid tersebut, iaitu mestilah mempunyai garisan timuran dan garisan utaraan.
 
 
Garisan Timuran

  • Dilukis secara menegak
  • Kedudukan menunjukkan lokasi ke arah timur
  • Setiap garisan dinomborkan   
  • Nilainya semakin bertambah ke timur

 

Garisan Utaraan

  • Dilukis secara melintang
  • Kedudukan menunjukkan lokasi ke utara
  • Setiap garisan dinomborkan
  • Nilainya semakin bertambah ke utara

 

 
2.3 Rujukan Grid
 
1.  Rujukan grid merupakan titik persilangan antara garisan timuran dan garisan utaraan.
 
2.  Nilai garisan timuran hendaklah dibaca terlebih dahulu diikuti nilai garisan utaraan.
 
3. Terdapat dua jenis grid, iaitu rujukan grid \(4\) angka dan rujukan grid \( 6 \) angka.
 
4.  Rujukan grid \(4\) angka menentukan kedudukan sesuatu kawasan, manakala rujukan grid \( 6 \) angka menentukan kedudukan objek yang lebih kecil.
 

Membaca Rujukan Grid \(4\) Angka

  • Perhatikan kedudukan titik dalam peta.
  • Titik tersebut ialah kedudukan Kampung Lili.
  • Garisan timuran dibaca terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan bacaan garisan utaraan.
  • Kedudukan Kampung Lili  ialah RG \(1121\).

 

Membaca Rujukan Grid \( 6 \) Angka

  • Perhatikan kedudukan titik dalam peta.
  • Lihat kedudukan segi empat grid Kampung Api iaitu \( 1121\)
  • Bahagikan garisan grid \(11\) ke \(12\) dan \(21\) ke \(22\) kepada nilai \(0\)  hingga \(10\).
  • Cari titik persilangan
  • Kedudukan rujukan grid \(6\) angka Kampung Api ialah \(115214\).

 

 
2.4 Ciri Pandangan Darat Fizikal dan Ciri Pandangan Darat Budaya
 
1.  Simbol peta topografi terbahagi kepada dua iaitu pandang darat fizikal dan pandang darat budaya.

 

Pandang Darat Fizikal Pandang Darat Budaya

Ciri fizikal mewakili ciri-ciri semula jadi seperti bentuk muka bumi, saliran, dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Ciri budaya mewakili ciri-ciri buatan manusia seperti petempatan, kemudahan sosial, pengangkutan, dan kegiatan ekonomi.

Contoh simbol pandang darat fizikal

 

 

Contoh simbol pandang darat budaya

 

 

  

 
2.5 Mentafsir Peta Topografi
 
1.  Kita perlu menghubung kait di antara pandang darat fizikal dan pandang darat budaya melalui tafsiran peta topografi.
 
2.  Ikuti langkah-langkah untuk mentafsir peta berikut:
 
  • Perhatikan keseluruhan peta untuk mendapatkan gambaran umum tentang kawasan kajian.
  • Kenal pasti ciri pandang darat fizikal dan budaya yang terdapat dalam peta.
  • Kaitkan ciri pandang darat fizikal dengan ciri pandang darat budaya.
  • Tafsirkan peta topografi menggunakan maklumat dan bukti yang terdapat dalam peta tersebut.