Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca dan Iklim

Bumi bergerak dalam sistem suria di atas paksinya sendiri. Pada masa yang sama bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk elips iaitu bujur. Pergerakan bumi ini memberikan pelbagai kesan.

3.1  Pergerakan Bumi
 
1.  Bumi ialah salah atu planet yang terdapat dalam sistem suria.
 
2.  Di dalam sistem suria bumi, bumi bergerak melalui dua cara iaitu:
 
  • Putaran bumi         
  • Peredaran bumi
 
3.  Bumi beredar pada paksinya, sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya.
 
3.2 Putaran Bumi
 
1.  Bumi berputar pada paksinya iaitu pada kecondongan sudut \(23\frac{1}{2}\degree\).
 
2. Bumi berputar mengikut arah lawan pusingan jam iaitu dari arah barat ke timur.
 
3.  Bumi mengambil masa \(24\) jam atau satu hari untuk satu putaran lengkap.
 
  Kesan-Kesan Putaran Bumi  
 
1.     Kejadian siang dan malam.

  • Bahagian bumi yang menghadap matahari akan menerima waktu siang dan bahagian yang  tidak mendapat pancaran matahari akan mengalami waktu malam.

2.     Mewujudkan zon waktu.

  • Setiap zon waktu memiliki \(1 \) jam. Dalam setiap jam, bumi berputar sebanyak \(15\,\degree\) longitud atau \(4 \) minit bagi setiap \(1\,\degree\) longitud.
 
3.     Berlaku perbezaan waktu tempatan.

  • Waktu di timur lebih awal berbanding waktu di barat.
 
4.    Berlakunya pembiasan angin lazim.

  • Daya koriolis akan memesongkan arah tiupan angin ke kanan Hemisfera Utara atau ke kiri Hemisfera Selatan.
 
5.    Kejadian pasang surut 

  • Pasang surut berlaku disebabkan tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau bumi dengan matahari.
  • Daya tarikan graviti akan menarik air laut yang menghadap bulan.
 
3.3  Peredaran Bumi
 
1. Peredaran bumi mengelilingi matahari ialah selama \(365\,\dfrac{1}{4}\) hari atau \(1\) tahun.
 
2. Cara peredaran bumi adalah mengikut arah lawan jam.
 
Kesan-kesan peredaran bumi.
 
Kejadian Empat Musim

Fenomena Gerhana
  • Iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk, dan musim bunga.
  • Fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari berlaku apabila bumi, bulan, dan matahari tersusun dalam satu garis lurus.
  • Gerhana bulan berlaku apabila pancaran matahari ke arah bulan terhalang oleh bumi yang terletak antara matahari dengan bulan.
  • Gerhana matahari berlaku apabila pancaran matahari terhalang oleh kedudukan bulan yang berada  di antara matahari dengan bumi.