|
Dengan mempelajari skala dan jarak kita dapat menentukan nisbah jarak dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi. Pengetahuan tentang skala dan jarak juga penting untuk membuat perancangan terutamanya pergerakanyang melibatkan kos dan masa.
|
|
|
|
1. Skala ialah nisbah antara jarak pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi. |
|
2. Jarak pula ialah ukuran dekat atau jauh di antara dua tempat. |
|
3. Skala terbahagi kepada tiga jenis iaitu skala penyata, skala lurus, dan skala warisan. |
|
|
Skala Penyata |
|
|
|
|
|
- Skala ini dinyatakan dalam perkataan.
- Sebagai contoh, \(1\,\text{cm}\) mewakili \(1\,\text{km}\).
- Bermakna sebarang jarak sepanjang \(1\) sentimeter pada peta mewakili \(1\) kilometer di permukaan bumi.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skala Lurus |
|
|
|
|
|
- Skala ini dikenal sebagai skala linear atau skala garisan.
- Dilukis dalam satu garisan dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.
- Skala ini terbahagi kepada dua iaitu skala lurus mudah dan skala lurus penuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skala Wakilan |
|
|
|
|
|
- Skala ini dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan.
- Sebagai contoh, \(1: 50 \,000\) disebut \(1\, \text{nisbah}\, 50 \,000\).
- Bermakna angka \(1\) merupakan unit asas peta manakala angka selepasnya merupakan unit di permukaan bumi.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Jarak ialah ukuran jauh antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. |
|
2. Terdapat dua jenis jarak, iaitu: |
|
Jarak Mutlak |
Jarak Relatif |
Merupakan jarak tetap dan tidak berubah
|
Jarak yang tetap dan tidak berubah-ubah mengikut cara perjalanan
|
Jarak mutlak diukur dalam unit meter atau kilometer
|
Diukur dari segi masa dan kos
|
|
|
|
|
Berdasarkan rajah di atas,
- Jarak di antara rumah Amsyar ke sekolah ialah \(2\) kilometer.
- Jika Amsyar berjalan kaki ke sekolah, masa yang diambilnya ialah 30 minit, sekiranya Amsyar menunggang basikal perjalanannya dikurangkan kepada 20 minit dan jika Amsyar menaiki bas, perjalanannya hanya \(6\) minit.
- Dengan berjalan kaki atau berbasikal, Amsyar tidak perlu mengeluarkan kos tetapi jika di menaiki bas dia perlu membayar \(40\) sen.
|
|
Jadual 1: Jarak di antara sekolah dengan rumah Amsyar.
|
|
Perkara |
Amsyar |
Jarak mutlak
|
\(2\,\text{km}\)
|
Jarak relatif
Jarak berdasarkan masa:
- Berjalan kaki
- Menunggang basikal
- Menaiki bas
Jarak berdasarkan kos:
- Berjalan kaki
- Menunggang basikal
- Menaiki bas
|
- 30 minit
- 20 minit
- 6 minit
|
|
|
1.3 |
Menentukan Jarak Sebenar |
|
|
1.3.1 Mengukur jarak sebenar dengan menggunakan skala penyata.
|
|
|
|
Langkah 1 - tandakan X di rumah Emy dan X di sekolah.
|
|
Langkah 2 - lukis satu garisan lurus yang menyambungkan kedua-dua tanda X tersebut. |
|
Langkah 3 - Letakkan pembaris pada garisan yang telah dilukis dan ukur jaraknya. |
|
|
Cara Pengiraan |
|
|
- Jarak di antara kedua-dua tempat tersebut ialah \(4\) km
- Skala peta ialah \(1\) cm mewakili \(1\) km
- Jarak sebenar di antara rumah Emy dengan sekolah ialah \(4 \times 1\,\text{km} = \,4\,\text{km}\)
|
|
|
|
|
|
|
|
|