1.2 |
Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
|
|
|
|
|
Masalah asas ekonomi terdiri daripada:
|
1. Apa yang Hendak Dikeluarkan |
|
- Merujuk kepada penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan.
- Pengeluar akan memilih untuk mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
- Diselesaikan berdasarkan permintaan/cita rasa masyarakat.
- Dapat menentukan corak agihan/peruntukan sumber dalam ekonomi.
- Dapat memastikan pengguna memperoleh kepuasan yang maksimum.
- Pengeluar memperoleh keuntungan yang maksimum, dan kerajaan menjana kebajikan masyarakat yang maksimum.
|
|
2. Berapa yang Hendak Dikeluarkan |
|
- Merujuk kepada penentuan kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan.
- Persoalan ini adalah untuk memastikan tidak berlaku masalah kekurangan atau lebihan sesuatu barangan dalam pasaran.
- Masalah kekurangan barang akan menyebabkan kenaikan harga barang.
- Masalah lebihan barangan pula akan menyebabkan stok sesuatu barangan bertambah dan membawa kepada penurunan harga.
- Persoalan ini dapat ditentukan berdasarkan permintaan masyarakat dan faktor pengeluaran yang diperuntukkan untuk mengeluarkannya.
|
|
3. Bagaimana Hendak Dikeluarkan |
|
- Merujuk kepada penentuan cara/kaedah/teknik pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan.
- Pengeluar harus menggabungkan faktor pengeluaran secara optimum untuk meminumkan kos pengeluaran.
- Memilih sama ada menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan modal atau berintensifkan buruh.
- Kaedah berintensifkan modal bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor modal berbanding dengan faktor buruh.
- Kaedah berintensifkan buruh bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor buruh berbanding dengan faktor modal.
- Pemilihan cara pengeluaran dibuat berrdasarkan harga relatif antara faktor buruh dan faktor modal atau teknik pengeluaran yang paling cekap.
- Jika harga faktor buruh secara relatif lebih murah berbanding dengan faktor modal, pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran berintensifkan buruh dan sebaliknya.
|
|
4. Untuk Siapa Dikeluarkan |
|
- Merujuk kepada penentuan corak pengagihan barangan kepada masyarakat yang menjadi sasaran.
- Penyelesaian ini berasaskan kepada corak agihan pendapatan wang iaitu bergantung kepada kemampuan/kuasa beli masyarakat.
- Golongan yang berpendapatan tinggi biasanya memperoleh lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.
|
|
Tiga jenis sistem ekonomi yang utama:
- Sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB)
- Sistem ekonomi campuran (SEC)
- Sistem ekonomi perancangan pusat (SEPP)
|
|
Perbandingan Ciri-ciri 3 Sistem Ekonomi |
1. Pemilikan Faktor Pengeluaran |
|
SEPB
- Pengguna/pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran.
SEC
- Pengguna/pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran.
- Kerajaan campur tangan untuk mengeluarkan barang awam bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat.
SEPP
- Kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk memiliki faktor pengeluaran dan keluarkan barang dan perkhidmatan.
|
|
|
SEPB
- Pengguna/pengeluar bebas membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah ekonomi.
- Pengguna bebas menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang hendak digunakan untuk memaksimumkan kepuasan diri (utiliti).
- Pengeluar bebas membuat keputusan tentang penggunaan faktor pengeluaran untuk memaksimumkan keuntungan.
SEC
- Pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi.
- Pengguna bebas menentukan corak permintaan barang dan perkhidmatan yang hendak digunakan untuk memaksimumkan kepuasan diri (utiliti)
- Pengeluar bebas bersaing untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memaksimumkan keuntungan.
- Kerajaan mengeluarkan barang bagi menjaga/memaksimumkan kebajikan masyarakat.
SEPP
- Kerajaan membuat semua keputusan tentang masalah asas ekonomi.
- Kerajaan merancang dan mengawal peruntukan faktor pengeluaran kepada masyarakat dan agihan barang dan perkhidmatan.
|
|
|
SEPB
- Pengguna bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
- Pengeluara bebas membuat pilihan dalam pengeluaran dan teknik pengeluaran barang dan perkhidmatan meminimumkan kos.
SEC
- Pengguna bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
- Pengeluara bebas membuat pilihan dalam pengeluaran dan teknik pengeluaran barang dan perkhidmatan meminimumkan kos.
- Kerajaan mengawal kebebasan melalui undang-undang untuk mengelakkan penyelewengan.
SEPP
- Pengguna tidak bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
- Pengeluar tidak bebas menggunakan faktor pengeluaran.
|
|
|
SEPB
- Amerika Syarikat dan Hong Kong
SEC
SEPP
|
|
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi |
1. Apa yang hendak dikeluarkan |
|
SEPB
- Diselesaikan oleh kuasa permintaan pengguna dan kuasa penawaran pengeluar.
- Pengguna bebas memilih barang untuk memaksimumkan utiliti.
- Pengeluar mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan.
SEC
- Diselesaikan melalui kuasa pasaran/mekanisme harga dan kuasa kerajaan.
- Pengguna bebas memilih barangan untuk memaksimumkan kepuasan.
- Pengeluar swasta bebas mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan.
- Kerajaan keluarkan barang awam/barang yang tidak dikeluarkan oleh firma swasta untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
SEPP
- Diselesaikan oleh kuasa kerajaan/badan perancangan pusat.
- Kerajaan berkuasa mutlak menentukan jenis barang.
- Kerajaan keluarkan barang awam.
|
|
2. Berapa hendak dikeluarkan |
|
SEPB
- Diselesaikan melalui mekanisme harga/kuasa pasaran.
- Interaksi kuasa permintaan dan kuasa penawaran menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan.
SEC
- Firma keluarkan barang ekonomi berdasarkan mekanisme harga / permintaan dan penawaran.
- Interaksi antara kuasa permintaan dan kuasa penawaran menentukan jumlah barang ekonomi.
- Kerajaan keluarkan barang awam ikut keperluan masyarakat.
- Kerajaan akan menambah barang yang tidak cukup dikeluarkan oleh pihak swasta.
SEPP
- Diselesaikan melalui kuasa mutlak kerajaan.
- kuantiti barang yang dikeluarkan mengikut keperluan masyarakat supaya mencukupi.
|
|
3. Untuk siapa dikeluarkan |
|
SEPB
- Diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap/meminimumkan kos.
- Pilih samada intensif buruh atau intensif modal yang lebih murah.
- Kombinasi faktor pengeluaran yang paling cekap pada kos pengeluaran yang minimum akan dipilih oleh pengeluar
SEC
- Diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap/meminimumkan kos pengeluaran.
- Pilih samada intensif buruh atau intensif modal yang lebih murah.
- Bagi barang ekonomi, firma swasta pilih cara pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan.
- Bagi barang awam, kerajaan pilih cara pengeluaran paling cekap untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
SEPP
- Diselesaikan oleh kerajaan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap/meminimumkan kos pengeluaran/mengurangkan pengangguran.
- Matlamat kerajaan ialah memaksimumkan kebajikan masyarakat.
|
|
4. Untuk siapa dikeluarkan |
|
SEPB
- Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang.
- Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi dan akan dapat lebih banyak barang.
- Agihan kekayaan dalam masyarakat adalah tidak sama rata.
SEC
- Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang bagi barang ekonomi.
- Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi memperoleh lebih banyak barang.
- Pihak kerajaan akan agihkan barang untuk semua individu.
- Kerajaan campur tangan dalam agihan barang melalui sistem percukaian dan subsidi.
- Kerajaan mengagih barang awam kepada semua individu.
SEPP
- Diselesaikan oleh kerajaan.
- Memastikan barangan diagih secara adil.
- Menggunakan sistem kupon/catuan.
- Kerajaan kawal harga barang untuk menjamin kebajikan masyarakat.
|
|
Ciri-ciri Ekonomi Islam |
1. Ciri-ciri utama ekonomi islam |
|
- Matlamat ekonomi Islam adalah untuk mencapai al-Falah iaitu mencapai keseimbangan antara kebahagian individu dan masyarakat di dunia dan akhirat.
- Segala kegiatan ekonomi yang berlandaskan syariat Islam dianggap sebagai ibadah dan akan diberi ganjaran pada hari akhirat.
- Keputusan ekonomi mestilah berdasarkan prinsip dan hukum Islam iaitu Al-Quran dan Hadis.
- Pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk umat dan aktiviti ekonomi yang dijalankan mencerminkan keseluruhan hidup Islam.
- Aktiviti ekonomi yang tidak halal seperti penyeludupan, perjudian, pengedaran dadah dan penipuan adalah diharamkan sama sekali.
|
|
2. Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu |
|
- Individu dan swasta adalah bebas mencari/memiliki kekayaan di dunia demi kebajikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat asalkan tidak bertentangan dengan hukum Islam.
- Pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi.
- Pengguna mempunyai kebebasan memilih barang/perkhidmatan yang halal dan jenis pekerjaan yang ingin diceburi.
- Pengeluar bebas bersaing dalam pengeluaran barangan untuk memperoleh keuntungan asalkan mematuhi hukum syarak.
- Kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang undang dan peraturan.
|
|
3. Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat |
|
- Kepentingan awam adalah lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan individu.
- Kerajaan akan membuat keputusan ekonomi dalam pengeluaran barang awam untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan masyarakat terjamin.
- Sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat.
- Setiap individu dijamin memperolehi barang keperluan asas.
- Prinsip kesederhanaan amat dipentingkan dalam aspek penggunaan dan pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan.
- Individu yang cukup syarat dikehendaki membayar zakat untuk diagihkan kekayaan mereka kepada golongan yang kurang kemampuan/golongan yang layak menerima zakat.
|
|