Produktiviti dan Eksternaliti

4.2 Produktiviti dan Eksternaliti
 
Cara Mencapai Pertumbuhan Ekonomi

Meningkatkan kuantiti input yang terdiri daripada buruh, modal, tanah, dan usahawan.

Meningkatkan kecekapan dalam penggunaan input iaitu buruh, modal, tanah dan usahawan.

Produktiviti / Daya Pengeluaran
Keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan.
 
Fungsi Produktiviti

Mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan input seperti tenaga buruh, teknologi, peralatan, sistem, dan pengurusan.

Menjelaskan perhubungan antara output yang dihasilkan dengan input yang digunakan.

Produktiviti \(\dfrac{\text{Output}}{\text{Input}}\)

Imej ini menunjukkan peta minda yang bertajuk 'Kepentingan Produktiviti.' Di tengah peta minda terdapat kotak besar berwarna biru muda dengan tajuk tersebut. Dari kotak tengah ini, terdapat enam cabang yang menghubungkan kepada kotak-kotak kecil yang lain. Kotak-kotak kecil tersebut mengandungi perkataan-perkataan berikut: 1. Produktiviti 2. Output 3. Keuntungan 4. Upah Pekerja 5. Pendapatan Negara 6. Taraf Hidup Rakyat Di sebelah kiri atas terdapat logo 'Pandai.'
 
Kepentingan Produktiviti

Peningkatan produktiviti

Peningkatan output

Peningkatan keuntungan atau daya saing firma

Peningkatan upah pekerja

Peningkatan pendapatan negara

Peningkatan taraf hidup rakyat

Faktor Mempengaruhi Produktiviti

Tenaga manusia

Sistem dan prosedur

Struktur organisasi

Gaya kepimpinan

Persekitaran kerja

Bahan-bahan

Teknologi

Kelengkapan modal

Eksternaliti

Kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan sesuatu barang atau perkhidmatan.

  • Misalnya, pengeluaran yang dijalankan oleh kilang boleh menyebabkan pencemaran air jika bahan buangan firma disalurkan ke dalam sungai atau laut.
  • Kos ini tidak diambil kira dalam harga pasaran. Namun pada masa yang sama dengan adanya kilang-kilang ini, penduduk dapat peluang pekerjaan dan memperoleh pendapatan untuk membaiki taraf hidup.
  • Faedah ini juga tidak dimasukkan dalam harga pasaran.
 
Kos Sosial

Kos kepada pihak ketiga yang tidak termasuk dalam harga pasaran.

Contoh: Aktiviti pengeluaran minyak petroleum dan pembuangan sisa toksik kilang yang berleluasa.

Kesan : Aktiviti ini menyebabkan pencemaran alam sekitar yang merugikan nelayan dan alam sekitar.

Formula kos sosial = Kos peribadi + Kos luaran

Faedah Sosial

Faedah kepada pihak ketiga selain pengguna dan pengeluar.

Contoh: Barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti hospital dan alat pemadam api.

Kesan : penggunaan alat pemadam api memberi faedah kepada masyarakat sekeliling tanpa sebarang bayaran.

Formula faedah sosial = Faedah peribadi + Faedah luaran

Kos Peribadi

Kos nyata sesebuah kerajaan, firma atau individu.

Contoh: Kos pembelian kereta, insurans kereta.

Kos Luaran

Kesan sampingan yang negatif yang ditanggung oleh pihak yang ketiga tanpa sebarang pampasan.

Contoh: Seorang pemandu kereta tidak perlu menanggung kos kesesakan lalu lintas dan pencemaran.

Faedah Peribadi

Kos pengangkutan yang lebih rendah berbanding memandu kereta.

Faedah kesihatan daripada menunggang basikal.

Mengelak kesesakan lalu lintas dan menjimatkan masa perjalanan.

Faedah Sosial

Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah.

Kadar pencemaran alam sekitar yang lemah.

Kos perubatan kesihatan yang lebih rendah kepada orang ramai.

Jika sesuatu barangan mempunyai faedah luaran yang sangat menonjol, jumlah faedah sosial akan menjadi lebih besar daripada faedah peribadi.