Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Ekonomi Islam
Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
1.2

Masalah Asas Ekonomi
1. Apa yang Hendak Dikeluarkan
Merujuk kepada
penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan
.
Pengeluar akan memilih untuk mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
Diselesaikan berdasarkan permintaan / cita rasa masyarakat.
Dapat menentukan corak agihan / peruntukan sumber dalam ekonomi.
Dapat memastikan pengguna memperoleh kepuasan yang maksimum.
Pengeluar memperoleh keuntungan yang maksimum, dan kerajaan menjana kebajikan masyarakat yang maksimum.
2. Berapa yang Hendak Dikeluarkan
Merujuk kepada
penentuan kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan
.
Persoalan ini adalah untuk memastikan tidak berlaku masalah kekurangan atau lebihan sesuatu barangan dalam pasaran.
Masalah kekurangan barang akan menyebabkan kenaikan harga barang.
Masalah lebihan barangan pula akan menyebabkan stok sesuatu barangan bertambah dan membawa kepada penurunan harga.
Persoalan ini dapat ditentukan berdasarkan permintaan masyarakat dan faktor pengeluaran yang diperuntukkan untuk mengeluarkannya.
3. Bagaimana Hendak Dikeluarkan
Merujuk kepada
penentuan cara / kaedah / teknik pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan.
Pengeluar harus menggabungkan faktor pengeluaran secara optimum untuk meminumkan kos pengeluaran.
Memilih sama ada menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan modal atau berintensifkan buruh.
Kaedah berintensifkan modal bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor modal berbanding dengan faktor buruh.
Kaedah berintensifkan buruh bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor buruh berbanding dengan faktor modal.
Pemilihan cara pengeluaran dibuat berdasarkan harga relatif antara faktor buruh dan faktor modal atau teknik pengeluaran yang paling cekap.
Jika harga faktor buruh secara relatif lebih murah berbanding dengan faktor modal, pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran berintensifkan buruh dan sebaliknya.
4. Untuk Siapa Dikeluarkan
Merujuk kepada
penentuan corak pengagihan barangan kepada masyarakat yang menjadi sasaran.
Penyelesaian ini berasaskan kepada corak agihan pendapatan wang iaitu bergantung kepada kemampuan / kuasa beli masyarakat.
Golongan yang berpendapatan tinggi biasanya memperoleh lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.
Tiga Jenis Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB).
Sistem ekonomi campuran (SEC).
Sistem ekonomi perancangan pusat (SEPP).
Perbandingan Ciri-ciri 3 Sistem Ekonomi
1. Pemilikan Faktor Pengeluaran
SEPB
Pengguna / pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran.
SEC

Kerajaan campur tangan untuk mengeluarkan barang awam bagi
memaksimumkan kebajikan
masyarakat.
SEPP
Kerajaan mempunyai
kuasa mutlak
untuk memiliki faktor pengeluaran dan keluarkan barang dan perkhidmatan.
2. Penentu Kehendak
SEPB
Pengguna / pengeluar bebas membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah ekonomi.
Pengguna bebas menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang hendak digunakan untuk
memaksimumkan kepuasan
diri (utiliti).
Pengeluar bebas membuat keputusan tentang penggunaan faktor pengeluaran untuk
memaksimumkan keuntungan
.
SEC
Pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi.
Pengguna bebas menentukan corak permintaan barang dan perkhidmatan yang hendak digunakan untuk
memaksimumkan kepuasan
diri (utiliti).
Pengeluar bebas bersaing untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi
memaksimumkan keuntungan
.
Kerajaan mengeluarkan barang bagi
menjaga / memaksimumkan kebajikan
masyarakat.
SEPP
Kerajaan membuat semua keputusan tentang masalah asas ekonomi.
Kerajaan merancang dan mengawal peruntukan faktor pengeluaran kepada masyarakat dan agihan barang dan perkhidmatan.
3. Pembuat Pilihan
SEPB
Pengguna bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
Pengeluar bebas membuat pilihan dalam pengeluaran dan teknik pengeluaran barang dan perkhidmatan
meminimumkan kos

Pengeluar bebas membuat pilihan dalam pengeluaran dan teknik pengeluaran barang dan perkhidmatan meminimumkan kos.
Kerajaan mengawal kebebasan melalui undang-undang untuk mengelakkan penyelewengan.
SEPP
Pengguna tidak bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
Pengeluar tidak bebas menggunakan faktor pengeluaran.
4. Contoh Negara
SEPB
Amerika Syarikat dan Hong Kong.
SEC
Malaysia dan Thailand.
SEPP
Korea Utara dan Cuba.
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
1. Apa yang Hendak Dikeluarkan
SEPB
Diselesaikan oleh kuasa permintaan pengguna dan kuasa penawaran pengeluar.
Pengguna bebas memilih barang untuk memaksimumkan utiliti.
Pengeluar mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan.
SEC
Diselesaikan melalui kuasa pasaran / mekanisme harga dan kuasa kerajaan.
Pengguna bebas memilih barangan untuk memaksimumkan kepuasan.
Pengeluar swasta bebas mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan.
Kerajaan keluarkan barang awam / barang yang tidak dikeluarkan oleh firma swasta untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
SEPP
Diselesaikan oleh kuasa kerajaan / badan perancangan pusat.
Kerajaan berkuasa mutlak menentukan jenis barang.
Kerajaan keluarkan barang awam.
2. Berapa Hendak Dikeluarkan
Masalah ekonomi dalam penyelesaian masalah ekonomi merujuk kepada cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menguruskan dan mengagihkan sumber-sumber terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad.
Sumber ekonomi seperti tanah, buruh, dan modal adalah terhad, manakala keperluan seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal serta kehendak seperti percutian mewah dan barang-barang elektronik terus berkembang.
Masalah ini merangkumi beberapa aspek utama: pengagihan sumber yang cekap, membuat keputusan berdasarkan kos peluang, dan menangani ketidaksamaan pendapatan.
Selain itu, pengurusan kewangan yang baik, kestabilan ekonomi, dan pertumbuhan yang mampan adalah cabaran penting yang perlu diatasi.
Pengurusan yang baik memerlukan analisis mendalam dan perancangan strategik untuk memastikan bahawa sumber digunakan dengan cara yang paling berkesan dan adil, sambil mencapai pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan menstabilkan harga serta pendapatan.
3. Bagaimana Hendak Dikeluarkan
SEPB
Diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap / meminimumkan kos.
Pilih sama ada intensif buruh atau intensif modal yang lebih murah.
Kombinasi faktor pengeluaran yang paling cekap pada kos pengeluaran yang minimum akan dipilih oleh pengeluar.
SEC
Diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap / meminimumkan kos pengeluaran.

Bagi barang ekonomi,
firma swasta
pilih cara pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan.
Bagi barang awam,
kerajaan
pilih cara pengeluaran paling cekap untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
SEPP
Diselesaikan oleh kerajaan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap / meminimumkan kos pengeluaran / mengurangkan pengangguran.
Matlamat kerajaan ialah memaksimumkan kebajikan masyarakat.
4. Untuk Siapa Dikeluarkan
SEPB
Diselesaikan melalui
corak agihan pendapatan wang
.
Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi dan akan dapat lebih banyak barang.
Agihan kekayaan dalam masyarakat adalah tidak sama rata.
SEC
Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang bagi barang ekonomi.
Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi memperoleh lebih banyak barang.
Pihak
kerajaan
akan agihkan barang untuk semua individu.
Kerajaan
campur tangan dalam agihan barang melalui sistem percukaian dan subsidi.
Kerajaan
mengagih barang awam kepada semua individu.
SEPP
Diselesaikan oleh kerajaan.
Memastikan barangan diagih secara adil.
Menggunakan sistem kupon / catuan.
Kerajaan
kawal harga barang untuk menjamin kebajikan masyarakat.
Ciri-ciri Ekonomi Islam
1. Ciri-ciri Utama Ekonomi islam
Matlamat ekonomi Islam adalah untuk mencapai al-Falah iaitu mencapai keseimbangan antara kebahagian individu dan masyarakat di dunia dan akhirat.
Segala kegiatan ekonomi yang berlandaskan syariat Islam dianggap sebagai ibadah dan akan diberi ganjaran pada hari akhirat.
Keputusan ekonomi mestilah berdasarkan prinsip dan hukum Islam iaitu
Al-Quran
dan
Hadis
.
Pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk umat dan aktiviti ekonomi yang dijalankan mencerminkan keseluruhan hidup Islam.
Aktiviti ekonomi yang tidak halal seperti penyeludupan, perjudian, pengedaran dadah dan penipuan adalah diharamkan sama sekali.
2. Wujud Persaingan yang Adil dan Saksama antara Individu
Individu dan swasta adalah bebas mencari / memiliki kekayaan di dunia demi kebajikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat asalkan tidak bertentangan dengan
hukum Islam

Pengguna mempunyai kebebasan memilih barang / perkhidmatan yang halal dan jenis pekerjaan yang ingin diceburi.
Pengeluar bebas bersaing dalam pengeluaran barangan untuk memperoleh keuntungan asalkan mematuhi hukum syarak.
Kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang undang dan peraturan.
3. Keseimbangan antara Kepentingan Individu dan Masyarakat
Kepentingan awam adalah lebih diutamakan
berbanding dengan kepentingan individu.
Kerajaan akan membuat keputusan ekonomi dalam pengeluaran barang awam untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan masyarakat terjamin.
Sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat.
Setiap individu dijamin memperolehi barang keperluan asas.
Prinsip
kesederhanaan
amat dipentingkan dalam aspek penggunaan dan pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan.
Individu yang cukup syarat dikehendaki membayar
zakat
untuk diagihkan kekayaan mereka kepada golongan yang kurang kemampuan / golongan yang layak menerima zakat.

Chapter : Pengenalan kepada Ekonomi
Topic : Ekonomi Islam
Form 4
Ekonomi
View all notes for Ekonomi Form 4
Related notes
Konsep Kekurangan, Pilihan, dan Kos Lepas
Keseimbangan Pasaran
Keanjalan Harga
Wang dan Bank
Pendapatan Individu
Penggunaan Pendapatan Individu
Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil
Produktiviti dan Eksternaliti
Report this note
Online Tuition
Live class daily with celebrity tutors
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account