12: Penanda Wacana

12 Penanda Wacana
 
DEFINISI
  • Penanda wacana merupakan rangkai kata yang digunakan untuk menyambungkan ayat dengan ayat yang lain bagi menyatukan ayat tersebut supaya menjadi lebih teguh. 
  • Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat atau peranti linguistik.
 
Jenis Penanda Wacana
 
Penanda wacana boleh dibahagikan kepada tiga jenis dan mempunyai fungsi yagg berbeza-beza. Beriku adalah jenis-jenis penanda wacana

Penanda Pertentangan Maklumat
 
  • Merupakan penanda wacana yang digunakan untuk menunjukkan konflik atau pertentangan maklumat atau pendapat antara ayat yang sebelumnya dengan ayat yang berikutnya.
  • Kata yang boleh digunakan dalam penanda wacana ini ialah namun demikian, biarpun demikian. sebaliknya, meskipun, tetapi. namun. bagaimanapun, walau bagaimanapun
  • Antara contoh penanda wacana ini ialah:

Penanda wacana Contoh ayat
Namun Aiman sudah lama berhenti bermain bola kerana kecederaan nya. Namun, bila melihat rakan-rakannya bermain bola dia teringin kembali bermain bola
Walau bagaimanapun Amran selalu kekurang wang. Walau bagaimanapun. apabila dia ada wang lebih dia akan kirimkan kepada ibunya
Melainkan Siti tidak mahu menyertai aktiviti perkhemahan tersebut melainkan kawannya Mira menyertai perkhemahan itu sekali.
 
Penanda Musabab
 
  • Penanda wacana yang digunakan untuk menunjukkan kesan yang berlaku kepada sesuatu yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya.
  • Kata yang sering digunakan untuk penanda wacana ini ialah oleh hal yang demikian, dengan itu, maka itu, oleh itu, oleh sebab itu
  • Antara contoh ayat dan kata untuk penanda wacana ini ialah

Penanda Wacana Contoh ayat
Dengan ini Semua pihak perlu mendaftar untuk medapatkan vaksion Covid 19. Dengan ini, kadar jangkitan dapat dikurangkan
Oleh sebab itu Baru-baru ini Ali telah gagal dalam peperiksaan. Oleh sebab itu, dia asyik berkurung di dalam biliknya
Dengan itu Hasan adalah seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab dalam melakukan kerjanya. Dengan itu, majikannya telah melantiknya sebagai pengurus.
 
Penghubung Tempoh
 
  • Penanda wacana ini digunakan untuk menunjukkan urutan masa atau peristiwa berlakunya sesuatu
  • Berikut ialah contoh perkaan bagi penanda wacana penghubung tempoh

Selanjutnya Sebelumnya
Akhirnya Selepas itu
Mula-mula Pertama
 
  • Dibawah ialah contoh ayat bagi penanda wacana ini
Penanda Wacana Contoh ayat
Selepas itu Aimam membersihkan halaman rumah itu dengan menyapu sampah. Selepas itu, dia menyiram pokok bungga
Akhirnya Setelah lapan jam meredah perjalanan yang jauh akhirnya dia sampai juga ke destinasi.
Pertama Izlan telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan syair itu.