|
|
- Kata bilangan terdiri daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah.
- Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama
|
|
|
Jenis-jenis Kata Bilangan |
- Kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam jenis dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza.
|
|
- Berikut adalah jadual yang menunjukkan fungsi dan jenis kata bilangan.
|
Jenis Kata Bilangan |
Fungsi Kata Bilangan |
Kata bilangan tentu |
Diggunakan untuk mementukan bilangan yang tepat seperti satu, dua puluh atau empat ratus. Contoh Siti mempunyai dua biji rumah. |
Kata bilangan tak tentu |
Digunakan untuk bilangan yang tidak pasti jumlahnya atau tidak tepat seperti para, semua, beberapa, perbagai . Contoh ayat, beberapa plajar dalam kelas itu berjaya mendapat markah penuh dalam peperiksaan akhir tahun |
Kata bilangan pecahan |
Digunakan untuk menunjukkan bilangan berbentuk pecahan seperti tiga suku, separuh. Contoh, separuh wang simpanan Siri habis digunakan untuk membiayai kos perubatan ayahnya. |
Kata bilangan pisahan |
Merujuk kepada sesuatu bilangan yang berpisah seperti masing-masing, tiap-tiap dan setiap. Contohnya, setiap pagi ayah akan menyiram pokok bunga. |
Kata bilangan himpunan |
Digunakan apabila bercakap mengenai jumlah tertentu dalam sesuatu himpunan seperti kedua-dua, berpuluh-puluh, berbulan-bulan. Contoh, kedua-dua pemuda itu telah ditangkap oleh pihak polis. |
Kata bilangan tingkat |
Digunakan untuk menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah seperti pertama, kedua dan ketiga. Contoh, adik telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan melukis. |
|
|
Kesilapan Semasa menggunakan kata Bilangan |
- Menganda kan kata bilangan yang tidak boleh digandakan seperti kata bilangan "separuh' dan "para".
- Berikut adalah contoh penggunaan kata bilangan yang salah.
|
|
Salah |
Betul |
Separuh-separuh murid di sekolah itu berbangsa melayu |
Separuh murid di sekolah itu berbangsa melayu. |
Para-para peserta diminta berkumpul untuk sesi taklimat. |
Para peserta diminta berkumpul untuk sesi taklimat. |
|
|
- Menggunakan kata bilangan tingkat untuk menunjukkan jumlah.
|
|
Salah |
Betul |
Ayah menanam kedua pokok itu di belakang rumah. |
Ayah menanam dua pokok itu di belakang rumah. |
Ketiga budak itu dipanggil oleh guru disiplin . |
Tiga budak itu dipanggil oleh guru disiplin |
|
|
- Mengunakan kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan dalam satu ayat.
|
|
Salah |
Betul |
Abang menunggu kereta api selama satu suku jam. |
Abang menunggu kereta api selama satu jam suku |
Harga buku itu ialah sembilan setengah ringgit. |
Harga buku itu ialah sembilan ringgit setengah. |
|