13: Kata Ganti Nama Diri

13 Kata Ganti Nama Diri
 
 DEFINISI
 
Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu KGND 1 (penutur), KGND 2 (pendengar), dan KGND 3 (pihak / orang yang diceritakan halnya).
 
Gambar sebuah rajah:  Kata Ganti Diri Nama Diri  Tunggal  Banyak / Jamak  Pertama  Kedua  Aku, saya, patik, hamba.  Awak, kamu, engkau, encik, cik, saudara, saudari, tuan, puan, anda, tuanku, tuan hamba.  Kami, kita  Awak semua, kamu semua, saudara sekalian, saudari sekalian, encik-encik, cik-cik, tuan-tuan, puan-puan, anda semua, kalian  Dia, la, Beliau, Baginda.  Ketiga  Mereka
 
KGND 1 : menggantikan nama diri orang yang bertutur
 
KGND Penggunaan
aku Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
saya Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kita Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.
 
KGND 2 : menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur
 
KGND Penggunaan
anda Digunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
awak Digunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan "hamba" mesti diikuti "tuan hamba" sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
 
KGND 3 : menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)
 
KGND Penggunaan
baginda Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Dia dan ia Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
 
Kesilapan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
 
SALAH BETUL
"Kami tidak harus mengalah sebelum perlawan bermula." kata Murthi kepada Azrul.  "Kita tidak harus mengalah sebelum perlawan bermula." kata Murthi kepada Azrul. 
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.  Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun. 
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.  Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. 
"Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba," kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.  "Patik mohon maaf atas kesalahan patik," kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah. 
Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda
Saya ingin berjumpa dengan ia Saya ingin berjumpa dengannya
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang. Mereka  sedang bermain bola di padang.