05: Kata Hubung

5 Kata Hubung
 
 DEFINISI
 
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan kata atau frasa dalam sesuatu ayat.
 
Gambar sebuah rajah:   Kata Hubung  Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.  Kata Hubung Pancangan Relatif Komplemen Keterangan   Kata Hubung Gabungan Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.
 
Jenis Kata Hubung

  • Kata hubung gabungandan, serta, atau, sambil, lalu, maka
  • Kata hubung pancangan: sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila
  • Kata hubung berpasanganoleh sebab-maka, walaupun-namun, biarpun-tetapi, meskipun-namun, baik-mahupun, sama ada-mahupun, bukan sahaja-malah
 
Kesalahan Penggunaan Kata Hubung

  • Jangan gunakan 2 kali perkataan 'dan' untuk tujuan sama dalam satu ayat. (Gunakan berselang dengan 'serta')
  • Gunakan 'atau' jika bermaksud membuat pilihan.
  • Jika 'atau' digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.
  • 'hingga/ sehingga' tidak boleh digunakan bersama- sama dengan 'ke'. (Pilih satu sahaja)
  • Tidak ada kata hubung 'oleh kerana' dalam bahasa Melayu.
  • Jika 2 perkara bersifat bertentangan, gunakan 'tetapi'.
  • Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan 'maka'.
 
Contoh Ayat
 
Salah Betul
Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.
Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan. Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.
Pelajar itu menghisap rokok atau dadah. Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.
Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.

Dia belajar dari pagi hingga petang hari.

Dia belajar dari pagi ke petang hari.

Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah. Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah.
Dia kaya dan dia kedekut. Dia kaya tetapi dia kedekut.
Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan. Dia malas membuat ulang kaji maka  dia gagal dalam peperiksaan.