04: Kata Adjektif

4 Kata Adjektif 
 
DEFINISI

Kata adjektif ialah kata yang diggunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. 

Pengenalan Kepada Kata Adjektif 

Kata adjektif boleh di kenal pasti jika sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. 

Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu

Contoh kata penguat boleh di lihat di rajah di bawah.
 
Kata Penguat Contoh Perkataan Jenis Ayat
Hadapan

Paling

Begitu

Agak

Ali ialah pelajar yang paling pandai dalam kelas itu.

Sofia begitu pantas berlari.

Buku yang baru dibeli itu agak tebal.

Belakang

Sekali

Nian

Benar

Rumah Ali jauh sekali.

Pemandangan pada waktu malam indah nian.

Kereta api itu lambat benar.

Bebas

Sangat

Sungguh

Amat

Telefon bimbit itu mahal sangat. / Telefon bimbit itu sangat mahal.

Keputusan peperiksaan adik sungguh cemerlang. / Keputusan peperiksaan adik cemerlang sungguh.

Hasil lukisan yang dihasilkan oleh beliau amat teliti. / Hasil lukisan yang dihasilkan oleh beliau teliti amat.

Jenis Kata Adjektif
  1. Kata adjektif tunggal biasanya terdiri dari satu perkataan seperti gemuk, gelap, manis
  2. Kata adjektif terbitan adalah kata adjektif yang menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan 
  3. Kata adjektif ganda terbahagi kepada dua iaitu kata ganda penuh di mana dilakukan dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk menjadikan sifat itu menyeluruh manakala kata ganda berentak dilakukan secara berentak untuk menyesuaikan bunyi supaya ianya sesuai dengan kata adjektif dasar.
  4. Kata adjektif majmuk adalah kata adjektif yang terhasil daripada dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu.
 
Kata Adjektif Tunggal
  • Kata adjektif tunggal ini wujud dalam satu bentuk kata tunggal atau satu perkataan sahaja.
  • Kata adjektif tunggal juga wujud dalam bentuk kata dasar iaitu tanpa gabungan dengan imbuhan atau mengalami proses penggandaan.
  • Contoh kata adjektif tunggal adalah seperti di bawah
 
Contoh Perkataan Contoh Ayat
Cantik  Gadis cantik itu melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sederhana Cara hidup jutawan itu amat sederhana.
 
Kata Adjektif Terbitan

Kata adjektif terbitan boleh terbahagi kepada tiga jenis iaitu imbuhan awalan, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis imbuhan dan contoh ayat.

Imbuhan Contoh perkataan Contoh ayat
Imbuhan Awalan (se-, ter-) sepandai, tertinggi, terbesar

Ikmal tidak sepandai kakanya, 

Hakim pelajar tertinggi dalam kelas itu

Pusat beli belah itu itu adalah yang terbesar di negara ini

Imbuhan kata apitan (ke\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)an) Kelebihan, kemerah-merahan

Ali mempunyai kelebihan dalam seni lukisan

Matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur.

Imbuhan sisipan ( \(\underline{\hspace{0.5cm}}\)el\(\underline{\hspace{0.5cm}}\) , \(\underline{\hspace{0.5cm}}\)em\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)) Telunjuk, gemuruh, gemilang

Amin sentiasa mengikut telunjuk kakanya

Siti berapa gemuruh semasa hendak menjawab peperiksaan akhir tahun

Kata Adjektif Berganda 

Kata adjektif berganda terbahagi kepada dua iaitu kata ganda penuh dan kata ganda berentak.

  • Kata ganda penuh berlaku dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk menjadikan sifat itu menyeluruh.
  • Kata ganda berentak dilakukan secara berentak untuk menyesuaikan bunyi supaya ianya sesuai dengan kata adjektif dasar.
 
Berikut adalah contoh penggunaan kata adjektif berganda.

Kata ganda penuh Kata ganda berentak
Awan itu berwarna kebiru-biruan Aiman berasa pening kepala apabila melalui jalan yang bengkang-bengkok itu.
Buah tembikai itu kecil-kecil lagi Guru disiplin telah mengambil tindakan disiplin serta-merta tarhadap murid yang terlibat dengan kes kecurian itu
Buku-buku disusun kemas di atas rak Suasa menjadi haru-biru semasa kejain kebakaran semalam
 
Kata Adjektif Majmuk 
Kata adjektif majmuk adalah kata adjektif yang terhasil daripada merangkaikan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk juga boleh diggunakan dengan simpulan bahasa.  Di bawah ialah contoh perkataan dan ayat untuk kata adjektif majmuk.
 
Perkataan Contoh ayat yang boleh digunakan
Ringan tulang Sikap ali yang ringan tulang itu amat disukai oleh orang sekelilingnya
Muda Remaja Fesyen terbaru itu menjadi ikutan kaum muda remaja.
Biru laut Pemuda itu memakai baju berwarna biru laut.