03: Bahasa Melayu Klasik

3 Bahasa Melayu Klasik
 
DEFINISI
  • Bahasa melayu klasik ialah bahasa melayu yang digunakan pada abad ke 14 hingga ke abad 19. 
  • Bahasa melayu klasik berkembang selari dengan perkembangan agama Islam di Asia Tenggara.
  • Bahasa klasik lebih jelas daripada bahasa kuno.
 
Terdapat tiga ciri bahasa melayu klasik iaitu:

 Sistem Tulisan dan Ejaan
  • Sistem tulisan jawi telah banyak mempengaruhi ciri bahasa melayu klasik.
  • Tulisan jawi ialah tulisan yang berasal daripada Bahasa Arab dan setelah sampai ke Tanah Melayu ianya disesuaikan dengan bunyi Bahasa Melayu.
  • Contoh perkataan bahasa melayu yang dipengaruhi dari Bahasa Arab ialah insan, daulat, fardhu.
 
Kosa Kata

Bahasa melayu klasik telah mengambil dan mengubah beberapa kosa kata yang berasal dari bahasa melayu kuno.

Bahasa melayu klasik mempunyai beberapa ciri yang boleh dikenalpasti.

  • Mengikut Kamus dewan edisi keempat kosa kta bermakna keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa.
  • Berikut ialah contoh kosa kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu klasik.
 
Bahasa Arab

Allah taala

Fardhu

Insan

Daulat

Penggunaan Bahasa Istana

Maksud
Murka Marah
Bertitah Bersuara
Berangkat Bertolak
Suka cita Gembira

Kosa kata klasik

Maksud
Afwah Berkat
Adikara Kekuasaan
Agam Besar
Berahi Cinta

Kata pangkal ayat

Hatta

Maka

Sebermula

Alkisah

 Tatabahasa

Bahasa Melayu Klasik telah mengambil dan mengubah beberapa tatabahasa yang berasal dari Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu klasik mempunyai beberapa ciri yang boleh dikenalpasti.

  • Ayat dalam bahasa melayu klasik selalu ayat yang panjang dan berbelit-belit
  • Kebanyakkan ayat hadir dalam bentuk ayat pasif
  • Menggunakan susunan ayat songsang
  • Sering menggunakan kosa kata klasik seperti amarah, ceritera ading dan lain-lain
  • Menggunakan kata pangkal ayat seperti alkisah, arakian hatta
  • Banyak pengunaan partikel pun dan lah
Berikut adalah makna kata bahasa melayu klasik yang telah diubah.
Perkataan dalam bahasa melayu klasik Perkataan dalam bahasa melayu moden
Amarah Marah
Ceritera Cerita
Adiang Adik
Arakian Selepas itu
 
  • Imbuhan awalan mar- dan ni- telah bertukar menjadi ber- dan di- dalam, manakala kata kerja aktif maN telah ditukar kepada meN di dalam Bahasa Melayu klasik.
  • Berikut adalah contoh tatabahasa yang telah diubah dalam bahasa melayu klasik.
 
Imbuhan Kata kerja aktif
Marlepas ditukar menjadi Berlepas Manglari telah ditukar kepada melarikan
Nirpawat ditukar menjadi diperbuat Mangujari ditukar menjadi mengujari