02: Ayat Penegasan

2

Ayat Penegasan

 
DEFINISI
  • Kata penegas partikel digunakan sebagai penegas dalam sesuatu ayat atau pernyataan
  • Kata penegas ini digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
  • Kesemua kata penegas ini dirangkaikan dengan perkataan yang mendahuluinya
  • Contoh kata penegas partikel iaitu:DEFINISI
 
 
Kata Penegas Huraian Contoh ayat
\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)kah Diggunakan bagi menegaskan sesuatu pernyataan atau memberi penekanan kepada sesuatu ayat tanya atau ayat sesuan Siapakah jaura badminton tahun ini?
\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)lah Diggunakan untuk menegaskan sesuatu perintah, permintaan dan pernyataan Pergilah berjumpa dengan guru disiplin.
\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)tah Diggunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan dan keadaan harian Bilatah dia akan membayar semua hutangnya.
 
Kata Penegas Akar
  • Kata penegas ini menegaskan frasa nama sebagai subjek dan frasa prediket atau sebahagiannya. Ianya juga boleh disebut sebagai kata penegas akar.
  • Kata penegas ini sifatnya bebas yang bermakna ianya boleh berada pada awal, pertengahan dan akhir ayat. 
  • Contoh kata penegas yang menegaskan frasa subjek dan frasa prediket adalah:
 
Kata Penegas Makna Contoh Ayat
Juga Untuk memberi penekanan kepada sesuatu pernyataan 

Hakim pergi ke sekolah juga walauipun dia sakit gigi

Siti juga pandai bersyair seperti kakanya.

Lagi Berfungsi untuk memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya

Bila kamu akan melawat kelaurga di kampung lagi ?

Adik belum lagi pandai bercakap.

Pun Memberi penekanan kepada ayat penyata

Setelah majlis perkahwinan itu tamat, kami pun pulang ke rumah masing-masing.

Apabila kelas itu bermula, semua pelajar pun berhenti bercakap dan menumpukan sepenuh perhatian.

Memang Sering digunakan untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.

Walaupun mereka adik-beradik tetapi hubungan mereka memang tidak rapat

Siti memang seorang pelajar yang ringan tulang.

Sahaja Digunakan untuk memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya

"Kenapa kamu sahaja yang tidak datang ke majlis tersebut" tanya penghulu kampung kepada Ramli ?

Dia seorang sahaja murid yang berjaya mendapat markah penuh dalam peperiksaan kali ini.