Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Kejuruteraan Genetik
Kembali
Kejuruteraan Genetik
13.1
Kejuruteraan Genetik
Pengenalan kepada Kejuruteraan Genetik
Kejuruteraan genetik merupakan satu teknik manipulasi gen untuk mengubah suai genetik sesuatu organisma bagi membentuk kombinasi gen yang baharu.
Organisma sama ada haiwan, tumbuhan atau mikroorganisma yang dihasilkan melalui teknologi DNA rekombinan dikenali sebagai organisma terubah suai genetik atau genetically modified organism (GMO).
Kejuruteraan genetik melibatkan pemindahan segmen DNA daripada satu organisma ke dalam organisma yang lain melalui teknologi DNA rekombinan.
Dengan menggunakan teknik dan prosedur dalam teknologi DNA rekombinan, ahli biologi dapat membina semula DNA atau genom (satu set DNA lengkap) bagi sesuatu organisma.
Organisma Terubah Suai Genetik (GMO)
Organisma terubah suai genetik (GMO) ialah organisma yang mengandungi DNA rekombinan.
Melalui teknologi DNA rekombinan, kombinasi gen yang baharu dihasilkan dalam sesuatu organisma
Organisma yang mengandungi DNA rekombinan dikenali sebagai
organisma transgenik
.
Contoh-contoh organisma terubah suai genetik (GMO):
Susu yang dihasilkan oleh lembu yang tidak mengandungi
β
-
Lactoglobulin
sejenis protein yang menyebabkan alergi kepada kanak-kanak.
Kambing yang terubah suai genetik yang mempunyai gen manusia yang mengekodkan faktor pembekuan darah. Faktor pembekuan darah ini boleh diperoleh daripada susu kambing tersebut serta boleh ditulenkan dan digunakan untuk merawat pesakit hemofilia.
Makanan Terubah Suai Genetik (GMF)
Teknologi DNA rekombinan telah berjaya menghasilkan banyak tanaman (padi, kelapa sawit, nanas, jagung dan kacang soya) serta ternakan (ikan salmon, lembu dan kambing) yang mempunyai ciri-ciri yang diingini.
Makanan yang terubah suai genetik (GMF)
mempunyai DNA daripada spesies tumbuhan atau haiwan yang lain.
Pengambilan GMF oleh manusia berkemungkinan dapat membawa pelbagai implikasi yang masih belum diketahui terhadap kesihatan.
Kebaikan dan Keburukan (GMF)
Kebaikan GMF
Mengatasi masalah bekalan makanan dunia melalui penghasilan tanaman dan ternakan transgenik yang berkualiti tinggi.
Kos penghasilan makanan menjadi lebih rendah.
Meningkatkan kandungan nutrisi tanaman.
Mengurangkan masalah serangga dalam penanaman tumbuhan.
Mengurangkan penggunaan pestisid .
Hasil yang banyak menyebabkan harga makanan lebih murah dan mudah didapati.
Keburukan GMF
Spesies semula jadi akan terancam.
Terdapat kemungkinan kecil untuk gen yang dimasukkan ke dalam GMF dipindahkan kepada manusia contohnya gen rintang antibiotik.
Kesihatan manusia mungkin terjejas dan kandungan genetik manusia mungkin terjejas.
Contoh GMF
Jagung
Gen daripada bakteria
Bacillus thuringiensis
dimasukkan ke dalam gen jagung untuk mempertingkatkan kerintangan jagung terhadap serangan serangga.
'Super Salmon'
‘Super salmon’ merupakan ikan yang terubah suai genetik yang telah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) sebagai selamat untuk dimakan di Amerika Syarikat dan Kanada.
Gen hormon pertumbuhan daripada ikan salmon Chinook dimasukkan ke dalam genom ikan salmon Atlantik.
Dengan ini, ikan salmon Atlantik membesar dengan lebih cepat, iaitu ‘super salmon’ dapat dihasilkan sepanjang tahun.
Insulin
Hormon insulin
memainkan peranan penting dalam mengawal aras gula di dalam darah.
Pada masa dahulu, insulin diekstrak daripada pankreas lembu atau babi untuk merawat pesakit diabetis melitus.
Kini, insulin boleh diperoleh daripada teknik kejuruteraan genetik dan boleh dihasilkan secara komersil untuk kegunaan pesakit kencing manis
Selain insulin,
vaksin hepatitis B
,
faktor pembekuan darah
dan
hormon pertumbuhan
telah berjaya dihasilkan secara kejuruteraan genetik.

Bab : Teknologi Genetik
Topik : Kejuruteraan Genetik
Tingkatan 5
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 5
Nota yang berkaitan
Bioteknologi
Organisasi Tisu Tumbuhan
Tisu Meristem dan Pertumbuhan
Lengkung Pertumbuhan
Struktur Daun
Organ Utama Pertukaran Gas
Organ Utama Transpirasi
Organ Utama Fotosintesis
Titik Pampasan
Nutrien Tak Organik Utama
Laporkan nota ini
Tuisyen Online
Belajar bersama Tutor Selebriti
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun