Ekologi Populasi

9.2 Ekologi Populasi
 
Pengenalan kepada Ekologi Populasi
  • Ekologi populasi merupakan cabang ekologi yang mengkaji interaksi suatu populasi dengan persekitarannya.
  • Populasi ialah sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama.
  • Taburan populasi menunjukkan cara organisma yang sama spesies tersebar di dalam sesebuah habitat.
 
Faktor yang Mempengaruhi Taburan Populasi Tumbuhan dan Haiwan
Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan
Suhu
  • Suhu optimum bagi pertumbuhan tumbuhan adalah antara 25 daraj celcius hingga 30 darjah celcius.
  • Suhu yang tinggi dapat menyebabkan enzim ternyahasli. Proses biokimia dalam tumbuhan akan terganggu
  • Suhu yang rendah akan mengurangkan aktiviti enzim. Hal ini akan memperlahankan tindak balas biokimia
Air
  • Air diperlukan untuk aktiviti enzim, fotosintesis serta pengangkutan dan sokongan dalam tumbuhan herba.
  • Kawasan yang kering seperti gurun dan kawasan tundra seperti di kutub mempunyai taburan populasi serta kepadatan tumbuhan yang rendah.
Cahaya
  • Cahaya sangat penting untuk proses fotosintesis.
  • Kawasan yang kurang menerima cahaya mempunyai bilangan tumbuhan yang sedikit.
pH tanah
  • pH tanah penting untuk penyerapan nutrien oleh akar
  • pH tanah yang terlalu berasid atau beralkali akan menyebabkan penyerapan nutrien oleh tumbuhan menjadi rendah.
  • Pertumbuhan pokok akan terjejas kerana kekurangan nutrien.
Kandungan garam mineral
  • Kandungan garam memberikan kesan terhadap penyerapan air secara osmosis oleh akar.
  • Kandungan garam yang tinggi di dalam tanah menyebabkan tumbuhan kehilangan air melalui osmosis.
  • Mineral diperlukan untuk menghasilkan protein, enzim, nukleotida, vitamin dan sebatian lain.
  • Contohnya, fosforus digunakan untuk membentuk fosfolipid (dalam pembentukan membran sel).
Faktor Kesan kepada Haiwan
Suhu
  • Kawasan yang terdedah pada suhu yang tinggi dalam sesuatu habitat kurang diduduki oleh haiwan seperti cacing dan siput.
Air
  • Haiwan tertumpu ke kawasan yang mempunyai sumber air yang mencukupi untuk minum dan menyejukkan badan.
Tempat membiak
  • Tempat membiak yang sesuai dan selamat diperlukan oleh haiwan bagi melahirkan dan membesarkan anak.
Bekalan makanan
  • Makanan penting untuk kemandirian kerana haiwan ialah heterotrof yang bergantung kepada tumbuhan dan haiwan lain sebagai makanan.
 
Imej ini menunjukkan carta dengan tajuk ‘Corak Taburan Populasi’. Terdapat tiga lajur yang masing-masing diberi nombor dan label. Lajur pertama diberi nombor ‘1’ dan berlabel ‘Berkelompok’, lajur kedua diberi nombor ‘2’ dan berlabel ‘Rawak’, dan lajur ketiga diberi nombor ‘3’ dan berlabel ‘Sekata’. Di sudut kanan bawah imej terdapat logo Pandai.
 
Corak Taburan Populasi
Corak Penerangan

Berkelompok 

tambah gambar

  • Organisma berkelompok membentuk kumpulan yang terpisah.
  • Keadaan ini disebabkan oleh taburan sumber yang tidak sekata di dalam sesebuah kawasan.

Rawak

tambah gambar

  • Taburan organisma berada dalam corak yang bebas di dalam sesebuah kawasan.
  • Taburan ini melibatkan spesies yang kurang berinteraksi antara satu individu dengan individu yang lain.

Sekata

tambah gambar

  • Organisma tersebar di seluruh kawasan yang diduduki.
  • Taburan ini melibatkan spesies yang mana setiap individu bersaing merebut sumber yang terhad dalam sesebuah kawasan.
 
Anggaran Saiz Populasi Organisma
  • Dua faktor yang penting untuk kajian dalam ekologi populasi ialah:
    • Saiz populasi: Bilangan organisma yang terdapat di dalam sesebuah populasi.
    • Kepadatan populasi: Bilangan individu sesuatu spesies per unit keluasan habitat.
  • Saiz populasi di sesebuah kawasan boleh dianggar melalui teknik persampelan rawak apabila suatu kawasan yang diselidiki adalah besar dan data sukar untuk diperoleh bagi seluruh kawasan yang dikaji.
  • Sampel yang mewakili kawasan tersebut diambil untuk memberikan anggaran yang lebih kurang tepat tentang kelimpahan dan corak taburan organisma tertentu yang menduduki kawasan tersebut.
 
Teknik Persampelan Kuadrat
  • Teknik persampelan kuadrat menganggarkan saiz populasi tumbuhan daratan atau haiwan yang tidak aktif atau bergerak dengan amat perlahan.
  • Bilangan organisma di dalam kawasan kuadrat merupakan sampel yang mewakili keseluruhan kawasan yang dikaji.
  • Data yang diperoleh daripada semua kuadrat boleh digunakan untuk menganggarkan populasi kawasan kajian.
  • Kuadrat ialah struktur rangka berbentuk segi empat sama yang diperbuat daripada kayu, besi atau plastik.
  • Kuadrat biasanya dipecahkan kepada beberapa bahagian yang sama besar untuk menganggarkan peratus litupan sesuatu spesies.
  • Saiz kuadrat bergantung kepada jenis dan saiz organisma, keluasan kawasan, taburan serta kepadatan tumbuhan yang hendak dikaji.
  • Sebagai contohnya, kuadrat 1 meter persegi sesuai untuk menganggarkan populasi tumbuhan di padang sekolah.
  • Teknik persampelan kuadrat dapat menganggarkan frekuensi, kepadatan dan litupan sesuatu spesies tumbuhan yang dikaji di dalam kawasan kajian.
Frekuensi
  • Ialah kebarangkalian untuk memperoleh individu sesuatu spesies tumbuhan dalam setiap kuadrat.
  • Frekuensi = [Bilangan kuadrat yang mengandungi spesies yang dikaji/Jumlah bilangan kuadrat yang digunakan] x 100%.
Kepadatan
  • Ialah bilangan individu purata sesuatu spesies per unit luas kawasan kajian.
  • Kepadatan = Jumlah bilangan individu spesies yang dikaji dalam semua kuadrat/ (Jumlah bilangan kuadrat yang digunakan x Luas satu kuadrat).
Litupan
  • Merupakan luas permukaan tanah yang dilitupi oleh pucuk tumbuhan spesies tersebut.
  • Peratus litupan ialah peratus permukaan tanah yang dilitupi oleh tumbuhan.
  • Peratus litupan = [Luas kawasan yang diliputi oleh spesies yang dikaji dalam semua kuadrat/(Jumlah bilangan kuadrat yang digunakan x Luas satu kuadrat)] x 100%