|
2. Berikut merupakan kepentingan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau |
|
Sosial |
|
- Peningkatan suhu dapat dikurangkan.
- Membendung pencemaran bunyi.
- Kualiti udara dapat ditingkatkan.
- Kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan.
- Kemudahan infrastruktur dapat ditingkatkan.
|
|
Ekonomi |
|
- Produktiviti dapat ditingkatkan.
- Keuntungan dapat ditingkatkan.
- Kos operasi dapat dikurangkan.
- Dapat meneroka peluang untuk mengeksport produk hijau yang telah dihasilkan.
- Dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui industri fotovolta.
|
|
Menjana Tenaga |
|
- Dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
- Dapat mempromosikan kecekapan guna tenaga negara iaitu mesra pengguna dan selamat.
- Dapat menjana tenaga semula jadi seperti angin, air, solar dan ombak.
|
|
Memelihara & Memulihara Alam Sekitar |
|
- Kualiti udara dan air dapat ditingkatkan.
- Sumber semula jadi dapat dilindungi.
- Pelepasan gas karbon ke udara dapat dikurangkan.
- Keseimbangan ekosistem dapat dilindungi.
- Penggunaan bahan yang boleh dikitar semula.
|
|
10.5 |
Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau |
|
|
1. Terdapat beberapa amalan yang berteraskan teknologi hijau untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar, meningkatkan kualiti hidup dan memelihara ekosistem. |
|
2. Berikut merupakan amalan tersebut: |
|
Penjimatan tenaga |
|
- Sekiranya tidak menggunakan peralatan elektrik, cabut plag dari peralatan elektrik tersebut.
- Guna penyaman udara dengan suhu sekitar \(24\degree \text{C}\) sahaja.
|
|
Pengangkutan |
|
- Menggunakan pengangkutan awam.
- Berkongsi kenderaan.
- Menggunakan perkhidmatan park & ride.
- Menggalakkan penggunaan basikal dan berjalan kaki.
|
|
Zon bebas asap rokok |
|
- Kawasan larangan merokok ditetapkan.
- Kompaun dikenakan kepada perokok.
- Meletakkan tanda amaran larangan merokok.
|
|
Perolehan produk hijau |
|
- Menggunakan kertas kitar semula.
- Penggunaan kereta hibrid digalakkan.
- Penggunaan kertas kitar semula.
- Mengutamakan bahan mesra alam.
- Mengamalkan pembelian bahan biodegradasi.
|
|
Penjimatan air |
|
- Pili air perlu ditutup dengan sempurna.
- Menadah air hujan untuk digunakan semula.
- Buat aduan segera sekiranya terdapat kerosakan atau kebocoran paip.
|
|
Amalan 5R |
|
- Menggunakan tong kitar semula.
- Pengedaran dokumen perlu dilakukan secara elektronik.
- Sekiranya menggunakan kertas, cetak kedua-dua belah muka surat.
|
|
Perkhidmatan makanan |
|
- Penggunaan pembungkus makanan yang mesra alam.
- Penggunaan bekas makanan sendiri untuk mengisi makanan dan minuman
- Penggunaan botol air yang boleh diguna semula.
|
|
Landskap |
|
- Pokok ditanam di persekitaran rumah, sekolah dan bangunan.
- Sistem perparitan perlu berfungsi dengan baik.
|
|