Teknologi Hijau

 

Penerapan amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian merupakan satu langkah yang amat penting untuk menjamin kualiti hidup dan pengekalan sumber yang berterusan. Hal ini selaras dengan pembangunan teknologi hijau yang perlu memenuhi kerperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan.

 
10.1 Konsep Teknologi Hijau
 
1.  Teknologi hijau ialah pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadinya.
 
2.  Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari.
 
3.  Teknologi hijau juga merupakan teknologi yang mapan iaitu memenuhi keperluan pada masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.
 
4.  Matlamat teknologi hijau ialah:
 
  • Tahap kehidupan dan kesihatan dapat ditingkatkan.
  • Merupakan alternatif untuk perkembangan ekonomi.
  • Ekosistem semula jadi dapat dilindungi.
  • Impak negatif kesan daripada aktiviti manusia dapat dikurangkan.
 
10.2 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau
 
1.  Kriteria produk teknologi hijau dapat mendorong masyarakat memperoleh cara hidup yang lebih baik dan mempraktikkan penggunaan tenaga lestari.
 
2.  Berikut merupakan kriteria produk teknologi hijau:
 
  • Penggunaan bahan yang boleh dikitar semula (amalan 5R).
  • Penggunaan tenaga dan sumber bahan api boleh dijimatkan.
  • Kemerosotan alam sekitar dapat diminimumkan.
  • Gas rumah hijau yang dibebaskan adalah rendah atau hampir sifar.
  • Dapat menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik serta selamat digunakan.
  • Mudah digunakan.
  • Kualiti produk menjadi ukuran penting dari segi penerimaan masyarakat.
  • Penggunaan sumber bahan api yang boleh diperbaharui.
  • Reka bentuk produknya berdasarkan pengalaman lepas.
  • Penghasilan produk yang telah melalui proses inovasi teknologi .
 
10.3 Contoh-contoh Produk Teknologi Hijau
 
1.  Produk teknologi hijau boleh dibahagikan kepada empat teras utama.
 
2.  Empat teras utama tersebut ialah:
 
Tenaga
 
  • Mempromosikan kecekapan guna tenaga iaitu mengurangkan penggunaan bahan api fosil.
  • Contoh: Kenderaan elektrik dan kereta hibrid
 
Ekonomi
 
  • Ekonomi negara dapat ditingkatkan kerana menggunakan produk yang berteknologi dan canggih.
  • Contoh: Industri fotovolta.
 
Alam Sekitar
 
  • Penggunaan produk dapat meminimumkan kesan terhadap alam sekitar.
  • Contoh: Produk biodegradasi dan baja kompos
 
Sosial
 
  • Dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat.
  • Contoh: Penggunaan bekas makanan ubi kayu dan penggunaan pengangkutan awam
 

SumberKementerian Wilayah Persekutuan.

 
10.4 Kepentingan Teknologi Hijau
 
1.  Penerapan teknologi hijau dalam kehidupan seharian adalah amat penting.
 
2.  Berikut merupakan kepentingan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau
 
Sosial
 
  • Peningkatan suhu dapat dikurangkan.
  • Membendung pencemaran bunyi.
  • Kualiti udara dapat ditingkatkan.
  • Kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan.
  • Kemudahan infrastruktur dapat ditingkatkan.
 
Ekonomi
 
  • Produktiviti dapat ditingkatkan.
  • Keuntungan dapat ditingkatkan.
  • Kos operasi dapat dikurangkan.
  • Dapat meneroka peluang untuk mengeksport produk hijau yang telah dihasilkan.
  • Dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui industri fotovolta.
 
Menjana tenaga
 
  • Dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
  • Dapat mempromosikan kecekapan guna tenaga negara iaitu mesra pengguna dan selamat.
  • Dapat menjana tenaga semula jadi seperti angin, air, solar dan ombak.
 
Memelihara dan memulihara alam sekitar
 
  • Kualiti udara dan air dapat ditingkatkan.
  • Sumber semula jadi dapat dilindungi.
  • Pelepasan gas karbon ke udara dapat dikurangkan.
  • Keseimbangan ekosistem dapat dilindungi.
  • Penggunaan bahan yang boleh dikitar semula.
 
10.5 Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau
 
1.  Terdapat beberapa amalan yang berteraskan teknologi hijau untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar, meningkatkan kualiti hidup dan memelihara ekosistem.
 
2.  Berikut merupakan amalan tersebut:
 
Penjimatan tenaga
 
  • Sekiranya tidak menggunakan peralatan elektrik, cabut plag dari peralatan elektrik tersebut.
  • Guna penyaman udara dengan suhu sekitar \(24\degree \text{C}\) sahaja.
 
Pengangkutan
 
  • Menggunakan pengangkutan awam.
  • Berkongsi kenderaan.
  • Menggunakan perkhidmatan park & ride.
  • Menggalakkan penggunaan basikal dan berjalan kaki.
 
Zon bebas asap rokok
 
  • Kawasan larangan merokok ditetapkan.
  • Kompaun dikenakan kepada perokok.
  • Meletakkan tanda amaran larangan merokok.
 
Perolehan produk hijau
 
  • Menggunakan kertas kitar semula.
  • Penggunaan kereta hibrid digalakkan.
  • Penggunaan kertas kitar semula.
  • Mengutamakan bahan mesra alam.
  • Mengamalkan pembelian bahan biodegradasi.
 
Penjimatan air
 
  • Pili air perlu ditutup dengan sempurna.
  • Menadah air hujan untuk digunakan semula.
  • Buat aduan segera sekiranya terdapat kerosakan atau kebocoran paip.
 
Amalan 5R
 
  • Menggunakan tong kitar semula.
  • Pengedaran dokumen perlu dilakukan secara elektronik.
  • Sekiranya menggunakan kertas, cetak kedua-dua belah muka surat.
 
Perkhidmatan makanan
 
  • Penggunaan pembungkus makanan yang mesra alam.
  • Penggunaan bekas makanan sendiri untuk mengisi makanan dan minuman
  • Penggunaan botol air yang boleh diguna semula.
 
Landskap
 
  • Pokok ditanam di persekitaran rumah, sekolah dan bangunan.
  • Sistem perparitan perlu berfungsi dengan baik.