Pemanasan Global

09 Pemanasan Global
 
Definisi pemanasan global
Pemanasan global ialah peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon dioksida, klorofluorokarbon (CFC) dan bahan-bahan pencemar yang lain
 
Kesan rumah hijau
 
 Gambar menunjukkan Sebahagian pancaran matahari terbebas ke angkasa, Sebahagian haba diserap dan disebarkan ke semua arah oleh molekul gas rumah hijau yang meningkatkan lagi pemanasan bumi, Lapisan atmosfera, Pantulan Sebahagian pancaran matahari akan dipantulkan semula oleh bumi dan atmosfera, Penyerapan Sebahagian besar haba daripada pancaran matahari diserap oleh bumi dan bertindak memanaskan bumi
 
Sumber gas rumah hijau
 
Aktiviti Jenis gas
Pembakaran terbuka Karbon dioksida
Penjanaan tenaga elektrik terma Karbon dioksida
Pengangkutan Karbon dioksida dan karbon monoksida
Perindustrian Karbon dioksida, nitrogen dioksida dan CFC
Pertanian Metana dan nitrus oksida
Letusan gunung berapi Karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida

 

 
Faktor-faktor Pemanasan Global
 
Faktor aktiviti manusia Faktor semula jadi

Aktiviti pertanian yang menggunakan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.

Penyahhutanan secara besar-besaran bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan dan perindustrian.

Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan aktiviti perindustrian yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar utama.

Pembakaran terbuka.

Letusan gunung berapi yang mengeluarkan banyak asap dan debu.

Penerimaan pancaran matahari yang berlebihan.

Kebakaran hutan secara semula jadi.

 
Kesan-kesan Pemanasan Global
 
Peningkatan aras laut
Punca Kesan

Pencairan ais di kutub

Peningkatan suhu air laut

Mengakibatkan banjir besar dan hakisan

Menenggelamkan kawasan daratan

Memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa

Menjejaskan sumber bekalan makanan dan air bersih

Contoh: Pencairan lapisan ais di Greenland

Kemerosotan sumber makanan

Air laut menjadi lebih panas dan mengganggu ekosistem marin

Banjir memusnahkan kawasan pertanian

Tanah menjadi tandus dan tidak sesuai untuk pertanian

Mengancam sumber makanan dunia

Contoh: Gelombang panas di Rusia pada tahun 2010 – 2011 memusnahkan penuaian bijirin dan memberi kesan kepada negara-negara di Afrika Utara.

Gangguan cuaca
Peningkatan suhu

Mengakibatkan banjir, ribut, ombak besar dan taufan

Kemusnahan flora dan fauna

Taburan hujan tidak menentu

Udara menjadi kering dan jerebu mudah terbentuk

Terdapat kawasan yang mengalami kemarau yang teruk

Contoh: Kejadian banjir besar dan terburuk di Pakistan yang menjejaskan kira-kira 20 juta penduduk pada tahun 2010.

Masalah kesihatan
Masalah kesihatan

Gelombang haba berisiko menyebabkan strok haba dan dehidrasi

Kehilangan nyawa

Meningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan haba seperti katarak dan kanser kulit

Contoh: Kematian seramai 135 orang di India pada April 2016 akibat strok haba yang dikaitkan dengan cuaca panas yang melampau.

 

 
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global
 
Amalan 5R Contoh: Menanam pokok, berkongsi kenderaan, menggunakan pengangkutan awam, amalan kitar semula dan kempen bebas plastik
Penggunaan tenaga mesra alam Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu perlu diganti dengan tenaga yang mesra alam seperti tenaga suria, angin dan ombak agar alam sekitar kekal terpelihara
Kerjasama antarabangsa

Protokol Kyoto 1997

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC)

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) atau Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992

Kerangka Konvensyen tentang Perubahan Cuaca (UNFCCC)

Persidangan Perubahan Iklim di Paris, Perancis dari 30 November hingga 11 Disember 2015 untuk bersama komuniti antarabangsa bagi menangani isu perubahan iklim

Pendidikan alam sekitar Pendidikan alam sekitar boleh diserap di peringkat sekolah dan komuniti
Penguatkuasaan undang-undang

Akta Perlombongan Petroleum 1966

Akta Kerajaan Tempatan 1976

Akta Perhutanan 1984

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012

Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012

 
 Gambar menunjukkan TIP MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL seperti AMALAN 5R, MENANGGALKAN PLAG DARIPADA SOKET APABILA TIDAK DIGUNAKAN, MEMINIMUMKAN PENGGUNAAN PENYAMAN UDARA, MENANAM POKOK DI SEKITAR RUMAH, MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM, MENGGUNAKAN BARANGAN ELEKTRIK JIMAT TENAGA