Pemanasan Global

 

Pemanasan global telah menyebabkan keadaan suhu bumi meningkat. Terdapat beberapa faktor  yang menyebabkan hal ini berlaku. Kesan pemanasan global pula dapat dirasai dengan ketara sehingga ke hari ini. Oleh itu langkah yang wajar perlu dilakukan untuk membendung masalah kesan pemanasan global ini daripada terus berleluasa.

 
9.1 Maksud Pemanasan Global
 
1.  Pemanasan global ialah suhu atmosfera bumi secara berterusan meningkat berbanding suhu biasa.
 
2.  Pertambahan gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrus oksida, klorofluorokarbon dan bahan pencemar yang lain menyebabkan suhu meningkat.
 
 
9.2 Faktor-faktor Pemanasan Global
 
Terdapat dua faktor yang menyebabkan berlakunya pemanasan global iaitu: 
 
1. Faktor manusia
 
  • Pembakaran terbuka.
  • Penjanaan tenaga elektrik.
  • Asap dari kenderaan bermotor.
  • Pembakaran hasil buangan pertanian dan penternakan.
  • Asap dari sektor perindustrian.
 
2.  Faktor semula jadi
 
  • Letusan gunung berapi.
  • Pembakaran hutan secara semula jadi.
  • Penerimaan cahaya matahari yang banyak.
 
9.3 Kesan-kesan Pemanasan Global
 
1.  Peningkatan aras laut
 
  • Hal ini berpunca daripada pencairan ais di kutub dan peningkatan suhu di laut yang akan menyebabkan berlakunya banjir di daratan, pencairan ais di kutub, kemusnahan harta benda dan bekalan sumber manusia terjejas.
 
2.  Masalah cuaca
 
  • Cuaca terganggu kerana udara kering dan hujan yang tidak menentu. Kesannya akan menyebabkan berlakunya banjir, ribut dan ombak besar. Hal ini juga boleh menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.
 
3. Bekalan sumber makanan merosot
 
  • Tanih menjadi tandus dan tidak subur untuk pertanian, banjir pula memusnahkan kawasan pertanian dan air laut yang panas akan mengganggu ekosistem marin. Kesannya akan menyebabkan bekalan sumber makanan dunia terganggu.
 
4. Masalah kesihatan
 
  • Pelbagai jenis penyakit tersebar seperti kanser kulit, katarak, keadaan panas yang berpanjangan pula akan menyebabkan berlakunya strok haba dan dehidrasi. Keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa.
 
  • Mengurangkan pencemaran udara.
  • Perubahan landskap yang menarik.
 
9.4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global
 
1.  Terdapat beberapa langkah bagi mengurangkan kesan pemanasan global antaranya ialah:
 
  • Menggunakan tenaga mesra alam.
  • Mengamalkan amalam 5R.
  • Mengadakan kerjasama antarabangsa.
  • Memberikan pendidikan alam sekitar.
  • Penguatkuasaan undang-undang.
 
2.  Terdapat beberapa tip untuk mengurangkan masalah pemanasan global antaranya ialah:
 
  • Penggunaan barangan elektrik yang jimat tenaga
  • Amalan 5R
  • Pokok ditanam di sekitar rumah
  • Menanggalkan plug apabila tidak digunakan
  • Mengurangkan penggunaan penyaman udara
  • Menggunakan pengangkutan awam