Tip Diet dan Pemakanan Sihat

Tip Diet dan Pemakanan Sihat

Share this post

Seperti yang kita tahu untuk menurunkan berat badan perlu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Tetapi kadangkala ia tidak seperti yang kita harapkan. Berikut adalah beberapa tip untuk menolong anda untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

 

1.       Peraturan 1/3 pinggan

Penuhkan pinggan anda dengan sayur-sayuran dan salad supaya anda akan merasa kenyang dengan lebih lama. Mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang penuh air akan menghilangkan rasa lapar anda dan tidak mengumpulkan kalori. Cubalah peraturan 1/3 pinggan yang dipenuhi sayur-sayuran dan anda akan merasa kenyang dengan lebih lama setelah makan.

 

2.       Mendapatkan tidur yang secukupnya

Tidur yang tidak cukup semasa anda berdiet boleh menyebabkan badan anda kehilangan lebih banyak air dan tisu-tisu lain bukannya lemak yang akan melambatkan metabolisme anda. Selain itu, tidur yang tidak cukup boleh membuatkan anda merasa cepat tertekan.  Pastikan tidur awal pada waktu malam supaya anda mendapat rehat yang banyak.

 

3.       Mengambil sarapan pagi

Elakkan tidak mengambil sarapan pagi. Mengambil kalori pada awal pagi memberikan anda tenaga yang berpanjangan. Merancang waktu pagi anda supaya anda tidak tertinggal mengambil sarapan pagi. Bijirin adalah salah satu sarapan yang ringkas dan cepat.

 

 4.       ‘Cheating day’

Penurunan berat badan yang sedikit semasa anda berdiet akan membuatkan anda ingin berputus asa. Tidak mengapa sekiranya sehari dalam seminggu anda mengambil makanan yang mempunyai kalori yang tinggi, tetapi pastikan mengambil dengan kuantiti yang sedikit.

 

5.       Mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit

Pengiraan pengambilan kalori adalah prinsip utama penurunan berat badan, tetapi mestilah seiring dengan kawalan kuantiti. Gunakan pinggan yang lebih kecil untuk mengelakkan rasa terpaksa untuk menghabiskan makanan yang terdapat di pinggan anda.

 

6.       Kurangkan garam dalam makanan

Elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti serbuk perasa, kicap dan sos tiram. Selain itu, elakkan makanan yang diawet berbanding makanan yang segar kerana lebih tinggi khasiatnya.

 

7.       Kurangkan pengambilan gula

Sekiranya ingin mengambil gula, hadkan kepada 1 sudu sahaja. Perbanyakkan meminum air masak berbanding air manis. Minum air masak sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas sehari mengikut berat badan anda.

 

 

 

 

Garis Panduan Diet Malaysia: http://www.myhealth.gov.my

 

 

 

Tag Diet Kesihatan Tip

Prior knowledge

1.  Adakah anda mengambil pemakanan yang sihat setiap hari?

1. 

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan diet dan pengambilan makanan yang sihat?

Reflection

1.  Huraikan salah satu tip diet dan pemakanan sihat yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson