Perbincangan merupakan satu kaedah atau teknik mengajar yang direka untuk mencabar pemikiran, merangsang sikap, dan kepercayaan, membina kemahiran berinteraksi, menggalakkan perkembangan mental, dan melatih pelajar berfikir dengan teliti. Kaedah perbincangan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dua hala antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar yang lain. Antara kemahiran berfikir dan interaksi adalah seperti berikut:
- Pembelajaran dari hal mendengar pandangan orang lain.
- Membina sikap bertolak ansur.
- Mempelajari proses demokrasi.
- Mengenal pasti secara kritis tentang pemahaman, sikap dan nilai diri sendiri dan juga rakan kumpulan.
Aktiviti perbincangan merupakan elemen yang sangat penting dalam pengajaran daripada pandangan Fahaman Binaan kerana ia merupakan asas kepada pembelajaran sosial dan mengembangkan pemahaman yang mendalam.
Para peringkat permulaan, lazimnya guru akan mengemukakan perbincangan dan soalan-soalan yang berkaitan dengan sesuatu topik. Semasa aktiviti perbincangan, pelajar digalakkan memainkan peranan aktif untuk memberi pandangan masing-masing. Segala aktiviti perbincangan harus dijalankan oleh pelajar sendiri. Sementara, guru bertindak hanya sebagai pemerhati dan merangsang pelajar mengeluarkan pendapat. Di samping itu, guru akan membimbing pelajar membuat rumusan terhadap hasil perbincangan. Contohnya, guru boleh memberikan satu topik untuk perbincangan pelajar, misalnya persamaan kuadratik.
Contoh:
Aishah menyelesaikan suatu persamaan kuadratik seperti berikut:
y^2 - 3y + 2 = 6
(y - 1)(y - 2) = 2 x 3
maka y - 1 = 2 atau y - 2 = 3
iaitu y = 3 atau y = 5
Adakah penyelesaian di atas betul? Mengapa?
Daripada soalan yang disediakan, pelajar perlu mengemukakan alasan terhadap jawapan yang diberikan. Berdasarkan alasan itu, guru dapat menilai sejauh mana pemahaman pelajar. Melalui perbincangan, pelajar dapat berkongsi idea. Pelajar akan bekerjasama untuk meniliti dan membincangkan sesuatu topik atau masalah. Masalah atau topik itu akan dikaji, dianalisis dan diteliti. Tujuannya adalah untuk mencapai persetujuan, rumusan dan persefahaman yang lebih mendalam.
Dalam perbincangan, guru memainkan peranan paling minimum bagi menjamin pelajar mendapat faedah yang optimum dalam perbincangan. Guru menjadi pemerhati sahaja tetapi mengikuti perjalananan dan kelancaran perbincangan dengan teliti. Antara aspek yang perlu diberi tumpuan adalah seperti berikut:
- Kerelevanan perbincangan.
- Ketepatan fakta.
- Kesesuaian isi dan idea-idea dikemukakan.
- Perjalanan dan suasana perbincangan.
Jika sesuatu sesi perbincangan itu berkembang mengikut kehendak dan keperluan ahli-ahlinya tanpa sebarang sekatan, berkemungkinan besar objektif perbincangan tidak akan tercapai. Sebaliknya, jika peserta terlalu dikongkong oleh peraturan tetap, faedah startegi perbincangan tidak akan dirasai oleh semua yang terlibat. Satu jalan tengah perlulah ditetapkan.
Di sini disediakan satu cadangan sudut perbincangan dari sudut kognitif. Seseorang guru atau pelajar yang bertugas sebagai penyelaras perlulah mengambil kira langkah-langkah berikut:
- Mendefinisikan konsep, istilah atau idea pokok.
- Menyatakan pengetahuan asas yang akan menjadi bahan utama perbincangan.
- Menyatakan topik-topik utama dan topik-topik kecil.
- Mengagih dan menetapkan had masa untuk membincangkan topik utama dan topik-topik kecil.
- Membincangkan topik-topik mengikut ketepatan speerti langkah (D)
- Mengintegrasikan idea yang dikeluarkan dengan pengetahuan yang sedia ada, fakta lain dan sebagainya.
- Menghuraikan cara-cara mengaplikasikan isu-isu yang telah timbul.
- Menilai keberkesanan pengetahuan asas dan bahan-bahan lain yang telah digunakan dalam perbincangan.
- Menilai perbincangan secara menyeluruh dari segi perjalanannya dan penyertaan peserta.
Pada akhir perbincangan, langkah yang penting ialah menilai keberkesanan perbincangan sebagai strategi pembelajaran selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.
Guru harus membuat catatan dan merekodkan aspek-aspek penting yang telah ditimbulkan
|