|
PETA PEMIKIRAN I-THINK
- i-Think bermaksud pemikiran inovatif (innovative thinking)
- Bertujuan mempertingkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid untuk menghasilkan murid yang kreatif dan inovatif
- Contoh dan jenis peta i-Think:
KELEBIHAN PETA PEMIKIRAN I-THINK
- Meningkatkan tahap kemahiran berfikir murid.
- Melahirkan murid yang kreatif serta inovatif.
- Murid dapat memproses maklumat dengan lebih cepat.
- Menghasilkan penyelesaian masalah
- Sebagai perancangan sebelum merangka sesuatu
KELEMAHAN PETA PEMIKIRAN I-THINK
- Tidak mampu menghuraikan isi-isi penting.
- Idea disusun dalam susunan yang tidak teratur.
PETA BUIH
- Merupakan salah satu jenis peta pemikiran i-think.
- Digunakan untuk memaparkan pengetahuan sedia ada berkaitan dengan sesuatu tajuk dalam memberi maklumat mengikut konteks.
- Menerangkan kualiti sesuatu perkara, isu, situasi atau idea.
- Bertujuan untuk menerangkan sesuatu keadaan atau situasi dengan menggunakan kata adjektif supaya maklumat boleh disampaikan dan difahami dengan baik.
- Walaubagaimanapun, tajuk dan topik utama perlulah bersesuaian dengan penggunaan peta pemikiran ini.
LANGKAH MEMBINA PETA BUIH
- Lukis sebuah bulatan besar di tengah-tengah dan tulis/label tajuk utama di dalamnya.
- Antara kata kunci yang boleh digunakan di bulatan tengah:
- Terangkan…
- Jelaskan…
- Gunakan 5 pancaindera untuk menerangkan…
- Apakah ciri-ciri
- Apakah kualiti untuk…
- Lukiskan beberapa bulatan kecil disekeliling bulatan besar dan tulis/label isi penting yang berkaitan dengan tajuk utama yang dibincangkan.
- Antara kata kunci yang boleh digunakan untuk bulatan di sekeliling bulatan utama:
Rujukan
Kaedah Mengarang Mengunakan Teknik Rekrusif, Pendahuluan Sejarah Dan Teknik Pembelajaran Chain Line
|
Tag
Penulisan
I-think
Prior knowledge
1.
Namakan salah satu jenis peta i-Think.
1.
Pernyataan manakah yang salah tentang peta buih?
Reflection
1.
Nyatakan satu (1) kelebihan peta I-think.