Teknik Mudah Mengenal Nombor Perdana

Teknik Mudah Mengenal Nombor Perdana

Share this post

Nombor Perdana

Nombor perdana adalah nombor bulat yang nilainya lebih besar daripada 1 dan tidak mempunyai pembahagi positif selain 1 dan dirinya sahaja. Dengan kata lain, nombor perdana hanya boleh dibahagikan dengan 1 dan dirinya sahaja tanpa ada baki.

 

2

3

5

7

11

13

17

19

23

29

31

37

41

43

47

53

59

59

61

67

71

73

79

83

89

97

 
         

Rajah 1: Jujukan nombor perdana dalam senarai 1-100 

 

Terdapat beberapa kaedah yang menarik boleh diguna pakai oleh guru dalam membantu murid memahami topik nombor perdana yang boleh dianggap baru pada murid – murid sekolah rendah. Di sini dikongsikan kaedah yang boleh membantu murid untuk mengenal nombor perdana dengan lebih baik. 

 

Jadual Mengenal Nombor Perdana

Jadual mengenal nombor perdana terdiri daripada tiga lajur iaitu lajur nombor yang diuji, fakta asas darab, dan (/) manakala lima baris meliputi fakta asas darab yang akan diguna pakai. 

 

Rajah 2: Jika kesemua fakta asas menunjukkan tanda X, nombor yang diuji adalah nombor perdana.

 

Fakta asas darab yang digunakan hanya fakta asas darab 2, 3, 5, 7 dan 11. Fakta asas darab lain tidak perlu digunakan. Guru boleh menerangkan bahawa fakta asas darab lain boleh didapati dalam fakta – fakta asas 2,3, 5, 7 dan 11. Misalnya,

 

Rajah 3: Sifir 4 ada dalam Sifir 2, Sifir 9 ada dalam Sifir 3

 

Berdasarkan Rajah 3, dapat dilihat bahawa fakta asas darab selain 2, 3, 5, 7, dan 11 merupakan subset dalam fakta asas darab 2, 3, 5, 7 dan 11. Jadi untuk menentukan sesuatu nombor itu adalah nombor atau tidak dengan menggunakan Jadual Mengenal Nombor Perdana. 

Contoh lain dalam menggunakan Jadual Mengenal Nombor Perdana adalah seperti berikut:-

 

Rajah 4: Berdasarkan Jadual Mengenal Nombor Perdana, nombor 12 bukanlah nombor perdana kerana nombor 12 dapat dibahagikan dengan 2 dan 3.

 

Contoh lain melibatkan nombor – nombor besar. 

Rajah 5: Berdasarkan Jadual Mengenal Nombor Perdana, nombor 26 227 adalah nombor perdana kerana nombor 26 227 tidak dapat dibahagikan dengan 2, 3, 5, 7, dan 11.

 

Berdasarkan Rajah 5, nombor 26 227 adalah nombor perdana kerana ia menepati syarat iaitu lebih daripada satu dan hanya boleh dibahagikan dengan 1 dan dirinya sahaja tanpa ada baki.

 

Rajah 6: Berdasarkan Jadual Mengenal Nombor Perdana, nombor 35 318 bukanlah nombor perdana kerana nombor 35 318 dapat dibahagikan dengan 2.

 

Walaupun hanya fakta asas darab 2 yang bertanda (/), nombor 35 318 tetap dikira sebagai bukan nombor perdana kerana ia tidak menepati syarat iaitu nombor 35 318 adalah hanya boleh dibahagikan dengan 1 dan dirinya sahaja tanpa ada baki yang mana ia boleh dibahagikan dengan 2. 

 

 

Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_prime_numbers#Balanced_primes

 

Tag Sekolah Rendah Nombor perdana

Prior knowledge

1.  Bagaimana anda memperkenalkan nombor perdana kepada murid sekolah rendah?
2.  Apakah kaedah yang paling sesuai untuk membimbing murid sekolah rendah memahami nombor perdana?

1. 

Apakah fakta asas darab yang digunakan dalam Jadual Mengenal Nombor Perdana?

Reflection

1.  Huraikan secara ringkas syarat sesuatu nombor itu untuk dikira sebagai suatu nombor perdana.
Loading...
Load lesson