Teknik Menarik Menghafal Tiga Sekawan Fakta Asas Darab 7, 8 dan 9

Teknik Menarik Menghafal Tiga Sekawan Fakta Asas Darab 7, 8 dan 9

Share this post

Tiga Sekawan

Sifir 7, 8, dan 9 merupakan antara sifir yang menjadi mimpi buruk kebanyakkan murid lebih – lebih lagi murid dengan tahap pencapaian rendah.  Pun begitu, isu ini juga terjadi dalam kalangan murid – murid dengan tahap pencapaian tinggi. Kaedah hafalan mungkin menjadi norma kebiasaan dalam memahami tiga sifir ini. Terdapat beberapa teknik yang menarik boleh diguna pakai oleh guru dalam membantu murid memahami dan menghafal fakta asas yang dianggap sukar ini. Di sini dikongsikan beberapa kaedah yang boleh membantu murid untuk memahami fakta asas 7, 8 dan 9 seterusnya membantu mereka menghafal sifir – sifir ini. 

 

Sifir 7

Sifir 7 agak sukar untuk diingati oleh murid dan merupakan antara sifir terakhir yang akan dihafal oleh murid dalam kesemua dua belas sifir yang kebiasaannya perlu dihafal oleh murid. Berikut dikongsikan kaedah menarik yang boleh digunakan untuk membantu murid menghafal sifir 7:

1. Langkah 1 :  Bina empat garisan seperti permainan Bingo. Guru perlu tekankan bahawa digit dan nombor adalah dua benda yang berbeza tetapi terdapat persamaan antara keduanya. Minta murid isikan digit 0 hingga 6 seperti Rajah 1. 

 

Rajah 1: Pengisian digit dimulakan dari KIRI ke KANAN bagi nilai tempat PULUH (seperti cara penulisan Rumi)

 

2. Langkah 2 : Seterusnya isikan digit bermula dari 1 hingga 9 seperti Rajah 2.

 


Rajah 2: Pengisian digit dimulakan dari ATAS ke BAWAH bagi nilai tempat SA (seperti cara penulisan Mandarin)

 

3. Langkah 3 : Bimbing murid untuk membaca sifir 7 dari KIRI ke KANAN seperti membaca tulisan Rumi bahasa Melayu. Ingatkan murid bahawafakta asas berakhir pada 63 iaitu sifir 7 yang ke sembilan.

 

Rajah 3. Pengisian digit

 

Sifir 8 

Sifir 8 merupakan fakta asas darab yang paling sukar diingati oleh murid dan merupakan antara sifir terakhir yang akan diplih oleh murid untuk dihafal. Berikut dikongsikan kaedah menarik yang boleh digunakan untuk membantu murid menghafal sifir 8:

1. Langkah 1 :  Isikan digit 0 hingga 8 bagi nilai tempat puluh. 

 

Rajah 4: Ingatkan murid bahawa pada digit 4, ulang dua kali dan nyatakan bahawa  

8 = 4 + 4, jadi digit 4 perlu ditulis dua kali.

 

2. Langkah 2: Bimbing murid untuk mengisi nilai tempat Sa bermula dengan digit 8 dan menurun dua – dua hingga digit 0. Ulang langkah tersebut seperti Rajah 5.

 

Rajah 5: Isikan nilai tempat Sa dengan menurun dua – dua dimulakan dari digit 8 kerana ini adalah sifir 8.

 

Sifir 9

Teknik menggunakan jari adalah teknik hafalan sifir 9 yang paling popular. Namun teknik yang akan ditunjukkan nanti, tidak kurang menariknya dan mudah difahami dan diikuti oleh murid terutamanya murid berpencapaian lemah. Berikut dikongsikan kaedah menarik yang boleh digunakan untuk membantu murid menghafal sifir 9:

1. Langkah 1 :  Isikan nilai tempat Puluh dengan digit 0 hingga 9. Tamatkan dengan 9 kerana ini adalah sifir 9.

 

Rajah 6: Bagi nilai tempat Puluh, isi dari ATAS ke BAWAH.

 

2. Langkah 2 :  Bimbing murid untuk mengisi nilai tempat Sa dengan digit 0 hingga 9 dari bawah ke atas.

 

Rajah 6: Bagi nilai tempat Sa, isi dari BAWAH ke ATAS. 

 

 

Rujukan: Sekolah Rendah, Sifir

 

Tag Sekolah Rendah Sifir

Prior knowledge

1.  Bagaimana anda memudahkan pelajar anda memahami sifir 7,8 dan 9?
2.  Senaraikan teknik teknik menghafal sifir yang anda ketahui?

1. 

Apakah sifir yang diterangkan dalam teknik yang dikongsikan ini?

Reflection

1.  Huraikan secara ringkas teknik mengajar sifir yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson