Teknik Membaca Untuk Belajar: Teknik Tinjauan

Teknik Membaca Untuk Belajar: Teknik Tinjauan

Kongsi Siaran Ini

TEKNIK MEMBACA UNTUK BELAJAR

 

  • Teknik membaca untuk belajar menentukan tahap pencapaian seseorang.
  • Teknik ini membantu murid untuk memahami teks dan mengingat maklumat yang terdapat dalam teks dan maklumat yang berkaitan dengan teks.
  • Antara teknik yang dicadangkan ialah:
    • Teknik tinjauan
    • PORPE
    • Mencatat nota untuk belajar
    • PLEA
    • Bengkel internet

 

Artikel ini akan membincangkan tentang salah satu teknik membaca yang digunakan untuk belajar, iaitu teknik tinjauan

 

 

TEKNIK TINJAUAN

 

Tujuan

  • Menyediakan murid dengan sistem pendekatan membaca untuk membuat semakan awal bab kandungan.
  • Menyediakan guru dengan pendekatan tambahan untukdigunakan sebagai persediaan murid untuk membaca teks.

 

Pelaksanaan

  • Menyediakan guru mata pelajaran dengan kaedah yang sistematik.
  • Memandu murid memahami kepentingan awal melakukan semakan awal sebelum membaca teks.

 

Langkah Prosedur

  • Aukeman (1972) mencadangkan 6 langkah prosedur.
  • Teknik ini menjadi lebih mudah sekiranya kandungan bab disusun mengikut urutan yang berikut:
    • Judul bab
    • Pengenalan
    • Tajuk utama dengan subtajuk
    • Ringkasan
    • Soalan-soalan
    • Latihan

 

Guru boleh mengadaptasikan langkah prosedur yang dinyatakan oleh Aukeman dengan cara yang dinyatakan di bawah ini.

 

1. Analisis Judul Bab

 

  • Guru bertanyakan kepada murid selepas membaca teks bersama-sama.
  • Aktiviti ini boleh disertai murid tanpa mengira tahap kebolehan membaca.
  • Contoh soalan yang boleh dikemukan oleh guru:
    • Apakah pendapat anda tentang perkara yang diceritakan oleh penulis?
    • Sejauh manakah anda mengetahui kandugan yang dibincangkan dalam topik ini?
    • Bagaimanakah kandungan bab ini berkaitan dengan bab yang telah dipelajari?

 

 

2. Analisis Subtajuk

 

  • Untuk membantu murid memahami keseluruhan judul bab, guru perlu menulis kesemua subtajuk di papan putih atau menayangkannya.
  • Teknik ini memerlukan murid untuk membentuk soalan.
  • Murid dikehendaki menukarkan semua subtajuk dalam bentuk soalan.
  • Penukaran soalan ini memudahkan murid untuk memahami tuuan spesifik pembacaan bagai setiap subtajuk tersebut.
  • Soalan boleh dibuat melalui sumbangsaran atau kumpulan kecil atau secara individu.
  • Guru mencatatkan cadangan murid di papan putih dan dibincangkan kesesuaiannya.
  • Aktiviti ini boleh dijalankan pada peringkat awal.
  • Teknik ini membantu murid untuk membaca dengan lebih berkesan, terutama apabila murid diarahkan untuk membaca dengan lebih terperinci.
  • Contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh murid:
    • Subtajuk: Kegunaan Air
    • Soalan: Apakah kegunaan air?

 

3. Analisis Visual

 

  • Sebahagian murid tidak menghiraukan maklumat visual dan sebahagiannya pula tidak memiliki kemahiran untuk menterjemahkan maklumat dalam bentuk visual.
  • Memberi peluang kepada guru untuk menekankan murid tentang kepentingan visual.
  • Guru perlu mengajar murid kaedah untuk memperoleh maklumat daripada teks visual sekiranya perlu, terutamanya untuk murid yang belum mahir.
  • Kaedah yang biasa digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang visual adalah melalui soalan.

 

 

4. Perenggan Pengenalan

 

  • Kebanyakan perenggan pertama dan perenggan kedua memperkenenalkan idea-idea penting dalam bab yang akan dibaca.
  • Guru boleh mengarahkan murid untuk membaca perenggan ini secara senyap sebelum perbincangan dimulakan.
  • Perbincangan dibuat untuk mengetahui bagaimana maklumat dalam perenggan pengenalan ini selari dengan tiga langkah sebelum ini.
  • Guru boleh bertanyakan soalan untuk memperoleh respons daripada murid.
  • Contoh soalan yang boleh dikemukakan:
    • Boleh ceritakan bagaimanakah maklumat yang terdapat dalam perenggan pengenalan ini menyokong sebahagian daripada maklumat yang telah diperoleh semasa kita melakukan tinjauan bab ini?

 

 

5. Perenggan Penutup

 

  • Kebiasaannya perenggan penutup mengandungi ringkasan tentang isi kandungan tersebut
  • Pelajar akan memperoleh pengesahan tambahan tentang apa-apa yang diperoleh dengan membaca ringkasan tersebut sebelum melakukan pembacaan bab sepenuhnya secara terperinci.

 

 

6. Mengesan Idea Utama

 

  • Selain langkah 4 dan 5, Aukeman mencadangkan dengan membaca dan berbincang tentang maklumat dalam perenggan pengenalan dan perenggan penutup.
  • Seluruh kelas perlu berbincang dan membina sebuah pernyataan yang ringkas dan padat untuk menggambarkan idea utama bab tersebut.
  • Pernyataan boleh ditulis di papan tulis supaya dapat dilihat oleh semua pelajar.

 

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

 

Tag Membaca Tinjauan Perenggan Pengenalan Penutup

Uji pengetahuan

1.  Nyatakan satu (1) teknik membaca untuk belajar selain teknik tinjauan
Pop Kuiz

1. 

Cara manakah yang tidak termasuk dalam langkah prosedur yang dicadangkan oleh Aukeman?


1.  Nyatakan aktiviti yang boleh dilakukan dalam mengesan idea utama?
Sedang memuat...
Memuat pelajaran