TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL
Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik.
Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca.
Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam.
Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam.
Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian.
Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.
Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
Teknik Bertanya Kepada Penulis
Teknik KWL
Teknik Preview Teks
Teknik Prosedur Request
Teknik Hubungan Soal Jawab
Teknik Pengajaran Eksplisit.
Teknik Berfikir Bersuara
Teknik Menerap Imej
Teknik Dialog
Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik KWL.
TEKNIK KWL
Carta KWL dibina pada tahun 1986 oleh Ogle bertujuan untuk membantu merangsang pemikiran atau minda pembaca secara aktif ketika proses membaca.
Model ini dikembangkan supaya ianya dapat membantu guru ketika perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar daya pengetahuan murid mengenai sesuatu topik dapat dipertingkatkan.
Teknik ini terbina daripada akronim daripada perkataan bahasa inggeris KWL , yang bererti:
K – Know: Apa yang saya tahu?
W – What: Apa yang ingin saya tahu?
L – Learn: Apa yang saya pelajari?
Perlaksanaan teknik KWL di dalam bilik darjah atau secara individu bagi tujuan pembacaan secara kritikal, haruslah tertumpu kepada penggunaan jadual KWL.
K (KNOW)
Apa yang saya tahu?
W (WHAT)
Apa yang ingin saya tahu?
L (LEARN)
Apa yang saya pelajari?
Pembaca bertanya kepada dirinya tentang perkara yang sudah diketahui tentang topik yang sedang dikaji.
Pembaca perlu berfikir secara analitikal iaitu dengan bertanyakan soalan kepada diri sendiri berkenaan dengan topik yang dikaji.
Pembaca boleh menggunakaan teknik penyoalan 5W1H ketika bertanyakan soalan-soalan tersebut.
W – What (Apa)
W – When (Bila)
W – Where (Di mana)
W – Why (Mengapa)
W – Who (Siapa)
H – How (Bagaimana)
Pembaca diberikan peluang untuk membuat refleksi mengenai perkara yang diketahui tentang topik yang dikaji.
Berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi dan pengetahuan sedia ada mengenai topik yang dikaji, pembaca boleh menulis kesimpulan yang baharu mengenai topik tersebut.
Kelebihan Teknik KWL
Membantu pembaca untuk membaca dengan lebih efektif.
Menjelajahi topik yang dikaji daripada pelbagai perspektif.
Pembaca dapat memahami topik yang dikaji dengan lebih mendalam.
Pembaca dapat menulis kesimpulan baharu mengenai topik yang dikaji berdasarkan maklumat yang diperolehi serta pengetahuan sedia ada berkaitan topik tersebut.
Berdasarkan Jadual KWL, sediakan satu laporan berkaitan ‘Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)’.
Apa yang saya tahu mengenai PBS?
Apa yang ingin saya tahu mengenai PBS?
Apa yang saya pelajari mengenai PBS?
Rujukan
Modul Keterampilan Membaca
Tag
Kritikal
Membaca
Topik
Prior knowledge
1.
Nyatakan salah satu (1) teknik membaca secara kritikal.
1.
Yang manakah antara berikut bukan kelebihan teknik KWL?
Reflection
1.
Nyatakan maksud akronim KWL.