|
TEKNIK MEMBACA LANTANG (READ ALOUD)
1. Bacaan Lantang
- Membaca secara lantang merupakan satu cara berkomunikasi.
- Bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi aktiviti untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.
- Juga merupakan cara menyampaikan maklumat atau hiburan kepada pendengar.
- Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru.
- Sesuai dijalankan kepada murid-murid yang belum boleh membaca
- Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham.
2. Waktu Bacaan Lantang
- Permulaan kelas atau di akhir pengajaran dan pembelajaran (PdP) selama 5 hingga 10 minit.
- Selingan kepada aktiviti atau PdP lain.
- Sebagai aktiviti tambahan dan sampingan
3. Kelebihan Membaca Lantang
- Memberikan pendedahan awal kepada murid-murid.
- Meningkatkan perbendaharaan kata dan asas kosa kata.
- Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca
- Meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap pengajaran literasi.
4. Strategi Melaksanakan Membaca Lantang
Terdapat empat strategi dalam melaksanakan membaca secara lantang ini iaitu:
-
- Ulang dan membaca serentak
- Membaca radio
- Membaca gema
- Teater membaca
Dalam artikel ini, tumpuan utama diberikan kepada teknik membaca secara lantang melalui strategi Ulang dan Membaca Serentak.
STRATEGI ULANG DAN MEMBACA SERENTAK
- Memberi peluang kepada murid berlatih membaca dengan ekspresi yang betul.
- Sangat berguna untuk membaca secara kelas.
- Menggalakkan murid membaca perkataan atau ayat itu secara berulang-ulang sehingga murid mahir dengan bahan bacaan itu dan kemudiannya dibaca secara serentak dan beramai-ramai di dalam kelas.
- Meningkatkan kelancaran membaca kerana ianya memberi peluang kepada murid unuk membaca teks secara berulang-ulang sehingga mencapai kelancaran yang diingini.
- Meningkatkan kefasihan dalam membaca secara menyeluruh.
- Dapat meningkatkan kefasihan, kefahaman dan kelancaran membaca dengan membaca petikan dengan kuat.
Dua langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan teknik ulang dan membaca serentak:
1. Membangunkan kepekaan terhadap irama
- Guru perlu menunjukkan cara membaca teks yang berbeza dengan menggunakan irama yang berbeza seperti membaca puisi.
- Tunjukkan cara membaca dengan ekspresi yang betul untuk teks yang berbeza supaya dapat membantu murid memahami apa yang mereka baca.
- Guru perlu melatih pembacaan lantang secara ansur maju bermula dengan teks yang pendek kepada teks yang lebih panjang.
- Guru perlu peka ketika memilih bahan yang dapat memberi murid pengalaman membaca yang mempunyai irama yang berbeza.
2. Pemilihan
- Merujuk kepada bagaimana bahan digunakan dan dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang akan dibaca oleh pelajar dalam kelas.
- Lima cara untuk membahagikan bahan –bahan yang digunakan:
- Baris ulang – terdiri daripada puisi yang mengandungi bahagian korus yang boleh diulang-ulang baca.
- Dialog – terdiri daripada puisi yang mengandungi dialog yang berbentuk soal jawab.
- Barisan koir – proses yang membolehkan tiga orang pelajar membaca secara berirama dalam bentuk koir.
- Himpunan – proses yang membolehkan pelajar membaca sesuatu bahan dengan keadaan suara yang memuncak.
- Pemaduan – proses terakhir yang menyatukan semua pelajar membaca setiap barisan bersama-sama
Rujukan
Modul Keterampilan Membaca
Aktiviti Membaca Lantang Dapat Meningkatkan Motivasi Kanak-Kanak Untuk Menguasai Kemahiran Membaca
|
Tag
Prior knowledge
1.
Siapakah tumpuan utama untuk menggunakan teknik membaca lantang ini?
1.
Terdiri daripada puisi yang mengandungi bahagian korus yang boleh diulang-ulang baca merupakan cara-cara untuk membahagikan bahan menggunakan
Reflection
1.
Nyatakan dua (2) langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan teknik ulang dan membaca serentak.