Sutori Aplikasi Interaktif dan Menarik

Sutori Aplikasi Interaktif dan Menarik

Share this post

Apakah itu Sutori?

Sutori merupakan aplikasi yang boleh menggabungkan nota, video, gambar dan latihan di dalam satu muka surat persembahan. Ia juga boleh ditukarkan dalam bentuk PDF. Pelbagai template sedia ada yang anda boleh gunakan mengikut topik yang ingin dibicangkan. Berikut merupakan beberapa langkah untuk menggunakan Sitori:

 

Langkah-langkah:

 

  1. Taip ‘Sutori.com’ di carian google.
  2. Tekan ‘Sign Up’ untuk mendaftar akaun Sutori dan masukkan maklumat yang dikehendaki.
  3. Pilih ‘I’m Over 13’, tandakan ‘I agree to…’ dan tekan ‘Continue’.
  4. Pilih ‘Educator’.
  5. Pilih ‘Teacher’ dan pilih peringkat sekolah yang anda ajar. Kemudian tekan ‘Continue’.
  6. Pilih ‘Create Story’ atau anda boleh pilih template yang sedia ada. kemudian pilih ‘Blank
  7. Masukkan tajuk dan pengenalan.
  8. Masukkan topik pertama dan tekan ikon ‘+’ pilih ‘Text’ atau anda boleh pilih mengikut kreativiti.
  9. Untuk menambah topik yang kedua, tekan ikon ‘+’ dan pilih ‘Heading’.
  10. Masukkan tajuk untuk topik kedua. Kemudian tekan ikon ‘+’ dan pilih ‘image’ sekiranya ingin memasukkan gambar.
  11. Pilih ‘Video’ sekiranya ingin memasukkan video. Kemudian, pilih ‘Youtube’ unruk memuat naik video daripada youtube dan taip topik yang dibicangkan pada kotak carian.
  12. Pilih ‘Matching Quiz’ sekiranya ingin memasukkan kuiz.
  13. Masukkan arahan dan soalan berkenaan topik.
  14. Setelah selesai, tekan ‘present’ untuk melihat paparan dalam bentuk perbentangan.
  15. Untuk kongsikan bahan anda kepada pelajar, tekan ‘share’ dan tekan ‘copy’. Kemudian kongsikan link tersebut kepada pelajar.

 

Berikut merupakan video tutorial:

Kredit : Coach Herry

 

 

Rujukan

Mudah Mengajar Dengan Sutori

 

Tag Kuiz Sutori Aplikasi Nota Latihan

Prior knowledge

1.  Aplikasi apakah yang selalunya anda gunakan untuk menggabungkan nota dan latihan pembelajaran?
Reflection

1.  Apakah gabungan yang boleh dibuat menggunakan Sutori di dalam satu paparan?
Loading...
Load lesson