Strategi Menarik Perhatian Pelajar

Strategi Menarik Perhatian Pelajar

Share this post

1.       Jadikan sesi PdP semenarik mungkin

Kaedah PdP formal sahaja sama sekali tidak mudah untuk mendapatkan perhatian pelajar. Sebaliknya, cubalah untuk membuat kelainan seperti:

             a.     Perbincangan kumpulan

              Tugasan berkumpulan melatih mereka untuk bekerjasama dan berkongsi idea. Selain itu, dapat melatih mereka untuk membuat keputusan.

             b. Kuiz

             c.  Ujian kejutan yang berkaitan dengan pembelajaran

             d.      Permainan

              Guru boleh membawa permainan kreativiti seperti Scrabble, aktiviti ini boleh dilakukan secara berpasukan dan boleh juga  menjadikan pertandingan permainan untuk mengekalkan semangat mereka untuk belajar.

             e.      Tayangan video

              Sesi tayangan video adalah pilihan terbaik untuk menarik perhatian dan tumpuan pelajar. Elemen visual boleh diproses lebih cepat  oleh otak dan dapat memberi kesan yang luar biasa pada pemahaman mereka mengenai topik tersebut.

 

2.       Bercakap tentang sesuatu yang luar daripada topik

Walaupun PdP adalah tujuan utama, anda tidak perlu terlalu fokus berkenaan PdP sahaja. Gunakan beberapa minit bercakap luar daripada topik seperti berkenaan berita semasa, filem, artis dan topik lain. Bercakap tentang sesuatu luar dari topik akan merehatkan minda pelajar sebentar.

 

3.       Membuat senaman ringkas sebelum sesi PdP

Duduk di tempat sendiri terlalu lama dari sesi pertama akan menjadikan pelajar bosan dan malas. Maka, amalan yang terbaik adalah memulakan sesi PdP dengan beberapa senaman ringkas seperti membongkok, memusing, menarik nafas dan sedikit regangan. Ia akan menaikkan mood dan mempersiapkan minda untuk memberi perhatian.

 

4.       Membuat lawak jenaka

Sesi PdP yang serius bukanlah pilihan yang terbaik. Sebaliknya, cuba untuk memasukan lawak jenaka dalam PdP. Ini bukan sahaja dapat menarik perhatian pelajar, malah dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru.

 

5.       ‘Take five minutes’

Sekiranya sesi PdP yang mengambil masa yang panjang tidak dapat mengekalkan sepenuh perhatian pelajar dan menjadikan mereka mudah bosan. Maka, biarkan pelajar berehat sebentar dalam beberapa minit. Anda juga boleh selitkan separuh daripada cerita semasa pelajar rehat dan menyimpan perkara-perkara penting dalam babak cerita kedua pada sesi PdP yang seterusnya. Ia juga akan mendorong pelajar untuk datang ke kelas kerana ingin tahu cerita yang selanjutnya.


 

 

Tag Strategi Pelajar Perhatian

Prior knowledge

1.  Apakah kaedah yang harus anda lakukan untuk menarik perhatian pelajar semasa sesi PdP?

1. 

Antara berikut, yang manakah bukan strategi untuk menarik perhatian pelajar semasa sesi PdP?

Reflection

1.  Huraikan secara ringkas salah satu strategi untuk menarik perhatian pelajar yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson