Sifat-Sifat Penyelesaian Masalah

Sifat-Sifat Penyelesaian Masalah

Share this post

Terdapat tiga aspek dalam pengajaran Matematik iaitu kemahiran mengira, kefahaman konsep, dan penyelesaian masalah. Tiap-tiap aspek pengajaran ini Matematik ini memerlukan pendekatan pengajaran yang berlainan.

Dalam pengajaran penyelesaian masalah, matlamat pendedahan adalah untuk menolong pelajar mempelajari prosedur penyelesaian masalah. Terdapat empat prosedur seperti berikut:

1.   Pemahaman masalah – kesedaran tentang masalah yang mendorong seseorang itu menyatakan masalah secara tulisan, lisan atau memikirkannya.

2.  Merancang bagaimana masalah hendak diselesaikan

  • Memecahkan maklumat kepada komponen-komponen; menomborkan data, dan mengasingkan perkara yang tidak diketahui.
  • Mengingat semula maklumat tertentu: kaitkan ciri-ciri yang ketara dengan prosedur-prosedur penyelesaian yang mungkin.
  • Membentuk hipotesis atau idea am tentang bagaimana penyelesaian hendak dijalankan.

3.   Menyelesaikan masalah

  • Menukar kenyataan masalah itu kepada bentuk Matematik, atau bentuk perwakilan yang sesuai.
  • Menganalisis kenyataan yang berkaitan kepada masalah kecil yang mana penyelesaian dapat diperolehi serta-merta.
  • Mencari penyelesaian.

4.   Melihat semula masalah dan penyelesaian

  • Menyemak penyelesaian yang telah diperoleh.
  • Menentukan dan mengesahkan sama ada penyelesaian itu betul atau tidak; jika tidak, tolak cara penyelesaian yang diperoleh.
  • Menentukan cara lain untuk menyelesaikannya.
 

CIRI-CIRI SEORANG PENYELESAI MASALAH YANG BAIK 

Ciri-ciri seorang penyelesai masalah yang baik adalah seperti berikut:

  1. Kemampuan untuk memahami konsep-konsep dan istilah Matematik.
  2. Kemampuan untuk memperhatikan persamaan, perbezaan dan analogi-analogi.
  3. Kemampuan mengenal unsur-unsur kritikal dan memilih prosedur yang tepat.
  4. Kemampuan untuk memerhatikan butir-butir yang tidak relevan.
  5. Kemampuan untuk membuat anggaran dan analisis.
  6. Kemampuan untuk membuat pengaman berdasarkan beberapa contoh sahaja.
  7. Kemampuan untuk menukar kaedah dengan cepat.

Konsep dan istilah Matematik hendaklah diterangkan dengan jelas. Pelajar-pelajar perlu diterangkan cara-cara untuk mengenal unsur-unsur kritikal, memperhatikan perkara yang tidak relevan serta latihan untuk membuat anggaran. 

 

KEPENTINGAN PENYELESAIAN MASALAH

Kemahiran menyelesaikan masalah diyakini memberi kebaikan seperti berikut:

  1. Membantu seseorang individu berfikir secara rasional dan analitis.
  2. Membantu seseorang individu membuat keputusan kerana pengetahuan dalam Matematik membolehkannya mengumpul, menganalisis maklumat dan membuat deduksi.

 

 

Tag Masalah Kemampuan

Prior knowledge

1.  Bilamana anda mengenal pasti pelajar dapat menyelesaikan masalah?

1. 

Berikut merupakan ciri-ciri seorang penyelesaian masalah, kecuali

Reflection

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan pemahaman masalah?
Loading...
Load lesson