Petua untuk Tidak Menjadi Guru yang Berat Sebelah

Petua untuk Tidak Menjadi Guru yang Berat Sebelah

Share this post

Berat sebelah terhadap pelajar? Memilih hanya mereka yang pandai dan mempunyai peluang masa depan yang cerah sahaja?


Petua-petua yang dikongsi ini akan mengelakkan anda sebagai guru untuk tidak menjadi berat sebelah atau bias terhadap sesetengah golongan pelajar. Petua ini dikongsi oleh Gail Thompson dalam bukunya ‘Up Where We Belong’.

 

1.   JUJURLAH PADA DIRI SENDIRI

Kebanyakan guru mempunyai fikiran yang tidak sedari, yang mana membawa kepada berat sebelah. Jadi, guru perlu membuat senarai semak terhadap diri sendiri.

Tanya pada diri sendiri:

  • Adakah saya mempunyai kepercayaan bahawa kesemua pelajar tanpa mengira agama, bangsa, jantina, atau latar belakang ekonomi boleh berjaya dalam akademik?
  • Adakah saya mempunyai kepercayaan bahawa keadaan pelajar di rumah atau dalam kelompok yang menghalang saya dari melihat potensi akademik pelajar itu?
  • Adakah saya memperlakukan pelajar saya seperti apa yang saya mahu guru lain memperlakukan perkara sama terhadap anak saya

 

2.   TUNJUKKAN KEPRIHATINAN ANDA

Kebanyakannya keprihatinan guru tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh para pelajar. Mainkan peranan anda sebagai seorang guru dengan bertanya keadaan pelajar, menjadi pendengar yang baik, belajar tentang minat mereka, dan menunjukkan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi.

 

3.   BERI LAYANAN KEPADA PELAJAR MENGIKUT UMUR MEREKA

Mengikut kajian, kebanyakan guru memandang pelajar seolah-olah mereka sudah dewasa dan meletakkan hukuman yang tidak sewajarnya pada mereka. Perkara ini tidak seharusnya dilakukan oleh para guru. Guru seharusnya melayan pelajar seperti anak-anak mereka sendiri, menilai salah silap dengan adik, dan memberi nasihat atau panduan yang sewajarnya.

 

4.   JANGAN MENILAI IBU BAPA PELAJAR TERLALU CEPAT

Mengikut kajian Thompson, kebanyakan guru menyalahkan ibu bapa pelajar terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak mereka. Kebanyakan ibu bapa sebenarnya prihatin, tetapi berbeza situasi dan keadaan bagi pelajar yang mempunyai hanya ibu atau bapa dan juga ibu bapa yang bekerja. Ini bukan kerana mereka tidak peduli masalah pembelajaran anak mereka, tetapi kekangan hidup yang memaksa mereka mencari sumber kewangan lebih untuk keluarga.  

 

5.   ELAKKAN SIKAP PERKAUMAN 

Penting bagi menetapkan suasana bilik darjah yang aman dengan tidak mengusik pelajar dengan menggunakan isu perkauman. Guru perlu menunjukkan panduan dan ikutan yang baik, supaya dapat dicontohi oleh para pelajar.

 

6.   KEKALKAN HARAPAN

Kadang-kala guru mengandaikan pelajar biasa tidak mampu melakukan perkara yang dilakukan oleh pelajar cemerlang. Jadi, guru meletakkan harapan yang rendah pada kebanyakan pelajar. Oleh kerana itu, kebanyakan pelajar tidak berdaya saing untuk mencapai keputusan yang diingini. Untuk mengelakkan kejadian ini, guru perlulah mengubah pemikiran ini dengan meletakkan harapan yang sama rata terhadap semua pelajar tanpa rasa berbelah bagi supaya keputusan yang diperoleh membanggakan. 

 

7.   SERIUS DENGAN UJIAN

Guru perlu mengambil serius tentang ujian atau penilaian yang akan diberikan kepada para pelajar. Kebanyakan pelajar berfikiran bahawa apabila mereka tidak mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji pelajaran bersama guru, kemungkinan ujian itu tidak penting.

 

8.  MEMBERI LAYANAN SEPERTI BINTANG

Guru perlulah melihat dan melayan semua pelajar seperti mereka adalah bintang ataupun bakal pelajar cemerlang. Menurut Thompson, sekiranya amalan ini dipraktikkan, kemungkinan ia akan mengubah cara pengajaran dan pembelajaran selamanya. 

 

 

 

 

Rujukan

1.   Bias-Proof Your Classroom https://www.scholastic.com/

 

 

Tag Bias

Prior knowledge

1.  Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah guru mempunyai sikap berat sebelah terhadap pelajarnya?

1. 

Sebagai seorang guru, anda seharusnya melakukan perkara ini untuk mengelakkan berat sebelah

Reflection

1.  Bagaimanakah anda menunjukkan rasa prihatin kepada pelajar-pelajar anda secara sama rata?
Loading...
Load lesson