Perbezaan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Tradisional dan Konstruktivisme

Perbezaan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Tradisional dan Konstruktivisme

Share this post

KONSTRUKTIVISME

 

  • Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan/pengalaman.
  • Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
  • Pandangan tentang cara manusia belajar.
  • Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
  • Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada melalui interaksi sosial bersama rakan dan guru.

 

 

PERBEZAAN PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL DAN KONSTRUKTIVISME

 

 

1. SECARA TRADISIONAL

 

A. Pengenalan Kepada Konsep

Konsep diperkenalkan secara deduktif kepada murid.

 

B. Latihan

Murid diberi banyak latihan bagi mengukuhkan konsep.

 

C. Aplikasi

Murid mengaplikasikan konsep yang dipelajari dalam keadaan dan situasi baru.

 

 

2. SECARA KONSTRUKTIVISME

 

A. Penerokaan

Murid menghadapi situasi dan masalah baru.

 

B. Soalan Daripada Murid

Murid bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan situasi atau masalah yang dihadapi.

 

C. Penyiasatan dan Kajian Spesifik

Murid memilih satu daripada soalan atau masalah yang dikemukakan dan menjalankan penyiasatan dan kajian penuh.

 

D. Refleksi

Murid mencari hubungkait antara soalan-soalan dan masalah yang dijanakan dan membuat generalisasi. Murid akan menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai dan disiasat.

 

Rujukan

Konstruktivisme

 

Tag Secondary school Sekolah Rendah Primary School tips sekolah menengah

Prior knowledge

1.  Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme?

1. 

Yang manakah antara berikut merupakan pengajaran dan pembelajaran secara Konstruktivisme?

Reflection

1.  Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme?
Loading...
Load lesson