Matematik boleh diajar sebagai satu bahasa yang mempunyai makna kepada pelajar dengan berkomunikasi secara Matematik dan menggunakan Matematik sebagai induktif. Keupayaan pelajar memahami situasi di mana suatu perwakilan itu digunakan akan membantu mereka untuk menterjemahkan dan mentafsir bahasa Matematik ke bahasa harian dan sebaliknya. Terdapat beberapa peranan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Menghubungkaitkan antara konsep Matematik dengan Situasi Harian
Pelajar mempelajari bahasa Matematik melalui komunikasi, iaitu dengan berinteraksi antara satu sama lain. Melalui komunikasi, pelajar berupaya membina pengetahuan Matematik dan mengaitkan dengan situasi harian.
Contoh:
|
Menghubungkaitkan Bahan Konkrit dan Gambar Rajah dengan Idea-idea Matematik
Matematik merupakan satu bentuk bahasa yang unik mengandungi simbol dan perwakilan (contohnya grafm gambar dan bahan konkrit). Setiap simbol dan perwakilan boleh digunakan untuk mewakili idea Matematik.
Contoh:
|
Membuat Refleksi dan Menjelaskan Pemikiran Mereka Terhadap Idea Matematik
Proses pemahaman dan penyelesaian berlaku melalui aktiviti perbincangan dan komunikasi. Dengan aktiviti ini, pelajar berupaya membuat refleksi dan boleh menjelaskan pemikiran mereka terhadap idea Matematik.
Contoh:
Guru boleh meminta sekumpulan pelajar menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama sambil berbincang: Seutas tali dipotong 5 bahagian yang sama panjang. Jika setiap bahagian tali itu ialah 50.5 cm panjang, berapakah panjang asal tali itu dalam meter? Bagaimanakah kamu mendapatkan jawapan?
Menyedari dan Menggunakan Kemahiran Membaca, Menulis, Mendengar, Mengamati, Mentafsir, dan Menilai Idea-idea Matematik
Penggunaan kemahiran tersebut sebagai alat pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik telah diterima baik oleh ramai pendidik Matematik semenjak tahun 1980-an di seluruh dunia. Contohnya di Amerika, Australia, dan sebagainya. Ia juga merupakan satu cara bagi pelajar untuk menjelaskan pemikiran mereka serta menggalakkan pelajar untuk mempelajari konsep dengan lebih bermakna, bukan hanya menghafal tanpa memahaminya.
Beberapa contoh aktiviti yang boleh diberikan kepada pelajar untuk diselesaikan adalah seperti berikut?
- Tuliskan apakah yang kamu faham tentang perkataan algebra?
- Terangkan bagaimanakah kamu akan menyelesaikan masalah berikut. Di mana yang sesuai, terangkan kenapakah kamu menggunakan langkah-langkah begitu untuk menyelesaikan masalah
- 15x2+17x=4?
- Epal yang berharga lima kali lebih mahal daripada pisang. Jika harga 3 biji epal dan 6 biji pisang ialah RM2.10, carikan harga sebiji epal. Gunakan perkataan kamu dan terangkan langkah-langkah penyelesaian dengan terperinci.
Semasa pelajar menyelesaikan masalah, mereka perlu menerangkan dan menjawab soalan-soalan berikut.
- Terangkan setiap langkah yang digunakan.
- Bagaimanakah kamu mengimbas kembali penyelesaian yang telah kamu buat?
- Bagaimana kamu berasa yakin tentang apa yang kamu buat?
- Apakah konsep Matematik yang telah kamu pelajari?
- Bagaimanakah pengetahuan sekarang dapat dikaitkan dengan pengetahuan yang telah kamu pelajari dahulu?
- Apakah persoalan baru yang kamu kemukakan daripada aktiviti ini?
|