Penukaran Ayat Aktif kepada Ayat Pasif dengan Formula SKOP-OSKP

Penukaran Ayat Aktif kepada Ayat Pasif dengan Formula SKOP-OSKP

Share this post

AYAT AKTIF

Ayat aktif merupakan ayat yang mengandungi subjek, kata kerja, objek dan *penerangan. 

 

Subjek 

Lazimnya, subjek berkedudukan di awal ayat. Subjek terdiri daripada kata nama (kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama diri, kata nama tunjuk, kata nama terbitan).

 

Kata Kerja

Kata kerja berkedudukan selepas subjek. Kata kerja merupakan kata yang digunakan untuk merujuk kepada sesuatu perbuatan.

 

Objek

Objek merupakan pelengkap kepada kata kerja dan berkedudukan selepas kata kerja. Tanpa objek, ayat akan tergantung. 

 

*Penerangan

Penerangan berkedudukan di hujung ayat. Penerangan berfungsi untuk memberi maklumat tambahan. Namun, kehadiran penerangan tidak wajib dalam ayat. 

 

Oleh itu, ayat aktif boleh ditandakan dengan menggunakan formula SKOP, iaitu 

 

Subjek 

(S)

Kata kerja

(K)

Objek 

(O)

Penerangan
(P)

Ibu

merebus

kentang

di dapur.





 

AYAT PASIF 

Ayat pasif merupakan transformasi daripada ayat aktif. Ayat pasif mempunyai dua jenis, iaitu:

 
  1. Ayat pasif dengan subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. 
  2. Ayat pasif dengan subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri ketiga, kata nama am dan kata nama khas.
 

Berdasarkan kedua-dua jenis ayat pasif berkenaan, ayat pasif tersebut juga mempunyai dua susunan yang berbeza. Sebagai contoh:

 

Susunan ayat pasif (i) ialah OSKP, iaitu Objek – Subjek – Kata kerja – Penerangan. Susunan OSKP juga mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh, imbuhan awalan yang terdapat pada kata kerjanya perlu digugurkan. 

 

Susunan ayat pasif (ii) ialah OKSP, iaitu Objek – Kata kerja – Subjek – Penerangan. Susunan OSKP juga mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh, imbuhan awalan yang terdapat pada kata kerjanya perlu diubah kepada imbuhan awalan di–  dan ditambah dengan kata sendi nama oleh.

 

Bagi membantu murid menukar ayat aktif kepada ayat pasif, formula SKOP boleh digunakan. Berikut diterangkan langkah dan contoh untuk menukar ayat aktif kepada ayat pasif dengan menggunakan formula SKOP. 

 

CONTOH PENUKARAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

 

Contoh 1:

 

Ayat Aktif

 

Kakak menjahit baju Melayu untuk ayah. 

 

Langkah 1: Mengelaskan setiap SKOP.

 

Kakak (S) menjahit (K) baju Melayu (O) untuk ayah (P).

 

Langkah 2: Mengenal pasti kelas kata nama yang berkedudukan subjek.

 

“Kakak” merupakan kata nama am. 

 

Langkah 3: Menentukan formula ayat pasif.

 

Memandangkan “Kakak” merupakan kata nama am, maka formula yang sesuai ialah OKSP.

 

Langkah 4: Menukarkan ayat pasif dengan menggunakan formula OKSP.


Ayat Pasif

 

Baju Melayu (O) dijahit oleh (K) kakak (S) untuk ayah (P). 


Contoh 2:

 

Ayat Aktif

 

Saya menyiram pokok bunga pada pagi tadi. 

 

Langkah 1: Mengelaskan setiap SKOP.

 

Saya (S) menyiram (K) pokok bunga (O) pada pagi tadi (P).


Langkah 2: Mengenal pasti kelas kata nama yang berkedudukan subjek.

 

“Saya” merupakan kata ganti nama diri pertama. 

 

Langkah 3: Menentukan formula ayat pasif.

 

Memandangkan “Saya” merupakan kata ganti nama diri pertama, maka formula yang sesuai ialah OSKP.

 

Langkah 4: Menukarkan ayat pasif dengan menggunakan formula OSKP.

 

Ayat Pasif

 

Pokok bunga (O) saya (S) siram (K) pada pagi tadi (P).

 

Tag sekolah menengah tatabahasa

Prior knowledge

1.  Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif?
2.  Adakah pelajar sering keliru ketika menukar ayat aktif kepada ayat pasif?

1. 

Singkatan SKOP merujuk kepada?

Reflection

1.  Adakah formula ini akan membantu pelajar - pelajar anda memahami dan mengingati untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif menggunakan formula yang telah dinyatakan?
Loading...
Load lesson