Pentagon Hingga Dekagon: Cara Mudah Menghafal Bilangan Sisi.

Pentagon Hingga Dekagon: Cara Mudah Menghafal Bilangan Sisi.

Share this post

Poligon

Selain segi tiga dan segi empat, poligon – poligon lain turut diajarkan kepada murid di sekolah rendah seperti pentagon, heksagon, heptagon dan sebagainya. Murid kebiasaannya dibimbing untuk mengenali poligon – poligon ini dengan cara melukis pada bentuk poligon pada kertas petak segi empat sama. 

 

Rajah 1: Fakta asas poligon dan bilangan sisinya.

 

Teknik yang biasa digunakan oleh guru – guru untuk membimbing murid untuk mengingat bilangan sisi bagi setiap poligon adalah dengan membimbing murid menghafal frasa depan nama poligon tersebut.

 

Rajah 2: Frasa depan nama poligon – poligon ini diambil daripada bahasa Yunani dan Greek. 

 

Frasa – frasa ini agak asing bagi murid – murid kita, justeru itu, berikut dilampirkan contoh teknik yang boleh digunakan untuk membimbing murid mengingat bilangan sisi poligon tersebut berdasarkan nama poligon tersebut. 

 

Pentagon

Sebuah bangunan di Amerika Syarikat milik Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat direka daripada bentuk pentagon. Tunjukkan gambar pandangan atas bangunan ini dan tekankan kepada murid bahawa bentuk tersebut merupakan bentuk pentagon dengan lima sisi. 

 

Heksagon dan Heptagon

Murid sering keliru antara heksagon dengan heptagon. Guru bimbing murid dengan menekankan bahawa dalam perkataan ‘HEKSAGON’ terdapat huruf ‘S’ manakala tiada huruf ‘S’ dalam heptagon. ‘S’ merujuk kepada ‘Six’. Maka, heksagon mempunyai 6 sisi manakala heptagon mempunyai 7 sisi. 

 

Rajah 3: Six = Enam, maka Heksagon mempunyai enam sisi.

 

 

Oktagon

Oktagon mempunyai lapan sisi. Cara paling mudah untuk mengingat bilangan sisi oktagon adalah dengan melihat dua huruf ‘O’ dalam perkataan oktagaon yang apabila digabungkan akan dapat membentuk nombor 8. Teknik visualisasi ini membantu murid mengetahui bilangan sisi oktagon dengan lebih mudah.

 

Rajah 4: Gabungan dua huruf O membentuk nombor 8.

 

Nonagon dan Dekagon

Nonagon mempunyai 9 sisi manakala dekagon mempunyai 10 sisi. Dalam perkataan nonagon, terdapat huruf ‘n’. ‘N’ boleh dirujuk kepada ‘nine’ yang membawa maksud sembilan. Bermakna nonagon mempunyai 9 sisi. Jika nonagon mempunyai 9 sisi, maka dekagon mempunyai 10 sisi. 

 


Rajah 5: Nine = Sembilan, maka Nonagon mempunyai sembilan sisi.

 


Kata Kunci: Sekolah Rendah, Geometri

 

Tag Sekolah Rendah Geometri

Prior knowledge

1.  Adakah murid tahu bilangan sisi setiap poligon sekata yang diajarkan di dalam buku teks?
2.  Apakah cara paling mudah untuk mengingat bilangan sisi pentagon hingga dekagon?

1. 

Berapakah bilangan sisi bagi sebuah heksagon?

Reflection

1.  Adakah kaedah ini akan membantu murid – murid anda memahami dan mengingati bilangan sisi poligon – poligon yang telah dinyatakan?
Loading...
Load lesson