APAKAH SOALAN YANG PERLU DITANYA?
Soalan mestilah merangkumi objektif pengajaran yang telah dirancang. Tahap soalan bergantung kepada kebolehan pelajar dan pelbagai peringkat soalan disediakan untuk menggalakkan kemahiran berfikir.
Soalan mestilah berkaitan dengan objektif pengajaran. Isi dan fokus sesuatu soalan dapat meningkatkan daya tindak balas pelajar dan meningkat pengetahuan tentang konsep yang diajar.
Cuba tanya soalan yang boleh membina keyakinan para pelajar, di mana pelajar sering kali mampu menjawab soalan dengan betul.
Pastikan soalan mempunyai makna yang jelas, penggunaan istilah dan bahasa Matematik yang sesuai dengan kebolehan pelajar.
Tanya soalan yang mempunyai jawapan khusus, dan mempunyai satu jawapan sahaja.
Soalan yang perlu ditanya bermula daripada peringkat yang mudah kepada yang sukar.
BAGAIMANA MENYOAL SOALAN?
Soalan-soalan diberikan untuk merangsang pemikiran dan melibatkan pelajar mengambil bahagian dalam sesuatu perbincangan. Langkah-langkah untuk menyoal adalah seperti berikut:
Soalan perlu ditanya satu demi satu supaya pelajar tidak terkeliru dan boleh memberi peluang kepada mereka untuk berfikir.
Soalan yang berkesan dan boleh menarik perhatian pelajar. Guru bertanya kepada semua pelajar terlebih dahulu.
Soalan perlu ditanya dengan berpandukan objektif-objektif pengajaran.
Soalan-soalan yang ditanya perlulah jelas dan baik serta membolehkan pelajar menjawabnya.
Guru perlu berhenti seketika selepas menyoal untuk memastikan pelajar dapat memikirkan langkah yang sesuai untuk memberi jawapan.
Soalan perlu menggalakkan kesemua pelajar mencuba untuk menjawabnya.
Masa yang sesuai perlu diberi pertimbangan supaya pelajar dapat berfikir untuk memberi jawapan yang baik.
TINDAK BALAS GURU TERHADAP JAWAPAN PELAJAR
Langkah-langkah positif yang boleh diadakan oleh guru semasa menerima jawapan pelajar adalah seperti berikut:
Menerima jawapan yang betul dengan memberikan tanda persetujuan. Jika jawapan kurang tepat, bimbing pelajar memperbaiki jawapan tersebut.
Guru harus menunjukkan minat mendengar kepada pelajar yang sedang memberikan jawapannya.
Memberikan galakan kepada pelajar yang didapati sukar untuk menjawab soalan.
Membimbing pelajar yang tidak dapat melengkapkan jawapan dan nyatakan yang jawapannya hanya separuh betul atau sedikit betul.
Bersedia menerima pelbagai bentuk jawapan. Jika perlu, guru boleh meminta penjelasan daripada pelajar untuk menyokong jawapannya.
Guru harus bersikap positif dan menimbulkan suasana yang senang dan selesa untuk pelajar menjawab soalan ataupun menyoal.
Tag
Soalan
Penyoalan
Prior knowledge
1.
Bagaimanakah anda menyoal pelajar sebagai seorang guru?
1.
Apakah soalan yang tidak perlu ditanya?
Reflection
1.
Apakah yang anda akan lakukan sekiranya pelajar memberikan jawapan yang salah atau kurang tepat?