Pemulihan bagi Mata Pelajaran Bahasa Sekolah Rendah

Pemulihan bagi Mata Pelajaran Bahasa Sekolah Rendah

Share this post

PENGENALAN 

  • Program pemulihan ialah satu program yang amat penting untuk dilaksanakan kepada murid-murid terutamanya di sekolah rendah bermula dari Tahun 1.
  • Tujuannya adalah untuk mengatasi murid-murid yang masih belum menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan agar masaalah ini tidak berlanjutan ke Tingkatan 1. Secara tidak langsung program ini juga dapat mengatasi Academic Deficit.
  • Setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan belajar masing-masing yang berlainan khususnya dari segi minat, bakat dan lain-lain. 
  • Murid yang lambat adalah terdiri daripada pelbagai faktor. Faktor-faktor ini akan menjejaskan pembelajaran murid tersebut. Antaranya ialah faktor pembelajaran dan pengajaran, faktor deria dan fizikal, faktor masaalah kesihatan, faktor masaalah pertuturan, faktor mental dan juga faktor emosi murid itusendiri.
  • Guru perlu mengatasi masaalah faktor-faktor ini melalui aktiviti-aktiviti intervensi yang bersesuaian dengan potensi murid demi kepentingan murid.
 

CARA MENGENAL PASTI MASALAH KELEMAHAN MURID

Guru kelas adalah orang terpenting yang perlu memainkan peranan untuk mengesan aspek-aspek kelemahan yang terdapat pada murid.

Pengesanan masaalah murid adalah penting dan perlu dilaksanakan dari awal murid masuk sekolah iaitu di Tahun Satu. Pengesanan masaalah murid boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara. Antaranya ialah:

 

  • Melalui pemerhatian semasa pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan di dalam kelas. 
  • Guru dapat melihat masaalah murid yang ketara iaitu masaalah lemah dalam membaca. Murid yang mempuyai masaalah membaca meliputi tiga ciri iaitu gagal menyebut perkataan, murid terpaksa berhenti membaca sejenak (biasanya berhenti satu atau dua saat sebelum menyebut satu-satu perkataan) dan kerap salah menyebut perkataan.
  • Guru juga boleh mengesan masaalahpembelajaran murid dalam mata pelajaran Matematik. Murid gagal membezakan bentuk segi empat sama dengan bentuk segi empat tepat.
  • Guru juga boleh membuat pemerhatian di luar bilik darjah iaitu semasa murid makan di kantin atau berjalan balik ke rumah. Murid yang mempunyai ciri masaalah pembelajaran akan suka bersikap bersendirian dan pendiam. Murid sebegini mungkin mengalami masaalah sosio emosi. Hal ini boleh mengganggu pembelajaran murid semasa belajar dalam bilik darjah.
  • Guru mata pelajaran boleh juga menyemak rekod pentaksiran murid iaitu melalui rekod pentaksiran bilik darjah (PBD) yang mempunyai kemahiran-kemahiran murid perlu kuasai. Kaedah ini dapat membantu murid berjenis ini dengan cepat supaya intervensi dapat dijalankan.
  • Ujian diagnostik juga adalah satu cara untuk mengenal pasti masaalah pembelajaran murid dan perlu dilaksanakan pada setiap awal persekolahan lagi. 
 

APAKAH INTERVENSI YANG PERLU DILAKSANAKAN?

Guru perlu mengambil dan melaksanakan pelbagai jenis intervensi dengan segera untuk mengatasi masaalah  pembelajaran murid yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:

  • Guru dikehendaki mengasingkan murid yang lambat daripada kumpulan murid yang cergas dalam bilik darjah.
  • Guru perlu menyediakan perancangan dan bahan-bahan berdasarkan kelemahan murid yang telah dikenal pasti. Buku Panduan dan Modul LiNUS (literasi dan numerasi) yang diterbitkan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) boleh diguna pakai sebagai rujukan untuk mengajar murid masaalah pembelajaran tersebut. 
  • Penyampaian guru seharusnya bermula daripada yang konkrit kepada abstrak atau daripada yang mudah kepada yang susah mengikut pengalaman dan kebolehan murid.
  • Pelbagai jenis bahan bantu mengajar perlu digunakan untuk membantu murid memahami konsep terhadap penguasaan kemahiran yang dipelajari.
  • Aktiviti penilaian perlu dilaksanakan selepas setiap latihan bertulis diberikan untuk menentukan objektif PdP guru tercapai atau tidak
  • Aktiviti pemulihan dalam kelas perdana boleh dilaksanakan setelah murid lain melaksanakan aktiviti pengayaan.
  • Guru juga perlu melaksanakan pentaksiran (PBD iaitu formatif dan sumatif) dan hasil pencapaian penilaian tersebut perlu direkodkan untuk mengenal pasti sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak. Guru juga boleh menggunakan rekod prestasi tersebut sebagai bahan rujukan untuk merancang PdP setterusnya.
  • Murid masaalah pembelajaran yang tegar perlu diasingkan dan dimasukkan ke kelas pemulihan khas dan diajar oleh guru khas iaitu Guru Pemulihan Khas.
 

Kesimpulannya, program pemulihan di dalam kelas perdana perlu dilaksanakan agar murid ini tidak tercicir dalam pembelajaran serta dapat mengatasi masaalah pembelajaran defisiensi dengan segera dan dapat menghasilkan murid celik literasi. 

 

CADANGAN CONTOH AKTIVITI PEMULIHAN 

  1. Mengajar semula murid masaalah pembelajaran dengan kaedah yang berlainan.
  2. Menggunakan bahan visual
  3. Mempermudahkan dan mempelbagaikan latihan
  4. Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas.

 

Rujukan:

  1. Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah https://www.academia.edu>Pemulihan
  2. Aktiviti Pemulihan Bacaan Di Sebuah Sekolah
  3. https://studentsrepo.edu.um.my>THESIS_NORLAILI

 

 

Tag Pemulihan Intervensi

Prior knowledge

1.  Bagaimana anda mengenal pasti pelajar masaalah pembelajaran dalam kelas?
2.  Senaraikan beberapa jenis intervensi yang anda ketahui terhadap pelajar bermasaalah?

1. 

Siapakah  guru yang sesuai untuk melaksanakan PdP bagi murid yang bermasaalah pembelajaran yang dikongsikan ini?

Reflection

1.  Huraikan secara ringkas langkah-langkah mengajar murid masaalah pembelajaran yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson