Pembelajaran Bermakna Melalui Didik Hibur

Pembelajaran Bermakna Melalui Didik Hibur

Share this post

PENGENALAN

 

  • Keberkesanan pembelajaran murid bergantung kepada kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Terdapat pelajar belajar dengan menerima segala isi pembelajaran dengan mudah. cepat serta mengikuti langkah-langkah yang tersusun. Manakala, terdapat pelajar yang menerima isi pelajaran secara beransur-ansur serta agak lambat untuk memahami sesuatu isi atau konsep pelajaran. 
  • Pembelajaran bukan sekadar mencurahkan maklumat secara automatik ke dalam minda pelajar. Pembelajaran memerlukan penglibatan mental dan perlakuan pelajar itu sendiri. 
  • Pengajaran berbentuk konvensional iaitu dengan hanya berbentuk penerangan dan tunjuk cara tidak akan membawa makna kepada pembelajaran yang sebenarnya dan tidak akan bersifat kekal.
  • Hanya pembelajaran yang bersifat aktif sahaja yang akan membuahkan hasil sedemikian. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif untuk menerapkan didik hibur dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang bersifat santai dan hibur. Hasilnya,  pelajar akan merasa gembira, seronok dan minat belajar mata pelajaran yang diajar.
 

APA ITU DIDIK HIBUR?

 
  • Didik Hibur merupakan satu penerapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi secara sistematik dan terancang. KPM (2010).
  • Didik hibur menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan lain-lain. 
  • Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru kerana konsepnya yang santai dan berhibur menjadikan murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif. 

 

 

CIRI-CIRI DIDIK HIBUR

 

Antara ciri-ciri didik hibur ialah:

  • Didik hibur adalah sesi pengajaran yang menyeronokkan kerana ia mempunyai elemen-elemen seperti lucu, permainan muzik, lakonan, nyanyian dan sebagainya. 
  • Didik hibur mengurangkan rasa kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan pelajar untuk belajar mata pelajar yang diajar. Ini adalah kerana didik hibur mempunyai unsur hiburan dan  yang menyeronokkan. Pelajar sentiasa bersikap positif semasa melaksanakan pembelajaran dan bermotivasi untuk belajar pada sesi keesokan harinya. 
  • Didik hibur ialah satu kaedah pengajaran yang mempunyai pelbagai unsur yang menarik. Contohnya, elemen nyanyian dan lakonan dapat  melibatkan pelajar mengambil bahagian dalam dalam aktiviti secara aktif sambil seronok mengikuti pelajaran yang diajar. 
  • Didik Hibur dilaksanakan dalam aktiviti kumpulan dan berpusatkan murid. Contohnya, aktiviti lakonan dapat mendedahkan pelajar dalam kemahiran berdailog dengan baik. Kaedah pembelajaran ini membantu guru mengajar mata pelajaran dengan menumpukan pada penggunaan dan pemahaman serta penyerapan sekeliling pelajar. Penyerapan adalah kaedah menyerap pelbagai bidang pemahaman, nilai, kesucian dan kebolehan nilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). 
  • Didik hibur akan melibatkan semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan. 
  • Didik hibur bukan hanya melibatkan aktiviti nyanyian, lakonan, penceritaan dan puisi, namun, penggunaan teknologi (ICT) dan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dalam pelaksanaan didik hibur juga akan menarik minat pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap isi pelajaran yang disampaikan.
  • Didik hibur menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif serta memahami kehendak murid.
  • Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik.
  • Murid bebas berlakon, menyanyi, bergerak dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
  • Aktiviti berkaitan didik hibur yang dipilih hendaklah lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan agar pelajar dapat mewujudkan semangat sepasukan, toleransi dan kerjasama.
 

PELAKSANAAN DIDIK HIBUR DALAM PdP

 
  • Guru dicadangkan untuk merancang aktiviti berasaskan didik hibur dahulu. Oleh itu, isi perancangan tersebut perlulah mengetahui sedikit sebanyak latar belakang murid-murid dan mengaplikasikan kaedah didik hibur dengan mengikut kesesuaian latar belakang murid.
  • Pilih jenis didik hibur yang hendak diterapkan dalam
  • Pembelajaran murid bagi mata pelajaran yang hendak diajar. 
  • Didik hibur dilaksanakan mengikut silibus (DSKP) dan isi kandungan setiap mata pelajaran dengan menggunakan pelbagai elemen yang telah dirancang.
  • Guru hendaklah menyediakan arahan yang jelas, mudah difahami dan aktiviti yang dirancang berjaya menyeronokkan semua pelajar yang mengambil bahagian.
  • Didik Hibur dilaksanakan secara penyerapan yang disisipkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan suatu keadaan.
  • Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran.
  • Penyampaian ilmu yang disampaikan oleh guru akan mudah diserap dan difahami oleh pelajar. 
  • Penyerapan didik hibur dalam pembelajaran perlu mengambil kira tempoh pelaksanaan dan peruntukkan masa pembelajaran yang fleksibel tanpa menghadapi sebarang masalah.
 

KESIMPULAN

 
  • Keseluruhannya, didik hibur ialah satu pendekatan yang bersifat positif, ceria, terkawal yang mempunyai beberapa elemen yang penting untuk melaksanakan. Pembelajaran murid akan sungguh bermakna sekiranya dapat dilaksanakan dengan betul.
  • Pelaksanaan didik hibur dalam pembelajaran perlu mengikuti langkah-langkah panduan yang disenaraikan seperti di atas agar kekangan-kekangan seperti tidak cukup masa tidak berlaku dalam PdP. 
  • Dengan ini jelas sekali bahawa kaedah didik hibur sejajar dengan elemen yang terkandung dalam Pedagogi Abad ke-21. Antara elemennya ialah yang berfokus kepada murid dan melatih mereka bertindak dengan aktif dalam pencarian ilmu serta maklumat agar murid berupaya berdikari dalam proses pembelajaran.

 

 

 

Rujukan: 

  1. Elemen Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu cikgusuhaimin.com
  2. Penggunaan Didik Hibur Dalam Pengajaran Pendidikan Islam http://journal.kuis.edu.my>pdf
  3. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010. Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka

 

Tag Pelajar Didik Hibur

Prior knowledge

1.  Bagaimana anda melaksanakan didik hibur dalam pengajaran di kelas?
2.  Senaraikan langkah-langkah didik hibur yang anda ketahui?

1. 

Apakah kaedah yang diterangkan untuk pembelajaran bermakna yang dikongsikan ini?

Reflection

1.  Huraikan secara ringkas kaedah didik hibur dan kesannya yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson