Strategi pembelajaran secara aktif adalah satu teknik yang melibatkan penyertaan aktif pelajar dalam kelas harian. Penggunaan strategi ini dapat memanfaatkan guru dan pelajar. Anda boleh menggunakan teknik pembelajaran aktif daripada senarai di bawah untuk membantu pelajar anda menjadi lebih kreatif dan terlibat dalam proses pembelajaran:
1. Penyoalan timbal balik (ReQuest)
Timbal balik adalah strategi yang membolehkan anda melibatkan pelajar dalam dialog terbuka dimana menggalakkan pelajar bertanyakan soalan kepada guru atau rakan kelas. Dengan menerapkan strategi ini, anda membantu mereka meningkatkan pemahaman topik dan mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis.
Contohnya, setelah membuat pembelajaran terhadap sesuatu topik, anda boleh membahagikan kelas kepada kumpulan kecil dan meminta pelajar anda menyediakan soalan untuk kumpulan lain. Perbincangan sedemikian boleh memberi manfaat untuk menghadapi ujian, memperkenalkan topik baru atau perbincangan terperinci mengenai bahan pelajaran.
2. Berhenti Sebentar
Strategi ini mudah digunakan dan masih berkesan. Untuk menggunakannya, pecahkan sesi pelajaran dalam masa 2-3 minit seketika untuk membolehkan pelajar membincangkan isu-isu utama yang yang baru mereka pelajari. Galakkan mereka untuk bertanya soalan dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari. Manfaat daripada strategi akan meningkatkan perhatian dan hasil pembelajaran pelajar.
3. Kurang Jelas
Ciri utama strategi ini adalah untuk perhatikan topik yang paling tidak jelas semasa pembelajaran atau tugasan kerja rumah. Pelajar perlu meluaskan pengetahuan mereka mengenai sesuatu topik. Seorang guru, yang menerima maklum balas sedemikian akan membetulkan dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar.
4. Strategi pengajaran rakan sebaya
Pengajaran rakan sebaya adalah satu lagi strategi pembelajaran aktif yang membolehkan anda merangkumi pelbagai senario untuk pelajar anda. Sebagai contoh, anda boleh menugaskan pelajar untuk membaca teks secara berpasangan, memainkan peranan, mengarahkan pelajar lain sebagai tutor.Strategi sedemikian meningkatkan kemahiran insaniah seperti akauntabiliti, komunikasi, pemprosesan kumpulan, dan lain-lain.
Rujukan
Active Learning
|